Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[is.te.ri] | ايستري

Definisi : 1. bh perempuan yg menjadi pasangan hidup kpd seseorang lelaki, bini: upacara pembukaan pasar ria itu dilakukan oleh ~ Menteri Pendidikan; laki ~ = suami ~ laki dan bini bersama-sama; 2. perempuan yg sudah berkahwin, wanita: kaum ~; ~ muda isteri yg terkemudian dikahwini; ~ tua isteri yg terdahulu dikahwini; beristeri 1. mempunyai isteri, berbini: bagi saya soal duit tidak penting kalau hendak ~;2. sudah berkahwin (bagi lelaki), berbini: dia sudah ~; beristerikan mempunyai seseorang sbg isteri; memperisteri mengambil akan isteri, menjadikan isteri, mengahwini: setelah tuan puteri itu masuk Islam lalu diperisteri oleh baginda; memperisterikan memberi isteri, mengahwinkan (anak laki-laki): bila anaknya telah galak lalu diperisterikanlah dgn tidak usul lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[is.te.ri] | ايستري

Definisi : 1 perempuan yg menjadi pasangan hidup kpd seseorang lelaki; perempuan yg telah berkahwin dgn seseorang lelaki. 2 perempuan yg sudah berkahwin: perkumpulan kaum ~. memperisteri menjadikan isteri; mengahwini: Baginda ~ puteri dr Palembang. memperisterikan memberi beristeri; mengahwinkan anak lelaki: Encik Hamid mengadakan kenduri kahwin kerana ~ anak sulungnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Bahulu dalam pinggan,
     Tiga hidangan roti raji;
Jangan malu jangan segan,
     Kita sudah suami isteri.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Menggantikan lapik.

Bermaksud :

Memperisteri bekas isteri saudaranya.

 

Lihat selanjutnya...(45)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
الزوجة الناشزةisteri nusyuz/isteri ingkarAgama IslamFiqhIsteri yang derhaka kepada suaminya, tidak patuh pada arahan dan tanggungjawab yang harus dipikulnya. Contohnya, keluar rumah tanpa izin.
uxoricidepembunuhan isteriKriminologiKeadilan JenayahTindakan membunuh yang dilakukan oleh suami atau bekas (mantan) suami terhadap mangsa yang merupakan isteri atau bekas isteri pelaku.
الحقوق الزوجيةhak suami isteriAgama IslamFiqhSuami isteri mempunyai hak dan tanggungjawab. Hak bersama, bermesra antara keduanya dan lain-lain. Hak suami (tanggungjawab isteri) taat dan lain-lain. Hak isteri (tanggungjawab suami) nafkah dan lain-lain lagi.
زوج الغائبsuami ghaibAgama IslamFiqhSuami yang menghilangkan diri daripada isteri yang membolehkan isteri menuntut cerai.
حق الفسخhak fasakhAgama IslamFiqhKuasa hakim untuk memisah atau mencerai pasangan suami isteri kerana permintaan isteri walaupun tanpa persetujuan suami.
domestic violencekeganasan rumah tanggaKejururawatanTiadaTingkah laku kasar secara fizikal dan/atau psikologi yang berlaku antara suami isteri atau bekas suami isteri.
ناشزةisteri nusyuzAgama IslamFiqhIsteri yang derhaka kepada suami.
محلوف عليهisteri ’īlā’Agama IslamFiqhIsteri yang di’īlā’ oleh suaminya.
نفقة الزوجةnafkah isteriAgama IslamFiqhPerbelanjaan sara hidup isteri yang wajib ditanggung oleh suami.
conjugal lovekasih sayang suami isteriSosiologiTiadaKasih sayang hasil hubungan erat melalui perkongsian hidup sebagai isteri, bukan hubungan darah.
12345678910...

Kembali ke atas