Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[is.ti.lah] | ايستيله

Definisi : Ar perkataan atau rangkai kata yg me­nyatakan sesuatu dgn betul, tepat dan sesuai dlm sesuatu bidang ilmu pengetahuan (pekerjaan atau kesenian): ~ ilmu bahasa; ~ sains; beristilah mempunyai (menggunakan) istilah: perkataan-perkataan Inggeris yg tidak ~ dlm bahasa Malaysia; mengistilahkan memberi istilah (nama) kpd konsep dll yg tertentu, menamakan dgn istilah atau kata yg tertentu: Raja Haji Yahya telah mencatatkan cerita rakyat Melayu yg lain, yg sekarang diistilahkan sbg cerita pelipur lara; peristilahan yg berkaitan dgn istilah (pembentukan istilah dsb): berita ~; pengistilahan hal mengistilahkan, pembentukan istilah: sains fizik dan matematik mempunyai satu klasifikasi yg tersusun, ~ yg seragam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[is.ti.lah] | ايستيله

Definisi : kata atau gabungan kata yg mempunyai erti tertentu dlm sesuatu bidang ilmu dll: ~ sains; ~ bahasa. mengistilahkan memberikan istilahnya; menyebut sesuatu dgn perkataan tertentu. peristilahan hal-hal mengenai istilah: masalah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
istilah
Rujuk :kata, peristilahan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ILMU KALAMIlmu kalam ialah ilmu yang menitikberatkan
persoalan akidah Islam dan mempertahankannya,
di samping menolak keraguan yang timbul
mengenainya berpandukan logik akal dan bukti-
bukti, dengan menggunakan istilah-istilah, kaedah
analisa dan falsafah.
UMUMUmum
MOOT

Moot ialah istilah lama Inggeris untuk sesuatu

perjumpaan awam. Ahli-ahli pergerakan

pengakap kini kadangkala menggunakan istilah

tersebut untuk perjumpaan antarabangsa. Pelajar

undang-undang menggunakan istilah tersebut

untuk kes mahkamah olok-olok di mana pelajar

berhujah antara satu sama lain bagi pihak klien

rekaan mereka. ‘Hakim’ yang biasanya terdiri

daripada tutor undang-undang atau peguam

bertauliah, menghakimi dengan memberi komen

terhadap perkara undang-undang yang

dibangkitkan oleh para pelajar. Dalam percakapan

biasa, perkara moot bermakna perkara yang

boleh diragukan atau dipertikaikan.

UMUM 
DAFTAR ISTILAH MBIM

DAFTAR ISTILAH MBIM, buku daftar istilah sumber berbahasa Inggeris dengan padanan dalam bahasa Melayu, diterbitkan pada tahun 1986 hasil kerjasama Malaysia dan Indonesia dalam persidangan MBIM (Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia). Buku setebal 1601 halaman ini menghimpunkan lebih kurang 75 000 istilah sumber berbahasa Inggeris dengan padanan dalam bahasa Melayu bagi 65 bidang/ subbidang ilmu. Daftar istilah ini telah dikumpul semenjak persidangan MBIM yang ke-7 hingga ke-23 yang meliputi tahun 1974 hingga tahun 1985. Daftar ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka selaku urus setia Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia bagi negara Malaysia dalam majlis tersebut.

  

 

BAHASAKarya
MIKADO

Mikado ialah gelaran Maharaja Jepun pada masa

silam. Istilah ini digunakan juga oleh orang-orang

asing. Istilah ini asalnya ialah perkataan Jepun yang

bermaksud pintu yang disanjungi. Penggunaan

istilah memperlihatkan sanjungan orang Jepun

terhadap pemerintah mereka. Selepas tamadun Cina

sampai ke Jepun pada tahun 500-an M., orang Jepun

mula menggelar maharaja mereka Tenno, yang

bermaksud Maharaja dari Syurga. Maharaja tidak

dipanggil dengan namanya sendiri. Maharaja dan

pemerintahan mereka pada masa kini dikenali

dengan nama yang dipilih khas untuk mereka.

Maharaja Hirohito dikenal dengan nama Tenno

Showa atau Maharaja Showa.

UMUM 
NYANYUK

Nyanyuk ialah istilah umum yang digunakan untuk

menerangkan masalah mental tertentu yang memberi

kesan terutama kepada golongan yang berumur.

Istilah nyanyuk sebenarnya merujuk kepada

sebilangan besar keadaan dengan sejumlah

penyebab yang besar. Kebanyakan pakar yang terlibat

dengan masalah golongan berumur ini, mengelakkan

daripada menggunakan istilah ini. Tiada satu keadaan

yang dikaitkan dengan penggunaan istilah ini tidak

dapat dielakkan dalam peningkatan usia, dan ramai

yang boleh dibantu dengan rawatan perubatan

secara spontan.

UMUM 
TIMUR JAUH

Timur Jauh ialah istilah yang kadangkala

digunakan untuk merujuk pada bahagian yang

paling timur di Asia. Mengikut tradisi, istilah ini

digunakan untuk merujuk pada negara China,

Hong Kong, Jepun, Korea, Macao, Taiwan, dan

timur Siberia di Rusia. Wilayah ini, tidak termasuk

Siberia timur, kini sering disebut sebagai Asia

Timur. Makna bagi istilah Timur Jauh kadangkala

diperluas hingga merangkumi Asia Tenggara.

Negara-negara Asia Tenggara terdiri daripada

Brunei, Myanmar, Kemboja, Indonesia, Laos,

Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, dan

Vietnam. Istilah Timur Jauh dicipta oleh negara

Eropah. Wilayah ini terbentang jauh ke timur

Eropah.

Lihat juga rencana tentang negara-negara dan

unit politik lain yang dijelaskan dalam rencana ini.

UMUM 
SAYAP KIRI

Sayap kiri ialah istilah yang bermaksud parti atau

cabang kumpulan politik yang radikal. Istilah ini

berasal daripada badan perundangan Perancis

yang pertama selepas Revolusi Perancis.

Perwakilan konservatif duduk di sebelah kanan

speaker, sementara ahli majlis perundangan yang

lebih bersifat radikal duduk di sebelah kiri.

Kemudian, masyarakat seluruh dunia

menggunakan istilah kiri dan kanan untuk

menunjukkan dua pemahaman politik yang

bertentangan, iaitu egalitarianisme radikal dan

konservatisme. Pada umumnya, kumpulan

berhaluan kiri menilai kesamaan lebih tinggi

daripada kebebasan individu. Sebaliknya,

kumpulan berhaluan kanan menganggap

kebebasan lebih tinggi daripada kesamaan. Kini,

kumpulan sayap kiri sering dikaitkan dengan

sosialisme atau komunisme.

UMUM 
PROTOPLASMA

Protoplasma ialah istilah yang bermakna bahan

hidup dalam sel. Istilah ini tidak banyak digunakan

oleh ahli biologi moden kerana sifatnya yang tidak

spesifik. Johannes Purkinje, ahli fisiologi

Czechoslovakia, pertama kali menggunakannya

pada tahun 1839. Pada masa itu, ahli sains tahu

bahawa semua benda hidup terdiri daripada sel

yang kelihatan mengandungi bahan bak jeli.

Purkinje menamakan bahan ini protoplasma

daripada perkataan Yunani yang bermakna mula-

mula terbentuk atau teracu – untuk menunjukkan

bahawa bahan ini adalah bahan paling asas pada

hidupan.

UMUM 
NEUROSIS

Neurosis ialah istilah yang digunakan dalam

beberapa bidang kesihatan mental. Istilah ini

merujuk kepada beberapa jenis gangguan

mental dan sejenis mekanisme psikologi.

UMUM 
KAMUS ISTILAH

KAMUS ISTILAH, kamus khusus yang membicarakan perkataan khas yang disebut istilah. Kamus ini juga dikenal sebagai kamus  bidang kerana skopnya tidak mencakup keseluruhan aspek linguistik seperti yang di tangani oleh kamus umum, tetapi tertumpu pada satu atau sebilangan bidang ilmu yang berkait dengan pengalaman dan kegiatan manusia.

BAHASAPenerbitan
12345678910...

Kembali ke atas