teknik /téknik/ | 3 berkaitan dgn sesuatu bidang yg khusus: istilah-istilah ~. | Kamus Pelajar |
spesifik | (spésifik) khas, khusus, tertentu: karangannya biasa menjadi bahan bagi para guru utk menerangkan istilah-istilah yg ~ bagi dunia keagamaan Islam; kespesifikan perihal (keadaan atau sifat) spesifik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
teknik | /téknik/ 1 pengetahuan ttg pembuatan barang-barang, pembinaan jentera dll. 2 cara atau kaedah mencipta sesuatu hasil seni (spt seni lukis, karang-mengarang). 3 berkaitan dgn sesuatu bidang yg khusus: istilah-istilah ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengubahsuaian | perihal (perbuatan, kerja, proses, dsb) mengubah suai: biasanya bebe-rapa ~ berlaku oleh sebab timbulnya per-soalan baru dlm menangani kata masukan tertentu, yg tidak terduga atau tertelah pd peringkat awal penentuan sistem; penyusunan semula dan ~ istilah-istilah yg telah digubal dan dicipta pd tahap awal perkembangan bahasa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peristilahan | yg berkaitan dgn istilah (pembentukan istilah dsb): berita ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
istilah | Ar perkataan atau rangkai kata yg menyatakan sesuatu dgn betul, tepat dan sesuai dlm sesuatu bidang ilmu pengetahuan (pekerjaan atau kesenian): ~ ilmu bahasa; ~ sains; beristilah mempunyai (menggunakan) istilah: perkataan-perkataan Inggeris yg tidak ~ dlm bahasa Malaysia; mengistilahkan memberi istilah (nama) kpd konsep dll yg tertentu, menamakan dgn istilah atau kata yg tertentu: Raja Haji Yahya telah mencatatkan cerita rakyat Melayu yg lain, yg sekarang diistilahkan sbg cerita pelipur lara; peristilahan yg berkaitan dgn istilah (pembentukan istilah dsb): berita ~; pengistilahan hal mengistilahkan, pembentukan istilah: sains fizik dan matematik mempunyai satu klasifikasi yg tersusun, ~ yg seragam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengupayakan | 1. mencari jalan (agar), mengikhtiarkan, mengusahakan; 2. mengambil tindakan (supaya); 3. menjadikan berupaya (mampu, boleh, dapat dsb) mencapai sesuatu, membolehkan: penerbitan senarai istilah, buku istilah dan glosari sesungguhnya telah ~ bahasa Melayu menjadi sbg wahana bagi semua bidang ilmu pengetahuan, khususnya sains dan teknologi; strukur organisasi yg ada kini hanya ~ pelaksanaan peranan secara reaktif; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengistilahkan | memberi istilah (nama) kpd konsep dll yg tertentu, menamakan dgn istilah atau kata yg tertentu: Raja Haji Yahya telah mencatatkan cerita rakyat Melayu yg lain, yg sekarang diistilahkan sbg cerita pelipur lara; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terminografi | proses merakamkan data ten-tang istilah yg merangkumi konsep, sistem konsep, maklumat linguistik, sumber istilah dan kemungkinan pertambahan atribut pd masa akan datang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memantapkan | menjadikan mantap (tidak berubah), menjadikan tetap, menstabilkan: penerbitan kamus istilah juga akan ~ isti-lah-istilah yg dicipta; penulis perlu ~ ideanya dlm penulisan karya mereka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |