Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[is.ti.lah] | ايستيله

Definisi : Ar perkataan atau rangkai kata yg me­nyatakan sesuatu dgn betul, tepat dan sesuai dlm sesuatu bidang ilmu pengetahuan (pekerjaan atau kesenian): ~ ilmu bahasa; ~ sains; beristilah mempunyai (menggunakan) istilah: perkataan-perkataan Inggeris yg tidak ~ dlm bahasa Malaysia; mengistilahkan memberi istilah (nama) kpd konsep dll yg tertentu, menamakan dgn istilah atau kata yg tertentu: Raja Haji Yahya telah mencatatkan cerita rakyat Melayu yg lain, yg sekarang diistilahkan sbg cerita pelipur lara; peristilahan yg berkaitan dgn istilah (pembentukan istilah dsb): berita ~; pengistilahan hal mengistilahkan, pembentukan istilah: sains fizik dan matematik mempunyai satu klasifikasi yg tersusun, ~ yg seragam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[is.ti.lah] | ايستيله

Definisi : kata atau gabungan kata yg mempunyai erti tertentu dlm sesuatu bidang ilmu dll: ~ sains; ~ bahasa. mengistilahkan memberikan istilahnya; menyebut sesuatu dgn perkataan tertentu. peristilahan hal-hal mengenai istilah: masalah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
istilah
Rujuk :kata, peristilahan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
controlled indexingpengindeksan terkawalPerpustakaanTiadaPengindeksan yang diusahakan dengan menggunakan istilah-istilah yang telah mantap dan terkawal bagi mengelakkan wujudnya subjek-subjek yang berkaitan terletak di bawah tajuk yang berbeza dan berselerak.
chain indexingpengindeksan berangkaiPerpustakaanTiadaSistem pengindeksan perkara yang disusun menurut susunan abjad dengan satu tajuk mempunyai satu istilah, dan istilah dihubungkan pada semua istilah yang lain untuk kegunaan tajuk perkara atau pengelasan.
coordination of termskeseteraan kataPerpustakaanTiadaPindaan daripada satu istilah kepada istilah lain melalui beberapa tahap secara beransur-ansur supaya proses perluasan pengelasan boleh menggambarkan hierarki atau jadualnya.
controlled term listsenarai istilah terkawalPerpustakaanTiadaSenarai istilah beserta maknanya yang tidak boleh lagi diubah, diperluas atau dipinda yang dijadikan sebagai rujukan untuk mendapatkan istilah yang sesuai bagi data pengindeksan atau butiran di dalam dokumen.
epiphytoticepifitotikBiologiPatologiIstilah yang telah usang ini banyak digunakan terutamanya oleh ahli sains di Amerika yang menganggap bahawa epidemiologi ialah istilah untuk penyakit manusia sahaja, atau, sekurang-kurangnya ia tidak mengkhusus pada penyakit tumbuhan. Walau bagaimanapun, di Malaysia dicadangkan penggunaan istilah epidemiologi sahaja.
Appalachian orogenyorogeni AppalachiaGeologiTiadaIstilah yang tidak digunakan lagi untuk merujuk pada diastrofisme usia Paleozoik Lewat yang mungkin bermula pada usia Devon Lewat dan berlanjutan sehingga akhir usia Peru. Istilah ini sekarang digantikan dengan istilah orogeni Allegheny.
broader termistilah luasPerpustakaanTiadaIstilah yang menandakan konsep yang lebih luas dan memberi makna yang lebih khusus.
anatomical terminologyistilah anatomiPerubatanTiadaIstilah yang berkaitan dengan nama-nama struktur fizikal haiwan dan tumbuhan.
concrete termsistilah konkritKesusasteraanTiadaKebalikan daripada istilah abstrak.
organumorganumKesenianTiada1. Istilah lain untuk diaphony.,2. Istilah Latin untuk organ.,3. Pengharmonian melodi abad ke sembilan.
12345678910...

Kembali ke atas