Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[is.ti.mé.wa] | ايستيميوا

Definisi : (istiméwa) 1. khas (utk sesuatu tujuan tertentu), khusus: kami melihat pertunjukan itu dr satu pentas ~; gabungan sel yg ~ utk menghantar utusan ke bahagian-bahagian badan dinamakan tisu saraf; 2. lain drpd yg lain, luar biasa: rombongan muhibah itu telah diberi layanan yg paling ~; soal bahasa Kebangsaan menerima perhatian yg ~ dlm perdebatan Dewan Rakyat; 3. = ~ lagi = ~ pula apa lagi, betapa lagi, lebih-lebih lagi, terutamanya: negeri tuan hamba lagi dikalahkannya, ~ tuan hamba seorang; sedangkan orang tua-tua tidak dapat menyelesaikan perkara itu ~ pula kanak-kanak; mengistimewakan mengekhaskan, mengutamakan, meluarbiasakan: kedudukan Malaya samalah dgn negara-negara lain yg ~ pengeluaran satu atau dua jenis barang utk eksport; tidak ada seorang pun yg diistimewakan dlm undang-undang negeri ini; teristimewa 1. yg sangat khas, yg luar biasa, terkhusus: perkara yg ~ berkenaan dgn keris ini ialah kerana ia mempunyai mata dan hulu seiras; 2. = ~ lagi = ~ pula terlebih lagi, terutama: tersangatlah susah hati Mak Andeh, ~ pula makan pun tiada berlauk; keistimewaan perihal istimewa: ia mempunyai beberapa ~ jika dibandingkan dgn kawan-kawannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[is.ti.mé.wa] | ايستيميوا

Definisi : /istiméwa/ 1 khas utk maksud tertentu: Utk mereka, telah disediakan sebuah pentas yg ~. 2 tidak sama dgn yg lain; lain drpd yg lain: Kami telah menerima hadiah yg ~ drpd penduduk pekan kecil itu. ~ pula (lagi) lebih-lebih lagi; terutama pula; apa lagi. keistimewaan hal-hal yg istimewa; kelebihan; keutamaan: Satu ~ unta ialah binatang itu dpt berjalan beberapa hari tanpa makan atau minum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
istimewa (adjektif)
1. Bersinonim dengan khas: khusus, tertentu, utama, ulung,

2. Bersinonim dengan luar biasa: tersendiri, unik, unggul,
Berantonim dengan biasa

Kata Terbitan : mengistimewakan, keistimewaan,

Peribahasa

Belum sekuku.

Bermaksud :

Amat sedikit.

 

Lihat selanjutnya...(1000)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Istimewa...Istimewa... siri tawaran khas potongan 60% SempenaUlangtahun ke 25 DBPTiadaUtusan Malaysia28.02.1981
Istimewa buat ratuM Othman BongsuMingguan Perdana14.06.2009
Istimewa pakaian cindaiTiadaHarian Metro24.02.1992
IstimewaAbdullah ArBerita Minggu10.03.1996
Istimewa untuk peminat-peminat syairTiadaUtusan Melayu26.12.1973
Istimewa untuk mereka yang bercintaMohamed JusohUtusan Malaysia08.10.1994
Istimewa untuk merwka yang gemar memasakKhatijah Abdul RahimUtusan Malaysia30.04.1994
Harga istimewa siri Detik Tengah MalamTiadaBerita Harian13.03.2008
Malam (Istimewa buat dia di Semporna)ArmayaBacaria08.12.2007
Ruang Istimewa Masih TerbukaKhadijah HashimBerita Minggu06.05.2007
12345678910...

Kembali ke atas