Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[is.ti.mé.wa] | ايستيميوا

Definisi : (istiméwa) 1. khas (utk sesuatu tujuan tertentu), khusus: kami melihat pertunjukan itu dr satu pentas ~; gabungan sel yg ~ utk menghantar utusan ke bahagian-bahagian badan dinamakan tisu saraf; 2. lain drpd yg lain, luar biasa: rombongan muhibah itu telah diberi layanan yg paling ~; soal bahasa Kebangsaan menerima perhatian yg ~ dlm perdebatan Dewan Rakyat; 3. = ~ lagi = ~ pula apa lagi, betapa lagi, lebih-lebih lagi, terutamanya: negeri tuan hamba lagi dikalahkannya, ~ tuan hamba seorang; sedangkan orang tua-tua tidak dapat menyelesaikan perkara itu ~ pula kanak-kanak; mengistimewakan mengekhaskan, mengutamakan, meluarbiasakan: kedudukan Malaya samalah dgn negara-negara lain yg ~ pengeluaran satu atau dua jenis barang utk eksport; tidak ada seorang pun yg diistimewakan dlm undang-undang negeri ini; teristimewa 1. yg sangat khas, yg luar biasa, terkhusus: perkara yg ~ berkenaan dgn keris ini ialah kerana ia mempunyai mata dan hulu seiras; 2. = ~ lagi = ~ pula terlebih lagi, terutama: tersangatlah susah hati Mak Andeh, ~ pula makan pun tiada berlauk; keistimewaan perihal istimewa: ia mempunyai beberapa ~ jika dibandingkan dgn kawan-kawannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[is.ti.mé.wa] | ايستيميوا

Definisi : /istiméwa/ 1 khas utk maksud tertentu: Utk mereka, telah disediakan sebuah pentas yg ~. 2 tidak sama dgn yg lain; lain drpd yg lain: Kami telah menerima hadiah yg ~ drpd penduduk pekan kecil itu. ~ pula (lagi) lebih-lebih lagi; terutama pula; apa lagi. keistimewaan hal-hal yg istimewa; kelebihan; keutamaan: Satu ~ unta ialah binatang itu dpt berjalan beberapa hari tanpa makan atau minum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
istimewa (adjektif)
1. Bersinonim dengan khas: khusus, tertentu, utama, ulung,

2. Bersinonim dengan luar biasa: tersendiri, unik, unggul,
Berantonim dengan biasa

Kata Terbitan : mengistimewakan, keistimewaan,

Peribahasa

Belum sekuku.

Bermaksud :

Amat sedikit.

 

Lihat selanjutnya...(1000)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
kemudaratan yang timbul akibat perawatan atau pembedahan. (UBAT) I-beam (rasuk-I) Rasuk yang keratan rentasnya berbentuk huruf I. Rasuk ini kerap digunakan sebagai anggota struktur kerana sifat geometrinya yang istimewa dari segi pe- rintangan beban. (KEJ) ice accretion (enap timbus ais) Pembentukan dan penimbunan lapisan ais di atas benda di daratan atau di pe- sawat udara dalam penerbangan pada suhu sebarang prismoid sama dengan satu per enam daripada panjangnya, didarab dengan jumlah hasil tambah kedua-dua keratan rentas dan empat kali keluasan rentas bahagian tengah prismoid. (KEJ) privileged direction (arah istimewa) Satu daripada dua arah serenjang untuk satah pengutuban suatu alur cahaya terkutub satah yang jatuh ke atas plat bahan tak isotrop dan masih terkutub satah apabila cahaya tersebut keluar dari

Kembali ke atas