Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar keadaan atau suasana santai: kita memerlukan ~ yg cukup; beristirahat berhenti drpd melakukan sesuatu utk menghilangkan penat lelah, berehat: waktu ~ telah datang; dia akan ~ selama enam bulan; mengistirahatkan memberi (membiarkan) beristirahat; ~ diri melepaskan lelah; peristirahatan rumah (tempat dll) beristirahat, rumah rehat: akhirnya aku tiba di danau Balaton, tempat ~ yg indah; rehat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : keadaan atau suasana tidak melakukan sesuatu. beristirahat berhenti drpd melakukan sesuatu utk melepaskan lelah atau penat; berehat: Selepas tiga jam berlatih, mereka ~ setengah jam. mengistirahatkan membiarkan beristirahat: ~ diri melepaskan lelah. peristirahatan 1 rumah (tempat dsb) utk beristirahat. 2 perbuatan atau hal beristirahat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
istirahat
Kata Terbitan : beristirahat,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
EJAAN BAGI " PUSAT ISTIRAHAT"Ejaan ISTIRAHAT adalah betul.Ejaan23.12.2011
TEMPAT ISTIRAHAT THE AVENUE Dimiliki oleh Mitramas Sdn Bhd (154392-K)Penggunaan bahasa dalam iklan tuan betul. Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain07.07.2015
Selamat pagi , 1. Adakah perkataan "isytirahat" betul ???atau istirahat. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah istirahat.Istilah04.08.2010
Kenapa perkataan yang betul ialah istirahat sedangkan perkataan asal diambil daripada rehat-berehat.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan istirahat berasal daripada kata Arab yang bermaksud rehat. Ia bukan terbit daripada kata dasar rehat dan tidak ada istilah istirehat dalam bahasa Melayu.Ejaan28.04.2020
Edy Raden. Isu ejaan betul dan ejaan salah. Istirahat tu idea siapa? Dh elok istirehat bukan? Se-Malaysia.. x perlulah bersempang bagai.. dan byk ejaan yg dipaparkn td menunjukkn pengubahnya mempunyai idea dan pendirian yg tidak tetap dan berfantasi yg mengarut..Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan istirahat berasal daripada kata Arab yang bermaksud rehat. Ia bukan terbit daripada kata dasar rehat dan tidak ada istilah istirehat dalam bahasa Melayu. Ejaan yang betul ialah se-Malaysia. Tanda sempang (-) perlu digunakan apabila awalan se- diimbuhkan pada kata nama khas yang bermula dengan huruf besar. Contoh lain: se-Nusantara dan se-Tanah Melayu. Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu telah diselaraskan dan diisytiharkan penggunaannya sejak tahun 1975. Oleh yang demikian ejaan perkataan bahasa Melayu sudah mantap dan selaras penggunaannya seperti yang tersenarai di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.Ejaan27.02.2015
1) Saya sering diminta penjelasan oleh murid-murid: i)mengapa "istirahat" sedangkan kata dasarnya adalah "rehat". ii) Mengapa ejaan "stoking" tidak "stokin". Mohon tuan bantu saya untuk beri hujah yang dapat meyakinkan murid-murid 12 tahun ke bawah. Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan istirahat berasal daripada kata Arab yang bermaksud rehat. Ia bukan terbit daripada kata dasar rehat dan tidak ada istilah istirehat dalam bahasa Melayu.  Begitu juga dengan perkataan stoking yang merupakan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris stocking.Istilah13.03.2009
releksaksi - adakah perkataan ini wujud ? jika ya apakah maksudnya. terima ksihPerkataan relaksasi terakam dalam Kamus Dewan tetapi dilabelkan sebagai bp, iaitu bahasa percakapan yang bermaksud istirahat. Oleh itu, dalam konteks rasmi perkataan istirahat yang digunakan.Istilah13.07.2012
Isti rahat @ isty rahatIstirahatLain-lain13.06.2007
Assalamualaikum. 1. Dalam Kamus Dewan perkataan REHAT dan RAHAT boleh digunakan. Tetapi kenapa tidak boleh digunakan untuk perkataan ISTIREHAT dan yang disarankan ialah ISTIRAHAT. 2.Perkataan ISI PADU dijarakkan dan kenapa ISIRUNG dieja rapat? 3. Bagaimanakah untuk mengenal sesuatu perkataan itu dieja rapat atau jarak bagi dua kata dasar. Contohnya LALU LINTAS, JURUAZAN,JURUDALAM, TEMU BUAL, TEMU DUGA dan sebagainya.
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan istirahat berasal daripada kata Arab yang bermaksud rehat. Ia bukan terbit daripada kata dasar rehat dan tidak ada istilah istirehat dalam bahasa Melayu.
Kata majmuk ialah gabungan dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna.  Kata majmuk yang mantap sahaja dieja dua perkataan, iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Kata majmuk yang lain dieja dua perkataan. Walau bagaimanapun, bagi perkataan yang tidak boleh berdiri sendiri (yang tidak mempunyai maksud) seperti rung dan juru, kata majmuk dieja rapat.
Tatabahasa08.07.2014
Mohon pihak DBP menerima cadangan, membuat kajian serta mempertimbangkan penggunaan ejaan lebih popular dan meluas untuk perkataan tertentu, contohnya: pensel - pensil istirahat - istirehat stoking - stokin taasub - taksub Hal ini disebabkan penggunaan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu sejak tahun 1975 masih belum benar-benar berkesan dan mantap. Masih ramai yang tidak cakna. Hanya ahli bahasa dan sedikit sahaja orang awam yang tahu tentang ejaan yang tepat. Apakah usaha yang DBP akan/telah/sedang lakukan supaya lebih ramai tahu ejaan yang tepat? Terima kasihTerima kasih atas cadangan tuan. Untuk makluman, DBP telah menerbitkan risalah atau pedoman bahasa tentang bentuk ejaan, frasa dan tatabahasa yang sering menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna, seperti pensel, ibu bapa dan peroleh. Risalah dan pedoman bahasa ini boleh diakses melalui laman web www.dbp.gov.my.Ejaan01.11.2017
12

Kembali ke atas