Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perkara pokok, persoalan: krisis Timur Tengah merupakan ~ penting yg dibincangkan dlm persidangan itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perkara pokok; persoalan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
isu (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan persoalan, masalah, perkara, hal, pokok, perbincangan, tajuk perbualan, topik.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Isu-isu semasaIsu semasa/Isu-isu semasaTatabahasa19.02.2009
perkembangan isu-isu semasa mengenai bahasa .Soalan sdr terlalu umum. Untuk mengetahui isu-isu semasa mengenai bahasa, sdr bolehlah mendapatkan maklumat mengenainya melalui kertas-kertas kerja yg ditulis mengenai pelbagai isu bahasa, jurnal bahasa, majalah bahasa yg terdapat dalam pasaran. Untuk meneliti kertas kerja yg membincangkan perkara ttg bahasa ini, sdr bolehlah datang sendiri ke bahagian Pusat Dokumentasi Melayu di DBP. T.kasih.Lain-lain12.09.2008
saya inginkan isu-isu bahasa yang dibincangkan oleh DBPAntara isu-isu bahasa yang menjadi fokus utama DBP pada masa ini ialah pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu yang kurang berkesan,  megah bahasa, penggunaan bahasa kebangsaan dalam urusan rasmi kerajaan (lisan dan tulisan), bahasa SMS, bahasa rojak,  kesalahan bahasa  dalam iklan paparan, peragaan, dan media cetak serta elektronik. Sila rujuk  laman web DBP untuk mendapat maklumat lanjut. Lain-lain12.06.2008
apakah isu-isu mengenai penggunaan bahasa malaysia dalam media penyiaran?Antara isu-isu penggunaan bahasa Malaysia dalam bidang penyiaran ialah sejauh manakah media memanfaatkan bahasa kebangsaan ini khususnya untuk media elektronik. Soalan yang dikemukakan bukan soalan berkaitan bahasa. NAmun demikian, bagi mendaptkan maklumat lanjut berkaitan perkara ini, saudara boleh membuat rujukan pada majalah atau buku terbitan DBP atau merujuk akhbar harian.Lain-lain07.09.2007
Contoh ayat: Dalam forum itu, ahli panel memfokuskan kepada isu-isu pemartabatan bahasa kebangsaan. Saya dan rakan-rakan biasa menggunakan ayat seperti ini. Mohon penjelasan pihak tuan sama ada ayat ini mengandungi kesilapan bahasa ataupun tidak. Terima kasih.Ayat yang betul ialah: "Dalam forum itu, ahli panel memfokuskan isu-isu pemartabatan bahasa kebangsaan." memfokuskan bermaksud memberi tumpuan kepada. Tatabahasa25.11.2009
As Salam DBP Untuk makluman, saya ada membuat pembayaran secara online untuk pembelian buku Isu-isu Perundangan dalam Kontrak Binaan seperti bukti pembelian di lampiran. Pohon status pembelian buku tersebut.Salam puan budiman,

Terlebih dahulu, kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana berminat membeli buku terbitan DBP.

Dimaklumkan bahawa, berdasarkan maklumat pembayaran yang dilampirkan,

Pembelian buku Isu-isu Perundangan dalam Kontrak Binaan tidak dibuat melalui Portal rasmi pembelian buku DBP, iaitu DBPNiaga.my, sebaliknya melalui portal wakil penjual bukudbp.com (Alam Murni Sdn. Bhd.)

Oleh itu, puan bolehlah menghubungi Pengarah Urusan Alam Murni, Encik Syed Ibrahim melalui talian telefon, 012-224 2316 untuk mendapatkan maklum balas selanjutnya.

terima kasih atas keprihatinan dan kerjasama daripada pihak puan.
Lain-lain22.10.2019
ADAKAH SAYA BOLEH MENDAPAT PELBAGAI MAKLUMAT BERKENAAN SEJARAH, ISU-ISU SEMASA BERKENAAN KAUM DI MALAYSIA DAN SEBAGAINYA UNTUK KAJIAN DI DALAM PELAJARAN SAYA?

Terima kasih atas soalan anda.

Saudara/i boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka untuk membuat rujukan perbahanan yang diperlukan. Koleksi seperti buku,majalah,kertas kerja,keratan akhbar boleh dirujuk. Malahan melalui laman web DBP saudara boleh merujuk bahan melalui KATALOG AWAM ATAS TALIAN. Selamat mencuba

Lain-lain20.07.2010
Saya ingin tahu tentang penggunaan 'ialah' dan 'adalah' serta isu-isu semasa yg menyangkut penggunaan kedua-duanya. Saya juga ingin tahu jika DBP ada menerbitkan kamus Melayu beserta transkripsinya sekali. Jika ada di mana boleh saya mendapatkannya. Salam.Ialah dan adalah merupakan kata pemeri. yang digunakan secara persamaan atau ekuatif dan secara huraian atau kualitatif. Ialah digunakan secara persamaan di hadapan frasa nama: Perkara yang mustahak ialah usaha mendorong pembaca berfikir. Adalah digunakan secara huraian atau kualitatif hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Sumbangan besar beliau adalah dari segi pembicaraan terperinci tentang perkara tersebut. DBP menerbitkan buku-buku termasuklah kamus dalam bentuk manuskrip bersih dan saudara boleh mendapatkannya di kedai buku DBP atau kedai-kedai buku yang berhampiran.Tatabahasa06.04.2010
Unit saya bercadang untuk menjemput penceramah bagi memberikan penerangan berkaitan isu-isu audit yang pernah berlaku di jabaran kerajaan. Jadi, mana yang sesuai sama ada ia dipanggil kursus atau taklimat atau sebagainya?Berdasarkan penerangan yang diberikan, kami mencadangkan supaya diadakan taklimat, bukannya kursus.  Lain-lain27.12.2023
1. Murid-murid tadika itu diajarkan cara membezakan antara huruf besar dengan huruf kecil. 2. Sungguhpun saya menetap di kawasan pedalaman, tidak bermakna pengetahuan saya cetek tentang isu-isu semasa. Ayat-ayat berkenaan betul? (soalan PMR 2012) Apakah kesalahannya?1. Murid-murid tadika itu diajari cara membezakan antara huruf besar dengan huruf kecil. diajari bukan diajarkan kerana diajari bermaksud diajar seseorang manakala diajarkan bermaksud diajar sesuatu.
2. Sungguhpun saya menetap di kawasan pedalaman, tidak bermakna pengetahuan saya cetek tentang isu-isu semasa. Ayat ini betul.
Tatabahasa10.10.2012
12345678910...

Kembali ke atas