Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perkara pokok, persoalan: krisis Timur Tengah merupakan ~ penting yg dibincangkan dlm persidangan itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perkara pokok; persoalan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
isu (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan persoalan, masalah, perkara, hal, pokok, perbincangan, tajuk perbualan, topik.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
social issuesisu sosialPentadbiranPentadbiran Awam

Isu-isu sosial sentiasa wujud dalam masyarakat kita dan di seluruh dunia dalam pelbagai bentuk dan rupa. Isu sosial boleh ditakrifkan sebagai apa sahaja isu yang mempengaruhi kulaiti kehidupan seseorang individu atau komuniti keseluruhan. Di antara isu-isu sosial ialah masalah ketagihan dadah di kalangan kaum remaja dalam sesebuah komuniti, tahap keciciran yang tinggi di kalangan pelajar-pelajar sekolah, pertelingkahan rumahtangga dengan bertambahnya ibu tunggal, vandalisme dan lain-lain. Isu sosial ini akan memberikan kesan yang buruk kepada komuniti keseluruhannya. Jika diabaikan, ia akan mempengaruhi dan menjejaskan pembangunan yang berterusan.

marine and coastal lawundang-undang laut dan pantaiUndang-undangUndang-undang AntarabangsaBahagian dalam undang-undang antarabangsa awam yang berurusan dengan isu-isu maritim. Undang-undang laut dan pantai mungkin dilihat serupa dengan maksud undang-undang maritim, tetapi ia mempunyai makna yang sangat berbeza. Undang-undang laut dan pantai merujuk kepada perkara undang-undang antarabangsa awam seperti perkara yang berkaitan dengan laut lepas dan negara pesisir, manakala undang-undang maritim memperkatakan tentang perundangan yang mengawal isu yang berkaitan kapal dan perkapalan, kontrak, tort serta isu-isu lain yang melibatkan penghantaran.
advocacy advertisingperiklanan tunjanganKomunikasiTiadaPeriklanan yang memperjuangkan isu-isu kepentingan awam. Biasanya, iklan ini ditaja oleh kumpulan yang mempunyai kepentingan awam untuk menyatakan sesuatu idea atau tindakan seperti mengiklankan perutusan yang mengajak pengguna terlibat dalam kempen inflasi sifar.
environmental sciencesains alam sekitarKejuruteraanTiadaKajian antara disiplin tentang isu-isu kependudukan,sumber dan pencemaran yang kompleks dan saling berkait.
talk showrancangan bicaraKomunikasiTiadaRancangan televisyen yang membincangkan tentang isu-isu tertentu dan dikendalikan oleh seorang pengacara.
World Health OrganizationWHOKejururawatanTiadaOrganisasi antara negara yang mengendalikan isu-isu kesihatan pada peringkat antarabangsa.
Committee on Trade and DevelopmentJawatankuasa Perdagangan dan PembangunanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaJawatankuasa kerja dalam WTO yang bertanggungjawab membincangkan isu-isu perdagangan dan pembangunan. Antara isu yang dibincangkan ialah pemberian bantuan teknikal oleh negara maju kepada negara membangun dan koordinasi antara WTO dan pertubuhan antarabangsa lain berkenaan isu perdagangan dan pembangunan. Jawatankuasa ini juga bertanggungjawab menjadikan perkara di bawah peruntukan �layanan istimewa dan berbeza� lebih efektif selain mewujudkan program khas untuk negara-negara yang mempunyai sumber ekonomi yang kecil.
consumer newsberita penggunaKomunikasiTiadaBerita mengenai hal ehwal kepenggunaan yang melibatkan isu-isu seperti hak pengguna, keselamatan barangan, kenaikan harga dan sebagainya.
import risk analysis (IRA)analisis risiko import (IRA)PerikananAkuakulturProses mengenal pasti isu-isu yang berpotensi memberi impak negatif terhadap pengimportan haiwan akuatik dan produk-produk berkaitan. Antara langkah-langkah yang terlibat dalam proses ini adalah melaksanakan soal selidik penilaian risiko, mengenal pasti risiko, menganalisis risiko, membangunkan dan melaksanakan pelan pengurusan risiko serta membuat pemantauan. Hasil IRA dapat membantu organisasi yang bertanggungjawab membuat keputusan untuk meluluskan atau menolak pengimportan haiwan atau produk haiwan, di samping mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan atau mengurangkan risiko pengimportan tersebut.
convenerpenganjurSejarahTiadaOrang yang menganjurkan satu perhimpunan umum atau perjumpaan secara formal untuk tujuan tertentu biasanya apabila timbul isu-isu yang menarik perhatian atau isu yang kontroversial.
12345678910...

Kembali ke atas