Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.sya.rat] | اشارت

Definisi : Ar 1. segala sesuatu (spt gerakan kepala, kejipan mata, lambaian tangan, dll) yg dilakukan sbg tanda, alamat: ia melambaikan tangannya memberi ~ masuk; 2. sl = ilmu ~ ilmu ghaib (sakti dll): tetapi lebih juga diajarnya akan Hang Tuah barang ilmu dan ~; maka dinaiki punggung gajah dgn ~, maka berapa pun digerak tiada juga berjalan gajah itu; berisyarat mempunyai isyarat; berisyaratkan menggunakan sesuatu sbg isyarat: aksi yg lebih banyak ~ kenyitan dan kerlingan; mengisyaratkan 1. memberi isyarat kpd, menggunakan sbg isyarat: ia diisyaratkan oleh ibunya utk memberi hormat kpd orang itu; 2. memberi isyarat (dgn): ketika aku hendak menyanyi tangannya diangkat ~ agar aku diam; 3. menggunakan sesuatu sbg isyarat: dgn dua helai daun kayu yg diisyaratkan sbg kepala bapa mereka, kedua-duanya akan terus berkelahi; terisyaratkan dapat diisyaratkan: kemungkinan sesuatu yg tidak ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.sya.rat] | اشارت

Definisi : 1 segala sesuatu (spt gerakan kepala, lambaian tangan) yg digunakan sbg tanda; alamat: Dia memberi ~ dgn menganggukkan kepalanya. 2 = ilmu ~ ilmu ghaib atau ilmu sakti: Drpd guru itulah mereka belajar pencak silat, ~ hulubalang dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
isyarat (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan tanda: alamat, bahasa badan, kiu,

2. Dalam konteks ilmu
bersinonim dengan ilmu ghaib, sakti, sihir, ilmu hitam.,



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan penggunaan lampu isyarat dan isyarat lampu? Adakah ayat-ayat berikut betul? a. Dia ditahan polis kerana melanggar isyarat lampu merah. b. Dia ditahan polis kerana melanggar lampu isyarat.Lampu isyarat ialah kata nama bagi lampu tersebut. Isyarat lampu pula isyarat yang ditunjukkan pada lampu tersebut sama ada merah atau hijau. Yang tepat a. Dia ditahan kerana melanggar isyarat lampu merah. Manakala, b. merujuk pemandu melanggar lampu tersebut.Lain-lain14.05.2017
Salam tuan/puan, Adakah "Accessory Potentiometer Signal" sesuai diterjemahkan kepada "Isyarat Potensiometer Aksesori" atau "Isyarat Aksesori Potensiometer". Bidang: kejuruteraan. Mohon pencerahan dari pihak DBP. Terima kasih.Padanan bahasa Mealyu bagi "Accessory Potentiometer Signal" ialah Isyarat Potentiometer Aksesori.Istilah05.05.2019
Saya ingin mengetahui asal-usul dan sejarah bagi perkataan "Isyarat".Perkataan “isyarat” berasal daripada perkataan Arab. Walau bagaimanapun, berdasarkan semakan, kami tidak mempunyai sebarang maklumat berkaitan sejarah  bagi perkataan tersebut. Kami mencadangkan supaya tuan merujuk buku atau sumber yang bersesuaian untuk mendapatkan fakta yang tepat.Lain-lain21.05.2022
Saya ingin bertanya, apakah terjemahan yang lebih baik bagi frasa "signal processing", merujuk kepada data komputer yang diproses/diolah dengan program pengaturcaraan? Pemprosesan isyarat atau pengolahan isyarat?Istilah yang digunakan dalam bidang kejuruteraan dan teknologi maklumat untuk signal processing ialah pemprosesan isyarat.Istilah29.08.2018
"Peraturan lampu isyarat sentiasa ayahnya patuhi." Adakah ayat ini betul?Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

1. Peraturan lampu isyarat sentiasa dipatuhi oleh ayahnya.
2. Ayah sentiasa mematuhi peraturan lampu isyarat.

Tatabahasa15.11.2023
saya nama Su-i-nee Salaeh sedang belajar Universiti Fatoni kelas dasar ingin bertanyakan: tentang asal usul perkataan''isyarat'' apakah artinya dan contoh ayat terima kasihKata ‘isyarat’ ialah kata pinjaman daripada kata Inggeris. Sila layari prpm.dbp.gov.my/" target="_blank">http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari" untuk mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Makna22.09.2014
Adakah ayat berikut betul? "Berhenti daripada melintas semasa lampu isyarat berwarna merah" Adakah penggunaan kata sendi nama "daripada" dalam ayat di atas betul?Merujuk kepada soalan tuan di atas, penggunaan daripada dalam ayat tersebut tidak memberi fungsi apa-apa di situ. Melintas  bukan sumber  untuk guna daripada,  malahan melintas juga bukan tempat untuk guna dari. Ayat yang sesuai ialah "Berhenti melintas semasa lampu isyarat berwarna merah"  atau "Jangan melintas semasa lampu isyarat berwarna merah"Tatabahasa15.01.2018
Eh, penunggang motosikal itu cedera parah setelah merempuh lampu isyarat merah. Adakah betul penggunaan kata seru Eh di dalam ayat tersebut? Mohon penjelasan daripada pihak DBP untuk keterangan lanjut. Terima kasih.

Penggunaan kata seru tersebut betul, dengan tambahan tanda seru di hujung ayat. Eh, penunggang motosikal itu cedera parah setelah merempuh lampu isyarat merah!

Tatabahasa16.05.2020
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "sign petition"? Konteks digunakan pada perkataan berkaitan mengundi. Terima kasih.Perkataan sign dalam pelbagai bidang istilah diterjemahkan kepada tanda, isyarat, penunjuk, simbol dan pengenal. Sila semak keseluruhan ayat dan selaraskan istilah yang sesuai dengan konteksnya sama ada petisyen tanda/isyarat/penunjuk atau sebagainya.Penyemakan dan penterjemahan28.03.2014
Ketepatan penggunaan penanda wacana dalam karangan/esei kadang kala mengelirukan. Mohon jasa baik DBP memberikan panduan. tk.

Saudara,

Penanda wacana wujud sebagai isyarat bagi berlakunya (sudah berlaku, sedang berlaku atau akan berlakunya) sesuatu peristiwa. Ungkapan-ungkapan yang digunakan selain mempunyai makna tersendiri juga berfungsi sebagai pemberi isyarat bagi makna keseluruhan surat rasmi itu. Penanda wacana dibahagikan menurut jenis makna dan kata yang ditimbulkannya seperti penanda rujukan, penanda penyertaan, penanda makluman dsb. Kekeliruan berlaku apabila penulis tidak menggunakan penanda wacana yang betul dan tepat mengikut konteks dan makna yang hendak disampaikan. Untuk maklumat  lanjut tentang penanda wacana sila rujuk buku Penggunaan Bahasa dalam Surat Rasmi, Bahasa dalam Komunikasi oleh Asmah Hj. Omar.  

Lain-lain04.11.2009
123456

Kembali ke atas