Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.sya.rat] | اشارت

Definisi : Ar 1. segala sesuatu (spt gerakan kepala, kejipan mata, lambaian tangan, dll) yg dilakukan sbg tanda, alamat: ia melambaikan tangannya memberi ~ masuk; 2. sl = ilmu ~ ilmu ghaib (sakti dll): tetapi lebih juga diajarnya akan Hang Tuah barang ilmu dan ~; maka dinaiki punggung gajah dgn ~, maka berapa pun digerak tiada juga berjalan gajah itu; berisyarat mempunyai isyarat; berisyaratkan menggunakan sesuatu sbg isyarat: aksi yg lebih banyak ~ kenyitan dan kerlingan; mengisyaratkan 1. memberi isyarat kpd, menggunakan sbg isyarat: ia diisyaratkan oleh ibunya utk memberi hormat kpd orang itu; 2. memberi isyarat (dgn): ketika aku hendak menyanyi tangannya diangkat ~ agar aku diam; 3. menggunakan sesuatu sbg isyarat: dgn dua helai daun kayu yg diisyaratkan sbg kepala bapa mereka, kedua-duanya akan terus berkelahi; terisyaratkan dapat diisyaratkan: kemungkinan sesuatu yg tidak ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.sya.rat] | اشارت

Definisi : 1 segala sesuatu (spt gerakan kepala, lambaian tangan) yg digunakan sbg tanda; alamat: Dia memberi ~ dgn menganggukkan kepalanya. 2 = ilmu ~ ilmu ghaib atau ilmu sakti: Drpd guru itulah mereka belajar pencak silat, ~ hulubalang dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
isyarat (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan tanda: alamat, bahasa badan, kiu,

2. Dalam konteks ilmu
bersinonim dengan ilmu ghaib, sakti, sihir, ilmu hitam.,



Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ISYARAT UMUM 
OSILOSKOP

Osiloskop ialah alat elektronik yang memaparkan

isyarat elektrik yang berubah-ubah. Isyarat ini muncul

sebagai garis lurus atau garis berombak atau dalam

pola-pola lain di atas skrin pendarfluor.

UMUM 
AERIAL

Aerial atau disebut juga antena, ialah suatu alat

yang memancar dan menerima isyarat radio,

televisyen dan radar. Isyarat ini dibawa oleh

gelombang elektromagnet (lihat Gelombang

elektromagnet ). Gelombang elektromagnet beredar

menerusi angkasa pada kelajuan cahaya.

Gelombang elektromagnet mempunyai jarak

gelombang berbeza-beza, yang ada kaitan terus

dengan frekuensinya (kadar getaran). Stesen radio,

televisyen, dan radar memancar pada panjang

gelombang yang berlainan dan tidak akan

menyebabkan gangguan isyarat antara satu sama

lain. Terdapat dua jenis pancaran bunyi menerusi

stesen radio, iaitu, modulasi amplitud (AM), dan

modulasi frekuensi (FM). Secara amnya, stesen AM

menggunakan panjang gelombang dalam jarak 10

meter hingga 2000 meter, sementara stesen FM dan

televisyen menggunakan jarak gelombang tiga

meter dan kurang. Isyarat radar menggunakan

panjang jarak gelombang yang hanya beberapa

sentimeter panjang.

UMUM 
SHORAN

Shoran (kependekan bagi short range navigation)

ialah sistem elektronik yang digunakan untuk

pandu arah udara julat dekat. Kapal terbang yang

menggunakan shoran menghantar isyarat radio

ke dua stesen bumi, yang menyiarkan semula

isyarat itu kepada kapal terbang berkenaan.

Alatan elektronik merekodkan jeda masa antara

penghantaran dengan penerimaan isyarat. Shoran

mengira jarak ke stesen berdasarkan jeda masa

tersebut. Shoran dicipta semasa Perang Dunia II

oleh Tentera Udara Amerika Syarikat dan industri

swasta. Lihat juga Loran; Pandu arah.

UMUM 
TABIK

Tabik ialah gerak isyarat untuk menyapa yang

biasanya untuk menyatakan rasa hormat atau sopan

santun. Berbagai-bagai jenis tabik dalam tentera

menunjukkan rasa hormat kepada pegawai,

bendera atau negara. Tabik lain meliputi berjabat

tangan dan gerakan yang rencam dengan senjata

yang dibuat oleh pemain pedang.

UMUM 
SEMAFOR

Semafor ialah kaedah memberi isyarat dengan

menggunakan sasaran atau bendera. Setiap

kedudukan sasaran mempunyai makna yang

dapat ditafsir oleh seseorang yang terlatih. Satu

set arahan bendera yang standard boleh mengeja

abjad Inggeris. Setiap satunya ditunjukkan dalam

rencana huruf abjad dalam Ensiklopedia Dunia ,

seperti A . Urutan bagi arahan ini dapat digunakan

untuk mengeja perkataan dalam mesej. Angka

dieja, tetapi beberapa arahan merupakan

perkataan, seperti “kesilapan”, atau frasa. Terdapat

juga sedikit variasi dalam arahan untuk A dan G.

Bendera Semafor digunakan oleh anggota

angkatan laut dan kereta api sedunia. Mesej boleh

dihantar pada kelajuan kira-kira 25 perkataan

seminit.

Lihat juga Kereta api (Kawalan trafik).

UMUM 
S O S

S O S ialah isyarat meminta pertolongan yang

diterima dari kapal yang berada dalam kecemasan.

Huruf ini tidak membawa makna tertentu dan

dipilih hanya kerana huruf ini merupakan huruf

paling mudah dihantar melalui wayarles. Ia terdiri

daripada tiga titik, tiga sempang, dan tiga titik.

UMUM 
SIREN

Siren ialah alat yang digunakan untuk

membunyikan isyarat amaran. Ambulans, kereta

bomba, dan kereta polis menggunakan siren untuk

memberitahu lalu lintas supaya memberi jalan.

Siren yang dikenali sebagai hon kabut digunakan

pada rumah api dan kapal untuk memberi amaran

kepada kapal-kapal lain semasa cuaca berkabut

dan cuaca buruk. Siren juga digunakan sebagai

amaran serangan udara.

UMUM 
TELEKOMUNIKASI

Telekomunikasi ialah penghantaran dan

penerimaan pesanan untuk jarak yang jauh. Isyarat

yang boleh dilihat seperti menggunakan bendera,

lampu, atau asap adalah bentuk telekomunikasi yang

paling awal. Kini, istilah ini merujuk pada pelbagai

jenis sistem telekomunikasi elektrik dan elektronik

yang digunakan di seluruh dunia. Sistem

telekomunikasi moden menghantar dan menerima

bunyi, bahan bercetak dan imej yang boleh dilihat

dalam sekelip mata.

UMUM 
MODULASI FREKUENSI

Modulasi frekuensi, biasanya dikenali

sebagai FM, ialah kaedah menghantar isyarat

bunyi melalui gelombang radio. Modulasi

frekuensi dan modulasi amplitud (AM) adalah dua

cara utama memancarkan muzik dan pertuturan.

UMUM 
123

Kembali ke atas