Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.ti/] | ايتيق

Definisi : sj binatang yg lebih kecil drpd angsa, bebek; ~ manila = ~ mandarin, Aix galericulata; ~ nila = ~ surati itik ternakan Cairina moschata; ~ air = ~ berkek = ~ laut belibis (burung belebas); ~ berenang dlm air (di laut) mati kehausan prb menderita kesusahan meskipun banyak wang atau berpangkat tinggi; ~ bertaji prb orang yg sangat penakut tetapi sombong; ~ tak sudu, ayam tak patuk prb sesuatu yg tidak berguna sama sekali; bagai ~ berebutkan tembolok prb perbantahan kerana sebab yg terlalu kecil; bagai ~ pulang petang prb (berjalan) sangat lambat; mengajar ~ berenang prb perihal membuat pekerjaan yg sia-sia; perkataan mengekor ~ jantan prb perkataan yg menyindir (sombong); spt ~ mendengar guntur prb mengharapkan keuntungan yg tidak tentu datang; tak ada ~ yg bertenger prb perkara yg mustahil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.ti/] | ايتيق

Definisi : sj binatang yg lebih kecil drpd angsa dan pandai berenang; bebek. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata itik

Puisi
 

Itik-itik di Kampung Cina,
     Buah mempelam masak bercahaya;
Adik-adik abang bertanya,
     Berapa bulan kasihkan saya?


Lihat selanjutnya...(51)
Peribahasa

Itik mendapat air.

Bermaksud :

Memperoleh sesuatu yan sangat digemarinya.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
itik pulang petangitik pulang petangKesenianTiadaMotif ukiran berunsur haiwan berbentuk itik berjalan berderetan, lazimnya diukir mengiringi motif besar.
duck foottapak itikKesenianHiasan DalamanKaki perabot berbentuk melengkung, menguncup ke bawah dan berkumai serta mempunyai tapak yang menyerupai kaki itik. Tapak itik mula diperkenalkan pada abad ke-18 di Eropah. Lihat juga lapik kaki.
duckbillskasut paruh itikKesenianTiadaKasut paruh itik: Kasut tanpa tumit, bahagian hadapannya berbentuk paruh itik, dipakai oleh lelaki pada tahun 1490-1540 di England.
roast duckitik panggangPentadbiran PerniagaanTiadaItik yang dimasak dengan sedikit atau tiada langsung kelembapan di dalam oven, di atas api yang terdedah atau bara api.
braised duckitik golekPentadbiran PerniagaanTiadaItik yang dimasak dengan sedikit lemak dalam periuk bertutup rapat dengan api perlahan.
poultryayam itikPentadbiran PerniagaanTiadaBinatang ternakan untuk daging atau telur seperti ayam, itik, angsa dan sebagainya.
duckbills capkep paruh itikKesenianTiadaKep jerami atau kap fabrik felt yang mempunyai sudu berbentuk paruh itik, dipakai pada zaman revolusi Perancis 1789-1799.
poultry productproduk poltriMakanan dan PemakananMakananProduk makanan yang berasaskan daging dan telur daripada kumpulan ayam itik yang diternak. Poltri termasuk ayam, itik, angsa, ayam belanda, burung merpati, burung unta dan burung puyuh.
drakeitik jantan dewasaVeterinarTiadaTiada
wood duckitik rimbaKejuruteraanTiadaTiada
12345678

Kembali ke atas