Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.zin] | ايذين

Definisi : Ar persetujuan membenarkan (membolehkan), kebenaran (drpd ibu bapa, ketua, dsb), perkenan (Allah): tauke itu belum lagi mendapat ~ utk membuka kedai di sini; dgn ~ Allah; seizin = dgn ~ dgn kebenaran, dgn perkenan; mengizinkan memberi izin, memperkenankan, membenarkan: budak itu tidak diizinkan orang tuanya meninggalkan rumah; kerana masa tidak ~ pekerjaan itu kami tinggalkan dahulu; keizinan kebenaran, keredaan, kerelaan: ia memerintah negeri itu dgn ~ sultan; pengizinan perbuatan mengizinkan (membenarkan); pengizin orang yg memberi izin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.zin] | ايذين

Definisi : pernyataan membenarkan atau merelakan sesuatu: Kami belum mendapat ~ utk membuka kedai itu. mengizinkan memberi izin kpd; membenarkan; menyetujui: Ibunya tidak ~ dia berkahwin dgn orang asing. keizinan hal mendapat izin; kebenaran; kerelaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
izin
Kata Terbitan : keizinan, mengizinkan,

Puisi
 

Cik Mahat tukang rumah,
     Cik Ali tukang tingkap;
Minta maaf seisi rumah,
     Minta izin saya cakap.


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)apakah maksud pendatang tanpa izin mengikut kamus dewan? 2)apakah statistik terkini tentang pendatang tanpa izin? 3)apakah punca pendatand tanpa izin ini hadir ke malaysia dan bagaimanakah cara mereka masuk ke dalam negara kita?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pendatang tanpa izin ialah orang asing yang memasuki sesebuah negara lain dengan tidak mendapat kebenaran daripada kerajaan negara tersebut. Untuk mendapatkan maklumat tentang statistik, punca dan bagaimana cara mereka masuk ke negara kita, saudara perlulah membuat kajian dan penyelidikan di mana-mana perpustakaan/pusat sumber kerana skop perkhidmatan KNDBP tidak merangkumi pertanyaan sedemikian. Saudara juga digalakkan membuat kajian di  Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka untuk tujuan tersebut.Makna22.07.2009
Assalamualaikum.. izin saya bertanya apakah maksud prasarana: kemudahan asas? Saya telah menerima tema ini sebagai tajuk dalam kerja kursus stpm tahun ini. Adakah contoh prasarana: kemudahan asas di sekolah seperti telefon awam,bilik darjah dan surau? Adakah prasarana ini hanya dikaitkan jalan raya kemudahan elektrik, dan pengangkutan?Prasarana ialah keseluruhan kemudahan dan per­khidmatan asas seperti kemudahan pengangkut­an dan perhubungan, bekalan kuasa elektrik dan lain-lain yang perlu bagi pembangunan dan kemajuan, atau disebut juga infrastruktur.Tatabahasa18.12.2015
Salam. Mohon jelaskan latar belakang penggunaan ungkapan "dengan izin" di Parlimen apabila seseorang YB menggunakan bahasa Inggeris.Ungkapan dengan izin digunakan di Parlimen sebagai cara yang santun apabila seseorang YB menggunakan bahasa Inggeris. Ungkapan ini merupakan padanan bagi ungkapan bahasa Inggeris with permission.   Makna06.01.2009
assalamualaikum wbt tuan/puan, adakah izin terbit dari penerbit asal telah luput untuk buku "Sejarah Tamadun Islam", terbitan DBP, tahun 2005? Adakah mungkin diulang cetak pada masa hadapan atau telah diputuskan tidak lagi akan diterbitkan lagi?Assalamualaikum. Bahagian Harta Intelek akan menyemak status izin terbit buku "Sejarah Tamadun Islam" tahun 2005 dengan penerbit asal. Keputusan cetak ulang buku tersebut bergantung pada perjanjian antara DBP dengan penerbit asal dan keperluan semasa.

Jika tuan mempunyai sebarang pertanyaan, tuan boleh menghubungi kami di hakcipta@dbp.gov.my

Sekian, terima kasih.
Lain-lain23.11.2021
Apakah kesalahan tatabahasa dalam ayat ini? Pihak berkuasa telah berjaya mengesan tempat sembunyi pendatang tanpa izin yang wujud di negara kita.Ayat yang betul ialah "Pihak berkuasa telah Berjaya mengesan tempat persembunyian pendatang tanpa izin di negara kita".Tatabahasa08.02.2015
Assalamualaikum wbt Tuan, a) Apakah status izin terbit n bilakah penerbitan semula Fiqh & Perundangan Islam, zuhaili, DBP? b) Bolehkah saya pinjam Fiqh & Perundangan Islam, zuhaili, DBP, dari pihak DBP, bagaimana caranya? c) Adakah masih diterbitkan Tafsir Mubin dan adakah boleh dibeli dari pihak DBP? d) Bolehkah pihak DBP berkongsi atau dibelu salinan digital Tafsir Mubin dan Fiqh & Perundangan Islam, memandangkan tiada lagi di pasaran Sekian, terima kasih, shaharSalam tuan,

Buku Fiqh dan Perundangan Islam,

Terima kasih atas maklum balas berkaitan dengan penerbitan buku terjemahan karya Profesor Dr. Wahbah al-Zuhayli, Fiqh dan Perundangan Islam.

Untuk makluman tuan, buku Fiqh dan Perundangan Islam tidak dapat diterbitkan semula kerana izin terbit buku tersebut telah tamat. Urusan permohonan izin tebit semula buku tersebut telah diuruskan oleh Bahagian Harta Intelek DBP. Walau bagaimanapun, faktor kos yang tinggi untuk mendapatkan semula izin terbit dan terjemahan beberapa jilid tambahan buku berkenaan menyebabkan penerbitannya terpaksa ditangguhkan.

Buku terjemahan Fiqh dan Perundangan Islam yang diterbitkan oleh DBP ada ditempatkan di Pusat Dokumentasi Melayu (PDM). Oleh itu, tuan boleh menghubungi Dr. Wan Khairoslinda Wan Mohd Khai melalui nombor telefon 03- atau e-mel linda@dbp.gov.my untuk urusan selanjutnya.

Urusan pembelian buku Tafsir Mubin boleh dilakukan di Kedai Buku DBP Hulu Kelang atau melalui portal DBPNiaga.my sekiranya masih ada stok.Tuan boleh berhubung dengan Encik Muhammad Rasul bin Abd Manan melalui nombor telefon 03-4100 0000 atau e-mel rasul@dbp.gov.my.bagi tujuan tersebut.

Untuk makluman tuan, buku terjemahan Fiqh dan Perundangan Islam dan Tafsir Mubin tidak diterbitkan dalam bentuk digital.

Sekian, terima kasih.

Lain-lain02.10.2021
Ingin bertanya yang mana betul: 1. Kata-kata aluan 2. Kat Alu-aluan Adakah betul ayat: 1. Dengan izin-Nya jua 2. Dengan izinNya Terima kasih

1. Kata alu-aluan

2. Dengan izin-Nya (Nya merujuk kepada Allah)

Tatabahasa18.10.2011
Salam sejahtera, Adakah perkataan mangkir dapat digunakan bagi menggantikan perkataan tidak hadir di dalam urusan surat rasmi seperti Minit Mesyuarat? Sebagai contoh "Tidak hadir dengan izin" digantikan dengan "Mangkir dengan izin" . Terima kasih.Salam sejahtera,

Perkataan mangkir merupakan bahasa percakapan dan tidak boleh digunakan untuk tujuan rasmi.

Sekian, terima kasih.
Pengembangan29.01.2020
assalam,boleh jelaskan langkah-langkah atau proses yang perlu saya hadapi setelah saya selesai menterjemahkan sesebuah kitab (Bahasa Arab kepada Bahasa Malaysia)?Sebelum proses menterjemah dilakukan, terlebih dahulu hendaklah mendapatkan izin daripada penerbit asal. Setelah diberi izin, barulah kerja menterjemah dimulakan. Penerbit asal akan mengenakan syarat tertentu beserta kadar bayarannya.Lain-lain05.12.2006
assalamualaikum sy ingin mintak izin untuk menterjemahkan buku Biografi Sayiid Qutb ke bahasa Thai..izinkah atau tidak...Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai di Bahagian Harta Intelek, DBP, iaitu Puan Nor Aida binti Mohd. Salleh/Puan Hawa Zurina binti Ra'ee melalui talian 03-21479523/9524 atau e-mel noraida2@dbp.gov.my/hawa@dbp.gov.my.Lain-lain30.11.2015
1234567

Kembali ke atas