Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.zin] | ايذين

Definisi : Ar persetujuan membenarkan (membolehkan), kebenaran (drpd ibu bapa, ketua, dsb), perkenan (Allah): tauke itu belum lagi mendapat ~ utk membuka kedai di sini; dgn ~ Allah; seizin = dgn ~ dgn kebenaran, dgn perkenan; mengizinkan memberi izin, memperkenankan, membenarkan: budak itu tidak diizinkan orang tuanya meninggalkan rumah; kerana masa tidak ~ pekerjaan itu kami tinggalkan dahulu; keizinan kebenaran, keredaan, kerelaan: ia memerintah negeri itu dgn ~ sultan; pengizinan perbuatan mengizinkan (membenarkan); pengizin orang yg memberi izin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.zin] | ايذين

Definisi : pernyataan membenarkan atau merelakan sesuatu: Kami belum mendapat ~ utk membuka kedai itu. mengizinkan memberi izin kpd; membenarkan; menyetujui: Ibunya tidak ~ dia berkahwin dgn orang asing. keizinan hal mendapat izin; kebenaran; kerelaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
izin
Kata Terbitan : keizinan, mengizinkan,

Puisi
 

Cik Mahat tukang rumah,
     Cik Ali tukang tingkap;
Minta maaf seisi rumah,
     Minta izin saya cakap.


Lihat selanjutnya...(5)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pendatang1. orang mendatang, orang asing yg datang ke, atau memasuki sesebuah negeri lain; ~ haram bk pendatang tanpa izin; ~ tanpa izin orang asing yg memasuki sesebuah negara lain dgn tidak mendapat kebenaran drpd kerajaan negara tersebut; 2. tiang atau penyokong utk menguatkan (meneguhkan); 3. perasaan yg timbul dlm hati (terlebih dahulu), gerak, firasat.Kamus Dewan Edisi Keempat
bermohon1. meminta izin; ~ diri meminta izin pergi: sahaya pun menyembahlah ~ diri hendak kembali; 2. mengemukakan permin­taan, minta supaya diperkembangkan: maka Upu Daeng Perani pun ~lah kpd sultan;Kamus Dewan Edisi Keempat
ijazah1. sl izin, kebenaran; memohon ~ memohon izin (utk membuat sesuatu); 2. surat akuan yg diberikan oleh universiti sbg tanda tamat belajar dan telah lulus dlm peperiksaan: pd tahun ini, istiadat menyampaikan ~ akan diadakan di bangunan Parlimen; ~ am kelas ijazah sarjana muda yg dianugerahkan kpd siswazah yg tahap pencapaian akademiknya sekadar lulus sahaja; ~ kepujian kelas ijazah sarjana muda yg dianugerahkan kpd siswazah yg tahap pencapaian akademiknya sangat baik atau cemerlang; berijazah mempunyai (mendapat) ijazah: di tanah air kita sekarang, sudah banyak bilangan orang yg ~ tinggi; pengijazahan penganugerahan atau pemberian ijazah: UPM akan memberi kredit ~ kpd beberapa aktiviti kokurikulum.Kamus Dewan Edisi Keempat
izinpernyataan membenarkan atau merelakan sesuatu: Kami belum mendapat ~ utk membuka kedai itu. mengizinkan memberi izin kpd; membenarkan; menyetujui: Ibunya tidak ~ dia berkahwin dgn orang asing. keizinan hal mendapat izin; kebenaran; kerelaan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mohon1. bh minta, minta izin: setelah itu maka sahaya ~lah pulang; 2. sl ampunilah (kerana menolak, mengingkari, dll), maaf­lah: maka titah baginda, “Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?” maka sembahnya, “~ patik, tuanku”; bermohon 1. meminta izin; ~ diri meminta izin pergi: sahaya pun menyembahlah ~ diri hendak kembali; 2. mengemukakan permin­taan, minta supaya diperkembangkan: maka Upu Daeng Perani pun ~lah kpd sultan; memohon meminta (lebih halus): kami ~ maaf atas kesilapan ini; memohonkan memintakan (sesuatu drpd): mahu aku ~ kehendakmu itu kpd Allah Taala; permohonan apa yg diminta, permintaan: segala ~nya utk mendapat kerja ditolak; pemohon orang yg memohon sesuatu; pohon II.Kamus Dewan Edisi Keempat
izinpernyataan membenarkan atau merelakan sesuatu:<>Kami belum mendapat ~ utk membuka kedai itu. mengizinkan memberi izin kpd; membenarkan; menyetujui: Ibunya tidak ~ dia berkahwin dgn orang asing. keizinan hal mendapat izin; kebenaran; kerelaan.Kamus Pelajar
permisiIB 1. izin, kebenaran, persetujuan: ia dimarahi pengurus syarikat kerana membuat tindakan tanpa ~ drpd ketuanya; 2. (minta) maaf: ~ dulu, saya belum mandi; 3. = minta ~ minta izin (kebenaran), minta diri: Aziz ~ pulang lalu keluar; orang-orang yg ~ bertambah banyak sehingga tambah lama tambah kosong rumah; Wati minta ~ masuk ke dapur dan kembali dgn semangkuk teh; 4. tidak hadir (ke tempat kerja dll) dgn izin; mempermisikan 1. meminta izin (tidak dapat datang bekerja dll), meminta kebenaran; 2. ark membenarkan, mengizinkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
perkenanizin atau persetujuan yg diberikan oleh seseorang atau sesuatu pihak supaya sesuatu arahan dpt dilaksanakan. ~ diraja izin atau persetujuan drpd Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, Sultan, Yang Dipertua Negeri dsb utk melaksanakan sesuatu arahan atau utk menguatkuasakan sesuatu undang-undang. ~ Duli Yang Maha Mulia izin atau persetujuan drpd Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong utk melaksanakan sesuatu arahan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
surat izinsurat yg menyatakan bahawa pemegangnya diberi izin atau kebenaran utk melakukan (memiliki) sesuatu;Kamus Dewan Edisi Keempat
izinAr persetujuan membenarkan (membolehkan), kebenaran (drpd ibu bapa, ketua, dsb), perkenan (Allah): tauke itu belum lagi mendapat ~ utk membuka kedai di sini; dgn ~ Allah; seizin = dgn ~ dgn kebenaran, dgn perkenan; mengizinkan memberi izin, memperkenankan, membenarkan: budak itu tidak diizinkan orang tuanya meninggalkan rumah; kerana masa tidak ~ pekerjaan itu kami tinggalkan dahulu; keizinan kebenaran, keredaan, kerelaan: ia memerintah negeri itu dgn ~ sultan; pengizinan perbuatan mengizinkan (membenarkan); pengizin orang yg memberi izin.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas