Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.ba.tan] | جابتن

Definisi : 1. bahagian drpd pentadbiran kerajaan dll yg mengurus tugas-tugas tertentu: J~ Perhutanan; J~ Pengajian Melayu di Universiti Malaya; 2. Id kedudukan rasmi (dlm pemerintahan, pentadbiran, organisasi, dll), jawatan: menteri itu telah meletakkan ~nya; 3. Id tugas (dlm ilmu kaji hayat, tatabahasa, dan ilmu hisab), fungsi: imbuhan mempunyai ~ tertentu dlm tatabahasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.ba.tan] | جابتن

Definisi : bahagian drpd sesuatu badan pentadbiran kerajaan (universiti dll): ~ Perdana Menteri; ~ Pengajian Melayu. ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jabatan (kata nama)
Bersinonim dengan bahagian, cawangan, unit, biro;,
Kata Terbitan : pejabat,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
functional strategystrategi fungsianPengurusanPerancanganStrategi yang dilaksanakan oleh setiap jabatan mengikut fungsi dalam organisasi seperti jabatan kewangan, jabatan pemasaran, jabatan pengeluaran dan jabatan sumber manusia untuk menyokong strategi dan matlamat perniagaan organisasi. Pengurus yang membentuk strategi fungsian perlu menilai keupayaan dan cabaran yang dihadapi oleh jabatannya untuk memastikan matlamat jabatan tercapai. Contohnya, jabatan pengeluaran harus membentuk strategi berkaitan operasi jabatan untuk mencapai tahap kualiti yang ditetapkan dengan mengurangkan kadar penolakan produk.
colleges (Russia)kementerian' (Rusia)SejarahTiadaSatu cabang dalam pentadbiran pemerintahan Russia yang membahagikan jabatan-jabatan tertentu untuk pengurusan pihak-pihak yang berkelayakan.
classified materialbahan sulitPerpustakaanTiadaMemoranda, laporan dan dokumen-dokumen lain yang diperoleh daripada jabatan-jabatan kerajaan, industri, dan perbadanan-perbadanan lain, institusi penyelidikan dan sebagainya yang dilabelkan sulit dan rahsia. Sinonim: Maklumat sulit.
hotlinetalian pentingKomunikasiTiadaPerkhidmatan talian telefon yang utama dan disediakan khusus kepada orang ramai untuk tujuan tertentu, seperti hal-hal kecemasan atau sebarang urusan rasmi dengan jabatan-jabatan kerajaan.
cross-functional work teampasukan kerja rentas fungsiPengurusanPerancanganSekumpulan individu dengan kepakaran fungsian yang berbeza, yang secara bersama-sama berusaha mencapai matlamat organisasi yang sama. Pasukan ini boleh melibatkan individu dari jabatan kewangan, jabatan pemasaran, jabatan operasi dan jabatan sumber manusia, daripada pelbagai peringkat jawatan dalam organisasi. Contohnya, pasukan kerja rentas fungsi yang dibentuk untuk menghasilkan sesuatu produk baharu dalam pasaran.
transfer priceharga pindahanPentadbiranTiadaharga yang dikenakan oleh sesebuah jabatan kepada jabatan lain dalam organisasi yang sama apabila berlaku pemindahan sesuatu keluaran atau perkhidmatan.
departmental inspectornazir jabatanPentadbiranPentadbiran Awam

Pegawai yang bertanggungjawab memerhati, memantau dan memeriksa perjalanan pentadbiran dalam sesebuah organisasi. Nazir jabatan berperanan memastikan segala peraturan dan prosedur jabatan dipatuhi untuk mencapai matlamat yang disasarkan serta memenuhi piawaian yang ditetapkan. Nazir jabatan terdiri daripada pegawai peringkat pengurusan tertinggi dari luar jabatan tersebut yang bertugas dari semasa ke semasa berdasarkan jadual yang ditetapkan tanpa pengetahuan jabatan berkenaan.

head of departmentketua jabatanPentadbiranPentadbiran Awam

Individu dalam perkhidmatan awam yang dilantik untuk mengetuai dan mentadbir sesebuah unit, jabatan, pusat, sektor mahupun institusi. Beliau bertanggungjawab untuk membangunkan jabatan tersebut sesuai dengan matlamat dan hala tuju yang telah ditetapkan. Ketua ini juga bertanggungjawab memelihara kepentingan anggotanya termasuk pengembangan kerjaya kakitangan di samping melayan kehendak orang ramai yang berurusan dengannya. Seorang ketua berkuasa memberi arahan, membentuk strategi, menentukan dan mengawal perbelanjaan serta melaksanakan dasar yang telah ditetapkan oleh kementerian atau pihak yang lebih tinggi. Ketua jabatan bagaimanapun tertakluk kepada arahan peringkat yang lebih tinggi seperti pengarah atau ketua setiausaha kementerian mahupun eksekutif tertinggi. Contoh ketua jabatan ialah Ketua Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka.

functional conflictkonflik fungsianPengurusanPerancangan1.����� Percanggahan yang timbul antara fungsi atau jabatan yang berbeza dalam organisasi, yang didorong oleh perbezaan matlamat masing-masing. Konflik ini boleh berlaku disebabkan oleh sumber yang terhad dan jangkaan prestasi yang tinggi sehingga mewujudkan persaingan antara fungsi dan jabatan. Contohnya, jabatan kewangan yang berfungsi mengawal belanjawan dan kos operasi sesebuah perniagaan mungkin menghadapi konflik dengan jabatan pengeluaran apabila jabatan pengeluaran menuntut tambahan peruntukan untuk membeli mesin baharu bagi meningkatkan kecekapan pengeluaran perniagaan tersebut. Lihat juga pengurusan konflik. 2. Percanggahan membina yang timbul dalam kalangan ahli dalam satu kumpulan kerja, yang membawa kepada penghasilan yang lebih baik dari segi kualiti keputusan kerana cetusan kreativiti dan inovasi yang berlaku dalam kumpulan. Contohnya, dalam menyelesaikan masalah yang kompleks, ahli kumpulan digalakkan memberikan pendapat dan membahaskan pandangan sesama mereka sehingga tercapai suatu idea yang bernas. Lihat juga pengurusan konflik, konflik gugatan.
Cabinet SecretarySetiausaha KabinetPentadbiranPentadbiran Awam

Individu yang bertanggungjawab mengendalikan hal ehwal berkaitan dengan mesyuarat kabinet. Beliau merupakan pegawai pentadbiran utama di Jabatan Perdana Menteri. Setiausaha Kabinet adalah juga Ketua Setiausaha Negara. Tugas-tugas setiausaha ini ialah menyediakan agenda dan minit mesyuarat kabinet, menyampaikan keputusan kabinet kepada badan pelaksana kerajaan seperti jabatan-jabatan kerajaan, agensi-agensi dan perbadanan awam. Setiausaha Kabinet juga merupakan penasihat utama kepada kabinet dalam hal-ehwal yang berkaitan dengan perkhidmatan awam.

12345678910...

Kembali ke atas