Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jaga-jaga

Puisi
 

Malam ini malam Jumaat,
     Malam esok malam Sabtu;
Malam ini kumbang mengejar,
     Jaga-jaga bunga yang di pasu.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Berkubu sebelum alah.

Bermaksud :

Berjaga-jaga sebelum mendapat kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Yang bingung makanan yang cerdik, yang tidur makanan yang jaga.Orang yang bodoh itu menjadi mangsa penipuan orang yang cerdik. (Peribahasa lain yang sama makna: Bingung makanan si cerdik, orang tidur makanan si jaga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berkubu sebelum alah.Berjaga-jaga sebelum mendapat kesusahan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sedia payung (= berpayung) sebelum hujan.Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bingung makanan si cerdik, orang tidur makanan si jaga.Orang yang bodoh itu menjadi mangsa penipuan orang yang cerdik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau tak pandai menggelamai, bercirit kambinglah kelak, dikunyah patah gigi, ditelan sembelit.Sesuatu pekerjaan kalau dikerjakan oleh orang yang tidak tahu, nescaya akan rosaklah pekerjaan itu. (Bandingkan dengan: Tidak mudah menggelamai, kurang haru cirit kambingan, terlampau haru berlantingan). gelamai = dodol, kuih; cirit = biji-biji kecil dan keras yang terjadi kerana kurang jaga waktu mengacau dodol itu; cirit kambing = tahi kambing.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas