Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.gat] | جاݢت

Definisi : alam, dunia; sejagat seluruh dunia, sedunia, antarabangsa: manusia ~; menyejagatkan menjadikan sesuatu (nilai, alam, dll) sejagat: nilai-nilai klasik baru yg disejagatkan; kesejagatan hal (keadaan, sifat) sejagat, keuniversalan: ~ Islam yg tidak membezakan asal usul keturunan dan bangsa; penyejagatan perihal atau proses menye­jagatkan sesuatu: ~ alam tempatan dlm alam Islam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.gat] | جاݢت

Definisi : bintik-bintik perang kehitam-hitaman pd kulit (biasanya pd muka) kerana kena cahaya matahari, tetua. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.gat] | جاݢت

Definisi : alam; dunia. sejagat seluruh dunia; sedunia; antarabangsa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ja.gat] | جاݢت

Definisi : bintik-bintik pd kulit (biasanya di muka) kerana terdedah kpd sinar matahari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jagat (kata nama)
Bersinonim dengan alam, dunia, buana, bumi, rat;,
Kata Terbitan : sejagat,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GRES

GRES,  kumpulan 17 cerpen karya Putu Wijaya. Kumpulan cerpen ini diterbitkan oleh Balai Pustaka, Jakarta pada tahun 1982. Cerpen yang terhimpun dalam kumpulan ini memperlihatkan suatu kecenderungan baharu dalam penampilan karya-karya Putu Wijaya iaitu jagat raya realiti yang berbaur dengan jagat impian yang saling menyatu dan amat sukar untuk melihat batas pemisahnya. Dari sudut ini,  cerpen Putu Wijaya harus dirujuk pada hakikat cereka sebagai lojik cereka bahawa realitinya adalah realiti imaginatif.

SASTERAKarya

Kembali ke atas