Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.gung] | جاݢوڠ

Definisi : sj tumbuhan yg buahnya bertongkol dan berbijirin yg boleh dimakan, Zea mays; setahun ~ = seumur ~ a) lebih kurang 100 hari (tiga bulan); b) terlalu muda; berjagung-jagung; baik ~ sementara padi belum masak prb sementara menunggu se­suatu yg lebih baik, yg kurang baik pun boleh dipakai dahulu; menjagung 1. menyerupai biji jagung; 2. mulai tumbuh (padi, gigi, penyakit cacar, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.gung] | جاݢوڠ

Definisi : nama sj tanaman atau buahnya (buahnya bertongkol dan bijinya boleh dimakan), Zea mays. setahun ~, = seumur ~ a. terlalu muda. b. ± 100 hari atau 3 bulan. menjagung menyerupai biji jagung; mula tumbuh (penyakit cacar, gigi dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jagung

Puisi
 

Kalau tuan makan jagung,
     Jagung dimakan burung merpati;
Kita ini sama berpantun,
     Pantun kita mohon berhenti.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Padi masak,
     jagung mengupih.

Bermaksud :

Keuntungan yang berlipat ganda. mengupih = sudah tua.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TEPUNG JAGUNG

Tepung jagung ialah tepung halus putih yang

dibuat dengan mengisar dan menapis butir jagung.

Ia dibuat daripada jagung yang telah dibuang

bahagian yang mengeluarkan biji benih yang

dinamakan germa . Jagung dikisar dalam proses

yang dikenali sebagai kisaran basah. Selepas

dibuang protein jagung, tepung jagung yang

tertinggal dikeringkan dalam ketuhar. Oleh kerana

hanya 10 peratus lembapan yang masih ada dalam

tepung jagung selepas dikeringkan, tepung jagung

biasanya dicampurkan dengan makanan lain untuk

melindunginya daripada lembapan. Pembuat

menggunakan tepung jagung dalam keluaran

berbakar, serbuk penaik, gula-gula dan kuah salad.

Tukang masak menggunakannya untuk

memekatkan kuah dan puding. Pembuat juga

menggunakan tepung jagung dalam bahan

letupan, cat, dan tekstil. Lihat juga Jagung (Industri

pengilangan basah).

UMUM 
MINYAK JAGUNG

Minyak jagung ialah minyak yang dibuat

daripada isirung jagung. Ia digunakan terutamanya

sebagai minyak masak dan minyak salad, dan

dalam keluaran makanan seperti marjerin dan

kerepek kentang. Minyak jagung yang ditapis

berwarna kuning pucat.

UMUM 
SIRAP JAGUNG

Sirap jagung ialah cecair yang pekat, manis

yang dibuat daripada tepung jagung. Pemproses

makanan menggunakannya untuk memaniskan

makanan berbakar, gula-gula, buah dalam tin, dan

banyak makanan yang lain. Sirap jagung

menjadikan tekstur krim dan gula-gula licin. Ia

juga menarik dan membendung lembapan, dan

dengan itu ia membantu mencegah makanan

berbakar daripada menjadi keras.

UMUM 
JAGUNG BERTIH UMUM 
JAGUNG UMUM 
BUNGA JAGUNG

Bunga jagung ialah tumbuhan yang

mengeluarkan bunga

kecil berbentuk seperti

butang. Biasanya bunga

ini berwarna biru,

tetapi sesetengah jenis

mempunyai bunga

berwarna samar, ungu,

atau putih. Bunga ini

lebarnya 2.5 sentimeter

hingga 4 sentimeter.

UMUM 
MINUMAN BERALKOHOL

Minuman beralkohol ialah minuman yang

mengandungi alkohol etil. Minuman beralkohol

dihasilkan terutamanya daripada bijirin seperti

barli, jagung dan sekoi, ataupun diperoleh

daripada buah anggur atau buah-buahan yang lain.

UMUM 
KANJI

Kanji ialah bahan putih berbentuk serbuk yang

terdapat dalam sel hidup tumbuhan hijau. Ia boleh

didapati dalam biji jagung, gandum, padi, dan

kacang, dan dalam batang, akar dan ubi (batang

bawah tanah) kentang, ubi garut, atau ubi kayu

(tapioka).

UMUM 
KELLOGG, W. K.

Kellogg, W. K. (1860–1951), pengeluar bijirin

Amerika yang terkenal dengan gelaran “King of The

Corn Flakes” (Raja Kepingan Jagung). Semasa

separuh pertama usianya, Will Keith Kellogg tidak

dikenali ramai. Namun apabila dilantik sebagai

ketua syarikat bijirin yang ditubuhkan pada tahun

1906, dia mula menjadi salah seorang pakar

jurujual dan saudagar utama pada waktu itu, dan

berjaya mengumpul harta.

UMUM 
NEBRASKA

Nebraska (pend. 1 584 617) ialah negeri di

kawasan barat tengah Amerika Syarikat. Negeri ini

adalah sebuah kawasan pertanian utama. Hasil

tanaman utamanya ialah jagung. Nama julukan bagi

Nebraska ialah Cornhusker State . Nama Nebraska

berasal dari perkataan Orang Asli Amerika Oto,

iaitu nebrathka .

UMUM 
123

Kembali ke atas