Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.gung] | جاݢوڠ

Definisi : sj tumbuhan yg buahnya bertongkol dan berbijirin yg boleh dimakan, Zea mays; setahun ~ = seumur ~ a) lebih kurang 100 hari (tiga bulan); b) terlalu muda; berjagung-jagung; baik ~ sementara padi belum masak prb sementara menunggu se­suatu yg lebih baik, yg kurang baik pun boleh dipakai dahulu; menjagung 1. menyerupai biji jagung; 2. mulai tumbuh (padi, gigi, penyakit cacar, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.gung] | جاݢوڠ

Definisi : nama sj tanaman atau buahnya (buahnya bertongkol dan bijinya boleh dimakan), Zea mays. setahun ~, = seumur ~ a. terlalu muda. b. ± 100 hari atau 3 bulan. menjagung menyerupai biji jagung; mula tumbuh (penyakit cacar, gigi dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jagung

Puisi
 

Kalau tuan makan jagung,
     Jagung dimakan burung merpati;
Kita ini sama berpantun,
     Pantun kita mohon berhenti.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Padi masak,
     jagung mengupih.

Bermaksud :

Keuntungan yang berlipat ganda. mengupih = sudah tua.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
CobTongkolPertanianAgronomi

Bahagian buah jagung di mana biji-biji jagung melekat. Jagung boleh dimakan terus daripada tongkol ini atau biji jagung boleh diasingkan daripada tongkol.

corn silagesilaj jagungVeterinarTiadaSilaj yang diperbuat daripada keseluruhan pokok jagung. Biasanya, jagung ditanam dan dipotong sebelum biji buahnya masak untuk dijadikan silaj. Bahan ini mengandungi tenaga sebanyak 10.5 MJ/kg dan protein kasar 10.5% serta sesuai dijadikan sebagai makanan lembu tenusu. Lihat juga silaj.
relay croppingpenanaman gegantiPertanianAgronomi

 Sistem penanaman berganda yang melibatkan penanaman tanaman kedua semasa tanaman pertama masih lagi belum dituai. Contohnya, tanaman jagung, kacang soya ditanam antara barisan jagung ketika jagung sedang berbunga. Hal ini membolehkan kacang soya membesar, dalam masa jagung mencapai kematangan untuk dituai. Selepas jagung tersebut dituai, kacang soya telah matang dan mengeluarkan hasil dalam masa yang singkat berbanding ditanam selepas jagung dituai. Penanaman ganti menjimatkan masa dan menjurus kepada penggunaan tanah yang lebih efisien untuk menghasilkan dua jenis tanaman berbeza.

cobtongkol jagungVeterinarTiadaHasil sampingan yang diperoleh daripada industri jagung apabila biji jagung dipisahkan daripada tongkolnya. Hasil sampingan ini boleh digunakan sebagai sumber tenaga dan serabut untuk ternakan ruminan. Kandungan protein dalam bahan ini ialah sebanyak 3-4%, serabut kasar 35-38% manakala kandungan tenaga metabolisme sebanyak 7-8 MJ/kg.
kertas jagungkertas jagungKesenianTiadaKertas nipis, berwarna surih, digunakan untuk membuat wau.
corn-drillsbaris tugal jagung; alat penugal jagungPertanianTiadaTiada
black layerlapisan hitam (jagung)PertanianAgronomi

Lapisan sel berwarna hitam yang terdapat pada bahagian pangkal biji jagung apabila biji itu telah mencapai kematangan fisiologi. Isirung jagung akan mengumpul karbohidrat dan membesar sehingga lapisan hitam terbentuk. Lapisan ini merupakan lapisan peluruhan dan akan menyekat kemasukan air dan nutrien ke dalam biji. Kehadiran lapisan ini menandakan jagung itu sudah sedia untuk dituai bagi makanan ternakan.

ear rotbusuk tongkol jagungBiologiPatologiPenyakit busuk pada tongkol jagung yang disebabkan oleh beberapa jenis kulat, terutama sekali Fusarium moniliforme. Serangan biasanya bermula pada tongkol jagung matang di lapangan dan berkembang semasa dalam simpanan dan pengangkutan. Tongkol yang terserang parah akan diselubungi oleh miselium dan konidium kulat berwarna kemerahan.
ear rotbusuk tongkol jagungKimiaTiadaPenyakit busuk pada tongkol jagung yang disebabkan oleh beberapa jenis kulat, terutama sekali Fusarium moniliforme. Serangan biasanya bermula pada tongkol jagung matang di lapangan dan berkembang semasa dalam simpanan dan pengangkutan. Tongkol yang terserang parah akan diselubungi oleh miselium dan konidium kulat berwarna kemerahan.
stoverstoverVeterinarTiadaHasil selepas penuaian jagung yang terdiri daripada batang, bunga dan daun jagung. Bahan ini mempunyai kandungan serabut yang tinggi dan menjadi sumber tenaga untuk ternakan ruminan. Kandungan proteinnya rendah iaitu antara 6-8%. Bahan ini boleh dijadikan silaj bermutu tinggi sekiranya jagung dituai sebelum biji benih menjadi tua.
12345678910...

Kembali ke atas