Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.hat] | جاهت

Definisi : buruk lakunya, tidak baik (perangai, perbuatan, dll); orang ~ orang yg berkelakuan tidak baik; buat baik berpada-pada, buat ~ jangan sekali prb membuat pekerjaan baik janganlah berlebih-lebihan, pekerjaan yg bu­ruk hendaklah dihindarkan; sejahat-jahat bagaimana (betapa) jahat se­kalipun: ~ harimau itu tidak akan sanggup me­makan anaknya sendiri; berjahat melakukan perbuatan jahat: Ali dikatakan pernah ~ dgn Tipah; berjahatkan sl memfitnah, memburukkan: maka Laksamana berdatang sembah ~ Ben­dahara; menjahati melakukan perbuatan jahat ter­hadap: kita dilarang ~ orang yg lemah; menjahatkan 1. menyebabkan jahat; 2. mem­fitnah, memburukkan; kejahatan kelakuan atau perbuatan yg jahat; penjahat orang yg berbuat jahat (spt pencuri, penyamun, dll); ~ perang a) orang yg menye­babkan (me­nim­bulkan) peperangan; b) askar-askar musuh yg menganiaya tawanan atau penduduk negeri yg diduduki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.hat] | جاهت

Definisi : tidak baik (perangainya, kelakuannya); buruk lakunya: Budak yg ~ itu selalu mencuri duit orang. berjahat 1 melakukan perbuatan yg jahat (berzina dll). 2 berbuat dosa; bercakap-cakap ttg orang lain dgn tujuan memburuk-burukkan namanya. menjahati melakukan perkara jahat kpd: Tak usahlah ~ orang yg lemah. kejahatan kelakuan atau perbuatan yg jahat. penjahat orang yg berbuat jahat (penyamun dll): ~ itu dpt ditangkap oleh polis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Senggarang Batu Pahat,
     Emak garang bapa jahat;


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Bagaimana ditanam,
     begitulah dituai.

Bermaksud :

Berbuat jahat dibalas jahat; berbuat baik dibalas baik.

 

Lihat selanjutnya...(163)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
AinNur Haris ISN 2.44 PTG Assalamualaikum Dewan Bahasa dan Pustaka, saya hendak bertanya tentang penggunaan perkataan kolaborasi yang sering digunakan oleh media massa. Saya difahamkan kolaborasi bermaksud pakatan jahat, kerjasama membuat jahat/jenayah. Namun saya diberitahu kolaborasi juga mempunyai DUA maksud dan boleh juga digunakan untuk menunjukkan kerjasama yang baik. Mohon penjelasan pihak DBP. Terima kasih. Puan AinNur Haris, Bandar Baru Salak TinggiBetul, kolaborasi bermaksud subahat (kerjasama) dengan musuh atau orang jahat. Dalam beberapa bidang istilah, seperti sains Politik kolaborasi diberi maksud yang setara dengan kerjasama (sebagai varian). Kamus Inggeris Melayu-Dewan juga menakrifkan collaboration kepada dua, iaitu working together dan cooperation with enemy. Oleh sebab maksud kerjasama (working together) juga kini banyak digunakan dalam wacana, kami menerima penggunaan perkataan kolaborasi bagi maksud yang setara dengan kerjasama.Penyemakan dan penterjemahan05.06.2017
segala yang berkaitan dengan buaya, maksud, peribahasa, pantun, istilah, dan lain-lain....juga kearamatAntara peribahasa yang berkaitan dengan buaya ialah; Adakah buaya menolak bangkai? Seorang jahat tentu akan berbuat jahat, kalau ada kesempatan. 2 . Air yang keruh-keruh kerak, alamat buaya di hulunya. Daripada perkataan dapat dimaklumi niat di dalam hati. keruh-keruh kerak = tiada jernih. 3 . Air yang tenang, jangan disangka tiada berbuaya. Orang yang diam jangan disangka pengecut. 4 . Asal selamat ke seberang, biar bergantung di ekor buaya. Sangat perlu akan pertolongan, betapa pun jua pertolongan itu akan diterimanya. 5 . Bergalah ke hilir tertawa buaya, bersuluh di bulan terang tertawa harimau. Membuat pekerjaan yang sia-sia. 6 . Besar berudu di kubangan, besar buaya di lautan. Tiap-tiap orang mulia dan besar pada tempatnya masing-masing. Sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu dan Kurik KUndi Merah Saga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk rujukan himpunan pantun-pantun Melayu. Harap maklum.Lain-lain27.11.2007
Ali berkali-kali menasihati adiknya yang berbuat jahat. Atau Ali menasihati adiknya yang berbuat jahat berkali-berkali. Atau kedua-dua ayat itu betul.Ayat yang pertama betul.Tatabahasa26.08.2010
Orang yang jahat pasti akan mendapat ganjaran yang setimpal dengan apa-apa yang dilakukannya. MUnsyi,, adakah ganjaran salah dalam ayat ini? Terima KasihGanjaran boleh digunakan dalam ayat tersebut kerana ganjaran juga bermaksud balasan bagi perbuatan jahat.Tatabahasa13.06.2012
MENURUT KAMUS DEWAN EDISI 4, KOLABORASI BERMAKNA BERSUBAHAT UNTUK KERJA JAHAT. JAWAPAN YANG DIBERIKAN UTK SOALAN SAYA AMAT KONTRA DENGAN MAKNA DALAM KAMUSBetul, kolaborasi bermaksud subahat (kerjasama) dengan musuh atau orang jahat. Dalam beberapa bidang istilah, seperti sains Politik kolaborasi diberi maksud yang setara dengan kerjasama (sebagai varian). Kamus Inggeris Melayu-Dewan juga menakrifkan collaboration kepada dua, iaitu working together dan cooperation with enemy. Oleh sebab maksud kerjasama (working together) juga kini banyak digunakan dalam wacana, kami menerima penggunaan perkataan kolaborasi bagi maksud yang setara dengan kerjasama.Tatabahasa27.11.2015
Penulisan peribahasa BUAT BAIK BERPADA-PADA BUAT JAHAT JANGAN SEKALI adakah tepat mengikut tatabahasa B.Melayu.Apakah kategori untuk Kata SEKALI dalam peribahasa tersebut. Jika dihumorkan kadang-kadang membawa maksud buat baik ada hadnya, tetapi kalau buat jahat jangan sekali(mesti lebih daripada sekali). Apa komen tuan. Terima kasih.Sekali ialah kata nama bermaksud satu kali.  Jika dilihat dari aspek tatabahasa penggunaan sekali dalam ungkapan tersebut tidak tepat, sebaliknya ungkapan yang tepat ialah sekali-kali. Perlu diingat peribahasa  terakam dalam kepustakaan Melayu sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk peribahasa tetap dikekalkan. Dan untuk melihat kelas kata dan ayat contoh yang betul rujuk buku Tatabahasa Dewan.

Lain-lain07.02.2012
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama atau Manusia mati meninggalkan nama, harimau mati meninggalkan belangMaklumat yang terakam dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, ialah "Harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan daging, manusia mati meninggalkan nama" yang bermaksud orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat. Untuk maklumat lanjut http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=harimau&d=11Lain-lain11.10.2015
Saya kareemah ka'do. Sedang berlajar Universiti fatoni kelas dasar ingin bertanya : tentang asal usul perkataan "kedurjanaan" apakah artinya dan contoh dalam Ayat. Terima kasihKata ‘durjana’ mempunyai 2 maksud iaitu, 1. jahat dan 2. derhaka. ‘kerdurjaan’ ialah perbuatan durjana (jahat, keji), kejahatan, kekejian, contoh ayat: kekotoran dan kedurjaan hatinya sudah pun terdedah. Makna25.09.2014
makna atau istilah yang betul berkaitan dengan perkataan "JENAYAH"Merujuk Kamus Dewan, jenayah bermaksud perbuatan jahat (seperti men­curi, merompak, membunuh, dan lain-lain) yang salah di sisi undang-undang.Makna15.06.2010
bila hidup tidak muafakat banyaklah runding tidak terdedat banyaklah orang hidup tersesat kerja yang baik menjadi jahat di dalam air perahu tersekat. apa makna TERDEDAT dalam pantun di atas? terima kasihPerkataan dedat atau terdedat tidak ada dalam sumber rujukan kami.Makna13.05.2010
123456

Kembali ke atas