Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.hit] | جاهيت

Definisi : menyambung sesuatu (kain dll) dgn menggunakan jarum dan benang; jenis-jenis­nya: ~ cengkam; ~ bunga padi; ~ lubang; ~ sang­kut; ~ silang pangkah; tukang ~ = penjahit; berjahit (telah) dijahit: sehelai kain sarung yg belum ~; dua helai kain putih yg sudah siap ~; menjahit 1. menyambung sesuatu (kain dll) dgn menggunakan jarum dan benang: dia tidak biasa ~ dgn menggunakan mesin jahit; 2. membuat pakaian: kakak sedang ~ pakaian utk hari raya; jahit-menjahit pekerjaan menjahit (mem­buat pakaian dsb): dia membuka sebuah sekolah ~; menjahitkan 1. menjahit utk orang lain: Aminah ~ adiknya baju; 2. menjahit sesuatu dgn (sesuatu) yg lain: dia ~ lengan baju itu dgn bahagian badannya; jahitan 1. cara menjahit; 2. benda yg dijahit; 3. hasil menjahit; penjahitan perbuatan (kerja) menjahit; penjahit 1. orang yg kerjanya membuat pakaian, tukang jahit; 2. jarum yg digunakan utk menjahit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.hit] | جاهيت

Definisi : perbuatan (hal, cara) melekatkan sesuatu dgn menggunakan jarum dan benang: ~ jelujur; ~ bunga padi; tukang ~ orang yg membuat pakaian. berjahit (telah) dijahit: Dua helai kain batik itu siap ~. menjahit 1 melekatkan sesuatu (spt mengelim dll) dgn menggunakan jarum dan benang: ~ dgn mesin, lebih cepat drpd ~ dgn tangan. 2 membuat pakaian: Kakak sedang ~ baju saya. jahitan 1 benda yg dijahit: ~nya belum siap lagi. 2 hasil menjahit; cara menjahit: ~ mesin jahit ini halus. penjahit 1 tukang jahit. 2 jarum yg digunakan utk menjahit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jahit (kata kerja)
Bersinonim dengan sembat, jelujur, jerumat, sulam, tekat, suji, kelim;,
Kata Terbitan : berjahit, menjahit, jahit-menjahit, jahitan, penjahit,

Puisi
 

Apa abang jahit baju,
     Jahit kain banyak lagi;
Tak payah abang kata begitu,
     Kata lain banyak lagi.


Lihat selanjutnya...(14)

Kamus Melayu Parsi

Kamus Parsi.indb
ـت ،سيخ )khīk, mashk( کشم ،کيخ )kheylī, besyār( رايسب ،ىليخ )kheyme, chādor( رداچ ،هميخ ندز رداچ ،ندز هميخ )kheyme zadan, chādor zadan( riang, suka lazat, sedap babi darah timun tukang jahit menjahit khayalan, agakan khianat, curang, belot, derhaka bantuan basah, lembab, berair mesin membuat mentega banyak, ramai khemah berkhemah glad, happy delicious pig blood cucumber tailor to sew imagination treachery relief

Kembali ke atas