Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.kun] | جاکون

Definisi : Mn halkum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.kun] | جاکون

Definisi : penduduk asli Semenanjung Malaysia drpd suku kaum Melayu-Proto yg tinggal di selatan Semenanjung (hutan Pahang, Johor dan Negeri Sembilan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.kun] | جاکون

Definisi : penduduk asli Semenanjung Malaysia (yg diam di hutan-hutan Pahang, Johor dan Negeri Sembilan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jakun


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
JAKUN

JAKUN,  suku kaum Orang Asli. Masyarakat ini digolongkan dalam rumpun bangsa Melayu Asli atau Melayu proto.  Perkataan ‘jakun’ merupakan satu konsep budaya yang digunakan oleh orang Melayu bagi merujuk masyarakat ini.  Pada asalnya, konsep ‘jakun’ digunakan untuk merujuk semua kaum Melayu Asli. Konsep ‘jakun’ merupakan gabungan dua perkataan iaitu ‘jah’ atau ‘jak’ yang bermaksud ‘orang’, dan ‘kun’ bermaksud ‘liar’, ‘mundur’ dan seumpamanya.  Konsep ‘jakun’ ini kurang disenangi kerana mengandungi pengertian dan konotasi yang negatif.  Orang Jakun turut dikenal dengan panggilan lain seperti Orang Hulu, Orang Darat, Orang Dusun dan Orang Dalam.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
ADAT PERKAHWINAN JAKUNADAT PERKAHWINAN JAKUN, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Jakun di Semenanjung Malaysia. BUDAYAKonsep
DIALEK MELAYU ORANG ASLIDIALEK MELAYU ORANG ASLI, dialek yang dituturkan oleh Orang Asli di Malaysia sebagai bahasa ibunda. Dialek ini terbahagi kepada empat, iaitu dialek Orang Hulu (Jakun), dialek Temuan, dialek Orang Kanak, dan dialek Orang Seletar. Perlu ditegaskan bahawa kekurangan penyelidikan tentang dialek Melayu Orang Asli mengakibatkan keraguan tentang jumlah dan ciri-ciri dialek tersebut.BAHASABahasa
ORANG TEMUAN

ORANG TEMUAN, kelompok orang Melayu-Proto. Mereka juga dikenal sebagai orang Melayu Asli dan Jakun. Kebanyakan kelompok ini boleh ditemui se Selangor dan Negeri Sembilan. Perkataan ‘temuan’ diperkenalkan oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) selepas banci penduduk pada tahun 1960.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
BAHASA ORANG ASLI DI SEMENANJUNG

BAHASA ORANG ASLI DI SEMENANJUNG, bahasa yang dituturkan oleh Orang Asli di Semenanjung. Bahasa ini terbahagi kepada dua kelompok besar. Dalam kelompok pertama digolongkan bahasa-bahasa Orang Temuan, Orang Hulu (Jakun, Orang Kanak dan Orang Seletar, yang semuanya berbahasa Melayu sebagai satu-satunya bahasa ibunda mereka. Oleh itu, bahasa suku-suku itu tergolong dalam rumpun bahasa Austronesia, seperti semua dialek Melayu. Tetapi selain Orang Asli yang diklasifikasikan dalam Rumpun Austronesia tersebut, terdapat puluhan ribu Orang Asli yang hanya menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.

BAHASABahasa
SEMELAI

SEMELAI, suku kaum Orang Asli daripada rumpun bangsa Melayu-Proto.  Masyarakat ini terdapat di bahagian selatan negeri Pahang dan utara Negeri Sembilan. Orang Semelai merupakan suku kaum yang ketiga besar dalam rumpun Melayu-Proto selepas Temuan dan Jakun.  Kedatangan orang Semelai ke negara ini tidak dapat dipastikan dengan tepat. Ramai orang Semelai percaya bahawa nenek moyang mereka berasal dari Sumatera.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum

Kembali ke atas