Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.lan] | جالن

Definisi : 1 tempat lalu lintas (kenderaan atau manusia) yg dibina drpd batu dan tar, tanah merah dll: ~ ke rumah saya belum bertar lagi. 2 ikhtiar; cara; akal: Ia mencari ~ utk mengambil buah yg tinggi itu. 3 gerakan (kereta, jarum jam dsb): Kereta ini laju ~nya. 4 perkembangan sesuatu peristiwa (cerita dsb): ~ cerita. ~ bahasa gaya penggunaan bahasa dlm sesebuah cerita (novel, prosa dsb). ~ belakang a. jalan masuk melalui pintu belakang. b. perbuatan yg tidak mengikut undang-undang. ~ buntu a. = ~ mati jalan yg tidak ada sambungannya. b. tidak dpt diteruskan lagi; terhenti. ~ fikiran cara berfikir. ~ keluar a. jalan tempat keluar. b. cara menyelesaikan sesuatu perkara yg telah buntu. ~ raya jalan yg besar dan bertar. ~ susur jalan raya kecil yg agak selari dgn jalan raya utama utk menuju ke kawasan perumahan, kedai dsb. ~ tengah keputusan atau pendapat yg diambil antara dua pendapat yg berbeza. berjalan 1 bergerak dgn melangkahkan kaki: Tiap-tiap pagi, dia ~ ke sekolah. 2 bergerak dr satu tempat ke satu tempat: Kereta itu ~ perlahan-lahan. 3 berlangsung; berlaku: Mesyuarat itu ~ spt yg dijadualkan. berjalan-jalan 1 bersiar-siar dgn berjalan kaki atau dgn kenderaan: Pd petang hari, ia ~ dgn anaknya di dlm taman. 2 (pergi) makan angin atau melancong: Pd cuti sekolah yg lalu, mereka pergi ~. menjalani menyertai atau mengikuti (kursus dsb); mengalami: Amin membuka syarikatnya sendiri setelah ~ kursus perniagaan selama dua tahun. menjalankan 1 mengusahakan sesuatu supaya berjalan atau bergerak: Ia sudah pandai ~ kereta ayahnya. 2 mengerjakan sesuatu tugas; melaksanakan: Tiap-tiap hari ia ~ kerjanya sbg anggota polis. perjalanan 1 hal atau perbuatan berjalan: Ia ternampak seekor ular ketika dlm ~ ke sekolah tadi. 2 cara berjalan (bergerak): Dia bertanggungjawab atas ~ syarikat itu. 3 aliran (bkn air dsb): ~ air sungai itu selalu tersekat oleh sampah sarap. pejalan; ~ kaki orang yg berjalan kaki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jalan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,

2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,

Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan,

Puisi
 

Jalan-jalan di kaki lima,
     Bawalah pulang ikan gelama;
Budi tuan sudahlah diterima,
     Jadikan hutang selama-lamanya.


Lihat selanjutnya...(112)
Peribahasa

Campak baju nampak kurap seperti anak kacang hantu.

Bermaksud :

Orang-orang muda yang tiada memelihara kehormatan dirinya ataupun kehormatan orang lain di jalan-jalan raya.

 

Lihat selanjutnya...(67)


Kamus Melayu Parsi

Kamus Parsi.indb
948-46-0154-6 1. Malay language--Dictionaries-- Polyglot. I. Hakimeh Dabiran. II. Muhammad Bukhari Lubis, 1953-. III. Firuz Akhtar Lubis. Printed by Dawama Sdn. Bhd. Kompleks Dawama Lot 1037, Jalan AU3/1 54200 Ampang/ Hulu Kelang Selangor Darul Ehsan Kamus Parsi.indb 4 5/18/11 9:02 AM v پيشگفتار ن مالايى از جمله در زبان، مذهب، ّ بين ترازو )vazn, vazne( هنزو ،نزو )vazne bardārī( ىرادرب هنزو )vazīdan( نديزو )vazīr( ريزو )vos‘at( تعسو )vaṣf, towṣīf( فيصوت ،فصو )vaz̤‘, vaz̤‘iyyat( ت ّ يعضو ،عضو selamat tinggal, selamat jalan, perpisahan kesukanan, sukan ahli sukan daun bengkak masuk, memasuki tidak boleh masuk kementerian berat sukan angkat berat tiup, hembus, letup menteri keluasan huraian, pemberian, gambaran kedudukan farewell, goodbye sport sportsman

Kembali ke atas