Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : cara penggunaan bahasa yg khas dlm sesuatu bahasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : gaya penggunaan bahasa dlm sesebuah cerita (novel, prosa dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jalan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,

2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,

Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
adaptationadaptasiKesusasteraanTiadaPenyesuaian dengan keadaan yang baharu atau berbeza. Penyesuaian melibatkan penyusunan semula keseluruhan atau sebahagian karya daripada suatu bahasa, budaya, medium atau genre kepada bahasa, budaya, medium atau genre yang lain. Adaptasi yang melibatkan bahasa dan budaya ialah karya terjemahan dan saduran. Adaptasi yang melibatkan medium dan genre ialah novel atau cerpen kepada filem atau televisyen, atau daripada novel kepada drama. Contoh karya adaptasi klasik ialah Hikayat Seri Rama Melayu yang berasal daripada epik Ramayana dari India. Contoh lain ialah novel Juara karya S, Othman Kelantan yang diadaptasikan kepada filem dengan tajuk Jogho diarahkan oleh U-Wei Haji Saari pada tahun 1997. Novel Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad diadaptasikan kepada bentuk filem dengan judul yang sama, cerpen �Uda dan Dara� karya Usman Awang diadaptasikan kepada drama pentas dengan tajuk Muzikal Uda dan dara, novel Salina oleh A. Samad Said diadaptasikan kepada bentuk drama dengan judul yang sama, atau cerita Hang Jebat dan Hang Tuah daripada sastera tradisional kepada bentuk drama moden dan filem, serta novel Tenggelamnya Kapal van der Wijck oleh Hamka kepada drama televisyen dengan judul yang sama: Lihat juga terjemahan.
tamsiltamsilKesusasteraanTiadaMisalan, umpama atau contoh. Dalam budaya Melayu atau contoh diberikan secara ibarat dan sindiran melalui ungkapan perumpamaan, bidalan, dan pepatah. Ungkapan ini disebut sebagai bahasa kiasan, iaitu bahasa yang memberi teladan dan pengajaran secara perbandingan melalui perlakuan, sifat, atau tabiat alam dan makhluk. Melalui ungkapan ini, pengajaran disampaikan secara tersirat dan memerlukan tafsiran, namun amat berkesan, tajam, dan bersifat intelektual. Contohnya, �diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat�, �kokok berderai-derai, tetapi ekor bergelumang tahi�. Contoh tamsilan yang lebih panjang ditemui dalam Syair Perahu adalah seperti yang berikut: Wahai muda, kenali dirimu Ialah perahu tamsil tubuhmu, Tiadalah berapa lama hidupmu, ke akhirat jua kekal diammu. Hasil muda arif budiman, Hasilkan kemudi dengan pedoman, Alat perahumu jua kerjakan, Itulah jalan membetuli insan, Muaranya dalam, ikan pun banyak, Disanalah perahu karam dan rosak, Karangnya tajam seperti tombak, Ke atas pasir kamu tersesak.
VRML (virtual reality modelling language)VRML (bahasa permodelan realiti maya)Teknologi MaklumatTiadaStandard terbuka bagi pemprosesan imej tiga dimensi pada Jaringan Sejagat (WWW) yang telah membuka jalan bagi perkembangan kenyataan maya (VR) dalam Internet.
runtime versionversi waktu jalanTeknologi MaklumatTiadaPerisian yang membolehkan atur cara (program) lain dijalankan secara mandiri atau perisian yang membolehkan pengguna menjalankan aplikasi multimedia tetapi tidak boleh mengubah suai kandungan. Sebagai contoh, atur cara Visual Basic perlu di terjemah kerana aplikasi Visual Basic tidak boleh dijalankan pada komputer secara mandiri. Aplikasi Visual Basic memerlukan modul waktu jalan untuk menterjemah kod Visual Basic kepada bahasa mesin.
runtime versionversi waktu jalanTeknologi MaklumatTiadaPerisian yang membolehkan atur cara (program) lain dijalankan secara mandiri atau perisian yang membolehkan pengguna menjalankan aplikasi multimedia tetapi tidak boleh mengubah suai kandungan. Sebagai contoh, atur cara Visual Basic perlu di terjemah kerana aplikasi Visual Basic tidak boleh dijalankan pada komputer secara mandiri. Aplikasi Visual Basic memerlukan modul waktu jalan untuk menterjemah kod Visual Basic kepada bahasa mesin.
adaptationadaptasiKesusasteraanTiada

Penyesuaian dengan keadaan yang baharu atau berbeza. Penyesuaian melibatkan penyusunan semula keseluruhan atau sebahagian karya daripada suatu bahasa, budaya, medium atau genre kepada bahasa, budaya, medium atau genre yang lain. Adaptasi yang melibatkan bahasa dan budaya ialah karya terjemahan dan saduran. Adaptasi yang melibatkan medium dan genre ialah novel atau cerpen kepada filem atau televisyen, atau daripada novel kepada drama. Contoh karya adaptasi klasik ialah Hikayat Seri Rama Melayu yang berasal daripada epik Ramayana dari India. Contoh lain ialah novel Juara karya S. Othman Kelantan yang diadaptasikan kepada filem dengan tajuk Jogho diarahkan oleh U-Wei Haji Saari pada tahun 1997. Novel Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad diadaptasikan kepada bentuk filem dengan judul yang sama, cerpen “Uda dan Dara” karya Usman Awang diadaptasikan kepada drama pentas dengan tajuk Muzikal Uda dan Dara, novel Salina oleh A. Samad Said diadaptasikan kepada bentuk drama dengan judul yang sama, atau cerita Hang Jebat dan Hang Tuah daripada sastera tradisional kepada bentuk drama moden dan filem, serta novel Tenggelamnya Kapal van der Wijck oleh Hamka kepada drama televisyen. Lihat juga terjemahan.

local colour / regional literaturewarna setempatKesusasteraanTiadaKarya yang menggambarkan budaya setempat dari segi sejarah, bahasa, adat resam, pakaian, dan sikap termasuk bentuk geografi. Contohnya Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad.
incremental repetitionulangan meningkatKesusasteraanPuisiPerulangan bahasa yang dilakukan beberapa kali oleh penyair. Perulangan ini termasuklah perkataan, suku kata, frasa, pola, irama dan baris. Tujuannya untuk rneningkatkan kesan tema dan persoalannya. Contohnya, puisi "Kambing Hitam" karya Usman Awang. merah senja ibu kota merah wama jalan raya merah air Sungai Klang merah baju si anak malang menteri demi menteri di TV-demokrasi telah mangkat pemakamannya di mana saja , di mana saja pemabuk politik-ganja -taridra 13 Mei.
picaresque novelnovel pikaresKesusasteraanTiadaNovel yang mengetengahkan watak kelas rendah sebagai protagonisnya. Fiksyen ini bersifat kembara dan disampaikan melalui sudut pandangan orang pertama. Protagonis yang digelar picaroon bergantung hidup dengan tipu helah dalam kehidupannya yang mencabar. Melalui analogi kehidupan picaroon yang perit, pengarang menggunakan latar ini untuk mengemukakan suatu bentuk satira khususnya dalam konflik kelas sosial. Novel ini bersifat episodik kerana jalan ceritanya mengikuti pengembaraan protagonis. Oleh yang demikian, novel ini mempunyai struktur yang longgar. Contoh novel pikares ialah Tom Jones karya Henry Fielding. Istilah picaro berasal daripada bahasa Sepanyol yang bermaksud �penjarah�. Lihat juga protagonis, satira.

Kembali ke atas