Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) jalan mati; b) tidak tercapai tujuan kerana tidak ada kata sepakat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a) jalan yg tidak ber­sambung lagi; b) = menemui ~ buntu terhenti (mesyuarat dll) kerana tidak ada kata sepakat, kandas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : jalan yg tidak terus. 2 tidak dpt berfikir lagi; suntuk akal: (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : a. = ~ mati jalan yg tidak ada sambungannya. b. tidak dpt diteruskan lagi; terhenti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jalan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,

2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,

Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Erti Simpulan Bahasa a) Jalan Buntu b) Jalan Tengah c) Lepas Tangan d) Campur TAngan e) Angkat Tangan f) Bangkai Bernyawa g) Simpul Mati h) Atas Angin i) Jalan Belakang

Makna Simpulan Bahasa: a) Kegagalan mencapai per­setujuan dan sebagainya dalam perundingan dan lain-lain. b) Keputusan (pendapat) yang diambil antara dua (atau beberapa) pendapat yang berbeza. c) Tidak masuk campur dalam sesuatu hal. d) Mengambil bahagian dalam atau memasuki hal orang (kejahatan dan lain-lain). e) Menyerah kalah. f) Orang yang terlibat dalam penagihan dadah yang teruk sehingga kurus kering, tidak bermaya dan menimbulkan masalah kepada ke­luarga, masyarakat dan sebagainya. g) Ikatan yang susah diurai. h) Berbuat sesuatu atas perbelanjaan orang lain. i) Cara melakukan sesuatu dengan tidak mengikut peraturan yang telah ditentukan.

Lain-lain10.05.2009
Saudara, Dalam P&P di sekolah, saya telah terjumpa beberapa masalah bahasa yang perlu saya perjelaskan kepada pelajar. Malangnya, ilmu bahasa yang cetek pada pihak saya telah menemukan saya kepada jalan buntu. Saya harap pihak saudara dapat membantu saya. Jasa baik pihak saudara saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Persoalan-persoalan seperti berikut:- 1. Kita sudah biasa menggunakan frasa menjerang air, adakah kita masih menggunakan menjarang air? Adakah penyempitan makna menyebabkan kata menjarang air tidak digunakan lagi? 2. Apakah sebab pengecualian berlaku kepada perkataan 'keretapi' yang sebelum ini dieja 'kereta api' ?1. Perkataan menjarang digunakan dalam dialek Minangkabau yang bermaksud menjerang. Oleh itu, perkataan menjarang air hanya digunakan dalam kelompok teretentu. Dalam konteks rasmi perkataan menjerang air yang digunakan kerana perkataan menjerang itu tepat dari segi semantik dan lebih difahami umum.  
2. Ejaan yang betul ialah kereta api kecuali nama khas Keretapi Tanah Melayu Berhad. Kekecualian ialah sebahagian daripada unsur bahasa, namun jumlahnya tidaklah besar. Kekecualian dalam bahasa menunjukkan keunikan sesuatu bahasa. Penyusun tatabahasa terdiri daripada kalangan para sarjana bahasa lebih memaklumi hal ini dan telah memutuskan kekecualian perlu ada bagi sebahagian kecil perkataan yang telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.
Tatabahasa19.03.2012
Salam, bolehkah saudara@saudari maklumkan saya simpulan bahasa yang bermula dengan 'jalan' selain jalan tengah & jalan belakang berserta maksudnya? Terima kasih.Contoh yang lain ialah jalan buntu yang bermaksud tidak ada kata sepakat dan jalan bahasa bermaksud cara penggunaan bahasa yg khas dlm sesuatu bahasa. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kamus simpulan bahasa yang banyak terdapat di pasaran.Lain-lain02.05.2013
Adakah perkataan 'hmm' ini boleh digunakan? Misalnya, "Hmm... saya sendiri buntu memikirkan jalan penyelesaian masalah kita ini," beritahu Ahmad kepada rakan-rakannya yang lain.Untuk makluman ayat tersebut tidak ada kesalahan kerana merupakan dialog yang diucapkan dalam karya kreatif. "Hmm ... saya sendiri buntu memikirkan jalan penyelesaian masalah kita ini," beritahu Ahmad kepada rakan-rakannya yang lain.  Sastera31.10.2015

Kembali ke atas