Kurik Kundi Merah Saga | Buah kuini di dalam timba, Hendak dibawa ke rumah Cik Kasa; Jalan mati lagi dicuba, Inikan pula jalan biasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak ayam turun lima, Satu mati tinggal empat; Minta mati dalam agama, Biarlah tulis jalan makrifat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak ayam turunnya tiga, Mati seekor tinggalnya dua; Supaya tahu jalan ke syurga, Hilai-hilai dimakbulkan doa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak ayam turun empat, Mati seekor tinggalnya tiga; Supaya hamba membaca sifat, Lekas juga jalan ke syurga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari Bau jalan ke Miri, Sambil menumpang kereta api; Mana saya tahu main tak jadi, Sebaik hidup baik mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bila-bila Mak Milah mandi, Petang hari jalan ke kubur; Bila-bila kami nak mati, Hendak masuk pintu kubur. |