Terhengit-hengit bagai rumput di tengah jalan, mati segan hidup tak mahu. | Kehidupan yang melarat dan miskin; telah lama sakit. terhengit-hengit = merana. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jalan mati lagi dicuba, inikan pula jalan binasa. | Orang yang berani dan tidak memilih perbuatannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biarlah terjual nyawa, jangan terjual nama. | Tidak takutkan mati jika pada jalan yang benar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lancar kaji kerana diulang, pasar jalan kerana diturut. | Kepandaian atau kemahiran didapat kerana selalu berlatih. (Peribahasa lain yang sama makna: Pasar jalan kerana diturut, lancar kaji kerana diulang). pasar = licin, mati rumput. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Akan surut, air 'lah besar; akan lalu, jalan 'lah semak. | Dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: Akan mengaji, surat 'lah hilang; akan bertanya, guru 'lah mati). surut = undur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |