Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.lang] | جالڠ

Definisi : 1 tidak mempunyai tempat kediaman yg tetap; liar: kucing ~ kucing yg liar. 2 jahat (bkn perempuan): perempuan ~. menjalang membuat perkara yg tidak baik (tidak bermoral dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jalang (adjektif)
1. Dalam konteks binatang
bersinonim dengan liar, buas,
Berantonim dengan jinak

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan sundal, cabul, lacur, liar, jahat, cabo,
Berantonim dengan baik

Kata Terbitan : menjalang,

Puisi
 

Jangan diusik kerbau jalang,
     Jika digesel rebah juga;
Kalau nasib memang malang,
     Sudah jatuh ditimpa tangga.


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud Jalang di dalam penggunaan Bahasa Melayu. Adakah maksudnye lebih dari satu?Jalang bermakna (i) tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap; liar. (ii) tumbuhan (herba), rumput tahi ayam, tahi anjing.Makna09.07.2008
Sila jelaskan perbezaan perkataan "mengaibkan" dan "mempermalukan" serta contoh penggunaannya. Terima Kasih.Apitan memper-…-kan digunakan dengan kata nama dan kata kerja sahaja. Contohnya: memperjodohkan, memperlihatkan. Apitan memper-… digunakan dengan kata adjektif untuk maksud  menjadikan lebih atau bertambah. Contohnya: memperbesar (menjadikan lebih besar), memperindah (menjadi lebih indah).  Penggunaan apitan memper-…-kan dengan kata adjektif seperti memperbesarkan, memperindahkan tidak tepat.  Malu ialah kata adjektif, oleh itu penggunaan perkataan mempermalukan adalah tidak tepat. (Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga hlm. 208 – 210). Mengaibkan dan memalukan bermaksud memberi aib/malu. Contoh ayat: Kadi memberitahu perem­puan-perempuan jalang itu bahawa mereka telah mengaibkan/memalukan agama Islam.Makna09.06.2011

Kembali ke atas