Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.lang] | جالڠ

Definisi : 1 tidak mempunyai tempat kediaman yg tetap; liar: kucing ~ kucing yg liar. 2 jahat (bkn perempuan): perempuan ~. menjalang membuat perkara yg tidak baik (tidak bermoral dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jalang (adjektif)
1. Dalam konteks binatang
bersinonim dengan liar, buas,
Berantonim dengan jinak

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan sundal, cabul, lacur, liar, jahat, cabo,
Berantonim dengan baik

Kata Terbitan : menjalang,

Puisi
 

Jangan diusik kerbau jalang,
     Jika digesel rebah juga;
Kalau nasib memang malang,
     Sudah jatuh ditimpa tangga.


Lihat selanjutnya...(5)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bujang jalangperempuan jalang;Kamus Dewan Edisi Keempat
jalang1 tidak mempunyai tempat kediaman yg tetap; liar: kucing ~ kucing yg liar. 2 jahat (bkn perempuan): perempuan ~. menjalang membuat perkara yg tidak baik (tidak bermoral dsb).Kamus Pelajar Edisi Kedua
jalang1. tidak mempunyai tempat kediaman yg tetap; liar: kucing ~ kucing yg liar. 2. jahat (bkn perempuan): perempuan ~. menjalang membuat perkara yg tidak baik (tidak bermoral dsb).Kamus Pelajar
bujang I1. tidak beristeri, tidak (belum) bersuami: sahabat-sahabat lelaki yg masih ~ lagi menghadiahkan sebuah puan kepadanya; 2. orang (laki-laki atau perempuan) yg sudah dewasa (sudah boleh berkahwin): di mana ~ yg tadi itu; 3. janda (perempuan); ~ bercerai janda yg diceraikan suaminya; ~ jalang perempuan jalang; ~ talang janda yg tidak mempunyai anak; 4. pelayan, pembantu rumah, jongos: lampu minyak tanah sudah lama dipasang oleh ~nya; 5. ki tidak berkawan, bersendirian; katil ~ katil utk satu orang; kopi (air) ~ kopi (air) sahaja (tidak bersama kuih dll); 6. bk kemaluan laki-laki; ~ dan khunsa jenis pokok yg bunga jantan dan bunga khunsanya terdapat pd pokok yg berlainan; ~ sabilillah sl tentera dlm perang suci; ~ serta khunsa jenis pokok yg bunga jantan dan bunga khunsanya terdapat pd pokok yg sama; bak ~ jolong berkeris (bersubang) prb orang yg sombong kerana kekayaan (kebahagiaan) yg baru diperoleh; bak ~ setahun sudah betetak, bak gadis setahun sudah memanjangkan gombak prb orang yg menjadi sombong kerana mendapat kekayaan (kemuliaan); membujang 1. hidup dgn tidak (belum) berkahwin: hidup ~ takkan semuanya lengkap; 2. bekerja sbg bujang (pembantu rumah): ia ~ kpd orang kaya; 3. Kl bersetubuh dgn pelacur; pembujangan perihal membujang, hidup membujang: dlm Islam, tidak digalakkan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
perempuan jalangpelacur;Kamus Dewan Edisi Keempat
kucing jalangkucing yg terbiar (tidak dipelihara);Kamus Dewan Edisi Keempat
kerbau jalangkerbau hutan (bukan kerbau peli­haraan);Kamus Dewan Edisi Keempat
dadih jalangsusu yg baik;Kamus Dewan Edisi Keempat
membabi jalangberzina, bermukah.Kamus Dewan Edisi Keempat
membabi; ~ jalang berzina, bermukah.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345

Kembali ke atas