Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jalil


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya mendapat tahu bahawa Encik Abdul Jalil Haji Anuar dari DBP pernah membentangkan kertas kerja tentang perkataan ianya di sebuah universiti pada tahun 1999. Menurut beliau, berdasarkan data korpus, kata tersebut (ianya) semestinya telah tercatat dalam Kamus Dewan kerana kata tersebut telah digunakan dan terdapat dalam karya klasik. Mohon penjelasan.Perkataan "ianya" tidak boleh digunakan kerana kata "ia" dan 'nya" merupakan kata ganti nama diri orang ketiga dan tidak boleh disekalikan/digabungkan penggunaannya.Tatabahasa19.09.2009
Kami terpesona apabila melihat kebolehan Pak Cik Jalil menganyam serawan jala dalam masa yang singkat. Munsyi, apakah perkataan yang sesuai menggantikan menganyam dalam ayat ini. Terima kasihDalam pangkalan data kami tidak ada perkataan seerti dengan menganyam dalam konteks menganyam bakul, jala dan sebagainya.Tatabahasa13.06.2012
selepas menyaksikan persembahan sambutan Maal Hijrah orang ramai ____ keluar dari Stadium Bukit Jalil. soalan saya ialah jika pilihan jawapan ada berbondong-bondong dan berpusu-pusu, yang manakah harus dipilih sedangkan kedua-dua jawapan mempunyai maksud yang sama iaitu berduyun-duyun? yang manakah lebih tepat dan mengapa???Secara umumnya kedua-duanya boleh digunakan disebabkan mempunyai makna yang sama, ataupun disebut sebagai sinonim. Kedua-duanya mempunyai konotasi yg sama. Sebagai contoh lain: Kelihatan kereta di atas jalan raya itu bertali arus sejak petang tadi. Frasa bertali arus digunakan bagi menggambarkan keadaan kenderaan yang  banyak dalam keadaan bergerak.Kalau kita bandingkan antara frasa berbondong-bondong, berpusu-pusu dan bertali arus, semuanya menggambarkan keadaan yang sama, iaitu tentang keadaan orang yang terlalu ramai dan bilangan kenderaan yg banyak. Tidak salah menggunakan frasa berbondong-bondong dan berpusu-pusu tersebut. T.kasih. Makna06.08.2008
nak mencari bahan sains sukan tingkatan 4Saudara boleh cuba menghubungi Sekolah Sukan di Bukit Jalil atau Majlis Sukan Negara untuk mendapatkan bahan tersebut.Lain-lain02.07.2008
Salam Adakah frasa 'nama korporat' wujud ? Sebagai sebuah sekolah , saya ingin memendekkan nama sekolah saya. Contoh SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT JALIL KUALA LUMPUR kepada SEBIJAK. adakah SEBIJAK itu 'nama korporat'? Atau apakah istilah yang sesuai bagi memendekkan nama? Malay College Kuala Kangaar MCKK. Adakah MCKK itu nama korporat? ATAU sekolah Menengah Kebangsaan Ampang Pecah, KKB, SEMEKAP itu nama korporat ? TerimakasihNama korporat ialah nama yang biasa dikenali bagi sesebuah badan korporat.  Untuk lebih memudahkan sesebuah oranisasi, akronim lazimnya digunakan seperti  MARA, LHDN, MCKK dan banyak lagi.

Akronim terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan seperti kata yang wajar. Contohnya ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri), Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara), cerpen (cerita pendek), purata (pukul rata).
 

Tatabahasa07.07.2013
Salam...sy ada sikit kemusykilan...bg soalan 5 jawapan apakah yang paling sesuai sekali? Jawapan C @ D...mohon penjelasan...terima kasih.. Soalan: Pak Jalil........hujung batang kayu supaya tajam yang akan dijadikan kayu pagar kebunnya. c) Menarah d) Meraut.Jawapan yang betul ialah meraut. Meraut ditakrifkan sebagai meratakan (menghaluskan, me­licin­kan, meruncingkan, dll) dengan pisau: ~ rotan penjalin lukah; ~ pensel dengan pisau.Tatabahasa30.07.2013
1)Aktiviti berkumpulan dapat menyemai semangat kekitaan,saling berinteraksi secara berhemah dan bertukar pendapat dalam menyelesaikan masalah.2)Kemerdekaan yang dikecapi oleh Malaysia bukan atas dasar tentera kuat tetapi atas dasar perundingan.3)Kami terpesona apabila melihat kebolehan Pak Cik Jalil menganyam serawan jala dalam masa yang singkat.(TOLONG BETULKAN.TERIMA KASIH)1) Aktiviti berkumpulan dapat menyemai semangat kekitaan, saling berinteraksi dan bertukar pendapat dalam menyelesaikan masalah.
2) Kemerdekaan yang dikecapi oleh Malaysia bukan atas dasar kekuatan tentera tetapi atas dasar perundingan.
3) Kami terpesona melihat kebolehan Pak Cik Jalil menganyam serawan jala dalam masa yang singkat.
Tatabahasa16.09.2012
1.Hasil penyiasatan itu membuktikan bahawa dia tidak terlibat dalam kes tersebut. 2.Sungguh tidak berperikemanusiaan dia menceritakan perkara itu kepada orang ramai. 3.Cita-citanya akan menjaid penyataan sekiranya dia lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. 4.Peminat bola sepak dapat menyaksikan bintang bola sepak England beraksi di Stadium Bukit Abdul Jalil. Keempat-empat ayat ada salah tak? Jika salah, sila menerangkan sebab Terima kasih

1. Ayat (1) betul

2. Ayat (2) betul

3. Ayat yang betul ialah Cita-citanya akan menjadi kenyataan sekiranya dia lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Pengunaan perkataan penyataan dalam ayat tersebut tidak betul kerana pernyataan membawa maksud kata-kata, tulisan dan sebagainya yang menyatakan sesuatu perkara. Manakala, kenyataan pula membawa maksud  perkara atau keadaan yang sebenar atau bukan khayalan, hakikat dan realiti.

4. Ayat (4) betul

Tatabahasa27.10.2021
Apakah kesalahan yang terdapat pada ayat di bawah?Mohon penjelasan daripada pihak tuan. 1) Atur cara majlis itu telah berjalan dengan lancar tanpa apa-apa masalah. 2) Murid-murid menumpukan perhatian tentang ceramah yang disampaikan. 3) Karnival Bahasa itu akan diadakan pada 25 sehingga 28 Mei 2013. 4) Perlawanan persahabatan bola sepak antara pasukan Malaysia dan pasukan Chelsea akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Adakah perkataan memukuli dalam ayat di bawah sesuai digunakan?Mengapa? 1) Dia memukuli anjing yang cuba menerkamnya itu dengan sebatang besi.1) Majlis itu telah berjalan dengan lancar tanpa apa-apa masalah.
2) Murid-murid menumpukan perhatian tentang ceramah yang disampaikan.
3) Karnival Bahasa itu telah diadakan pada 25 sehingga 28 Mei 2013.
4) Perlawanan persahabatan bola sepak antara pasukan Malaysia dengan pasukan Chelsea akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
5) Dia memukul anjing yang cuba menerkamnya itu dengan sebatang besi.
Ayat pertama telah dibuang perkataan atur cara dan ayat kedua betul. Sila rujuk Kamus untuk melihat makna perkataan yang digunakan seperti memukul dengan memukuli. Rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk melihat Konteks penggunaan kata sendi nama yang betul.
Tatabahasa15.02.2015
ramai penonton atau banyak penonton? TQ

Ramai terdiri daripada jumlah yang banyak (berkenaan orang), manakala banyak bermaksud besar jumlahnya atau bilangannya. Kebiasaanya ramai orang merujuk suasana (keadaan) orang yang ramai di sesuatu tempat, manakala banyak orang orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan. Merujuk contoh ayat yang diberikan "Ramai penonton meyaksikan perlawanan bola di Stadium Bukit Jalil pada hari semalam" adalah betul.

Tatabahasa04.09.2012
12

Kembali ke atas