Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jalil


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
al-JalilAr Yang Maha Memiliki Sifat Ke­agung­an Yang Tiada Pada Makhluk (satu drpd 99 nama Allah).Kamus Dewan Edisi Keempat
kenyekTr memicit, memenyekkan: beruk Pak Jalil sedang ~ kutu.Kamus Dewan Edisi Keempat
gurapsl sj perahu: maka turunlah Sultan Abdul Jalil itu kepada ~ yg besarnya itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
ketagihandlm keadaan ketagih: sejak akhir-akhir ini Pak Jalil sudah ~ surat khabar; ~ dadah (candu, rokok, dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
melanggungkanmeletakkan atau menyandarkan pd: Karim berpaling dan ~ pahanya pd punggung Jalil.Kamus Dewan Edisi Keempat
langgungI; melanggungkan meletakkan atau menyandarkan pd: Karim berpaling dan ~ pahanya pd punggung Jalil.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengisar1. memutar, memusingkan (roda, jam, dll); 2. menggiling (padi dll) utk mengupas kulitnya: kilang ~ padi; 3. memindahkan, mengalihkan, mengesotkan, menggerakkan: sekali lagi Pak Jalil ~ punggungnya di atas kerusi; Laksamana pun ~ keris penduanya serta memperbaiki keris panjangnya; 4. mengubah atau menukar (pendirian, pandangan, janji, dll): cinta hanya kpd orang yg satu dan tiadalah ia dapat dikisar-kisar kpd orang lain; 5. menghancurkan (makanan), menghadam: hempedal ~ makanan yg ditelan sebelum masuk ke dlm usus; 6. memusing (biji mata), beralih memandang: Karim ~ biji matanya; semua mata ~ ke hala Sidek; 7. menyerahkan (memberikan) kpd orang lain; 8. menggadaikan, menjual;Kamus Dewan Edisi Keempat
tagih II~ judi suka (kuat) berjudi; ~ rokok suka (kuat) menghisap rokok; menagih berasa suka (gemar, ingin) benar akan sesuatu, sangat gemar melakukan sesuatu kerana kebiasaan: menagihkan menyebabkan suka atau gemar benar akan sesuatu: Islam juga melarang meminum atau mengambil benda yg ~ spt alkohol dan dadah; ketagih rasa ingin benar akan sesuatu: saya, dgn main ekor ini spt ~ candu; ketagihan dlm keadaan ketagih: sejak akhir-akhir ini Pak Jalil sudah ~ surat khabar; ~ dadah (candu, rokok, dll); penagihan perihal menagih sesuatu: ~ dadah di kalangan anak-anak muda sudah agak terkawal sekarang; penagih orang yg menagih sesuatu; ~ dadah orang yg ketagihan dadah; ~ televisyen orang yg ketagihan menonton televisyen.Kamus Dewan Edisi Keempat
kemas1. elok dan rapi kelihatannya (kerana segala-galanya teratur, tersusun, terurus, dsb dgn baik), teratur (tersusun dll) dgn elok atau rapi: bilik-bilik di rumah itu semuanya kelihatan ~; jahitan itu dimatikan dgn ~ dan teguh; barang-barang jualan biarlah kelihatan ~ dan dapat menarik perhatian para pelanggan; rumah ~ rumah yg bersih dan rapi (segala perabot dll tersusun dgn baik); 2. kuat, teguh, erat: pelukan Jalil yg ~ itu tidak terurai; 3. Mn beres, bersih, habis, selesai; 4. sihat, segar (tubuh): ~ rasanya badan; barang-barang ~ barang-barang yg tinggi nilainya (spt barang-barang perhiasan drpd emas, permata, dsb); berkemas, berkemas-kemas menyusun-­nyusun (mengatur-atur) barang-barang dsb supaya segala-galanya kelihatan rapi (tidak berselerak dll): Basir memerhatikan Ros ~ dgn berhati-hati benar nampaknya; ~ rumah membersihkan rumah dan mengatur perabotnya dll supaya (rumah) kelihatan rapi; mengemas, mengemasi mengatur (menyusun dll) rapi-rapi (tidak berselerak dsb), mengelokkan atau merapikan (tempat tidur, rumah, dll): malam itu Salim sibuk ~ dan mengumpulkan barang-barang kerajaan yg hendak diserahkan esoknya; ~ seluruh rumah sebelum menyambut hari raya; mengemas-ngemas membetulkan supaya rapi: dia bangun meninggalkan Lebai Pa yg ~ kopiah putih di kepalanya; mengemaskan 1. menjadikan tersusun (ter­atur, rapi, dll), membereskan: sekalian anak kapal sibuk ~ barang-barang kerana masing-masing hendak segera turun ke pangkalan; ~ diri menghiaskan diri (dgn bersolek, berpakaian bersih, dll); 2. menghabiskan (wang, harta benda, dll): belum berapa lama berkahwin, hartanya sudah dikemaskan oleh suaminya; memperkemas menjadikan lebih kemas (teratur, rapi, dll): bahagian penerangan pertubuhan itu sedang diperkemas supaya licin pentadbirannya; saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kpd beliau yg turut memberikan pandangan bagi ~ buku ini; kemasan 1. hasil kerja menghias sesuatu ruang: ~ begini menimbulkan seri dan membuat keadaan rumah tidak menjemukan; 2. sesuatu benda (kain, logam, dsb) yg diperelok bahagian permukaannya supaya kelihatan rapi; kekemasan keadaan kemas; perkemasan perihal berkemas-kemas; pengemasan perbuatan mengemas(kan); pengemas orang yg mengemasi (mengemas­kan): ~ bilik; ~ daftar fail.Kamus Dewan Edisi Keempat
memangku1. meletakkan sesuatu di atas riba (dan memegang atau memeluknya), me­riba: aku tidak dapat ~nya lagi di atas lututku; 2. membawa sesuatu di atas lengan yg dibengkokkan (seakan-akan mendakapnya): enam belas jawatan ~ perkakas kerajaan dan memegang dian; bininya dipangku dan dibawa keluar dr semak itu; 3. ark memeluk atau menganut (agama, ideologi, dll); 4. me­ngelolakan atau menyelenggarakan (kerajaan, negara, dll): ~ negeri; 5. mewakili (sbg wali), memegang jawatan sementara bagi menggan­tikan pegawai dll yg tetap: Raja Abdul Jalil dirajakan spt wasiat Sultan Muzaffar Shah itu, dipangku oleh Bendahara; kerana Mahahakim itu bercuti atau sakit, maka tempatnya boleh dipangku oleh seorang Hakim Besar; 6. memegang sesuatu jawatan (pang­kat), memikul tanggungjawab: siapakah yg ~ jawatan pengarah syarikat itu pd masa ini?; jangan ~ ayam jantan, baik ~ ayam betina prb kalau pergi ke negeri orang janganlah meng­habiskan harta tetapi hendaklah mencari ke­untungan;Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas