Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.lur] | جالور

Definisi : 1. garis yg agak lebar dan lurus (pd kain dll), loreng yg lurus, belang; 2. ruang panjang yg terletak di antara dua garis (batas, deret, dll), lajur; 3. sesuatu yg nipis serta panjang; 4. kayu nipis dan panjang yg dipakai sbg lidah utk menyambung kayu; 5. (Komp) spektrum frekuensi di antara dua had frekuensi yg ditetapkan dlm sistem telekomunikasi; 6. (Komp) jejak pd cakera, katrij, atau gelendong magnet yg telah ditentukan sbg tempat menyimpan data; ~ asas (Komp) jalur frekuensi yg diduduki oleh suatu isyarat asal, sebelum isyarat tersebut diproses; ~ lebar (Komp) jalur frekuensi saluran penghantaran yg mempunyai lebar jalur melebihi frekuensi suara 3000 hertz; ~ tenaga (Kim) jalur yg terbentuk drpd aras-aras tenaga yg selanjar dan sangat rapat dlm pepejal berhablur; berjalur, berjalur-jalur 1. bergaris-garis yg lebarnya sama dan warnanya berlainan, berloreng lurus: bendera itu ~ putih merah; 2. mempunyai ruang panjang (di antara dua garis dll): kain itu dipotong ~ ; jaluran 1. jalur: tikar mengkuang itu ada ~ merah; 2. perihal berjalur: saraf ~ . (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.lur] | جالور

Definisi : sj perahu (dibuat drpd sebatang kayu yg dikorek). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.lur] | جالور

Definisi : 1 garis panjang yg agak lebar dan lurus (pd kain dll); loreng yg lurus. 2 sesuatu yg panjang dan tidak lebar (ttg kain dsb): ~-~ kain itu dicantumkan utk membentuk reben yg panjang. 3 ruang panjang yg terletak di antara dua garisan (batas, petak dll). 4 ist spektrum frekuensi di antara dua had frekuensi yg ditetapkan dlm sistem telekomunikasi. 5 jejak pd cakera, katrij, atau gelendong magnet yg telah ditentukan sbg tempat menyimpan data. ~ asas ist jalur frekuensi yg diduduki oleh suatu isyarat asal, sebelum isyarat tsb diproses. ~ hitam sj penyakit pd bahagian kulit torehan (pokok getah) yg disebabkan oleh kulat dan dpt dikenal dgn terbentuknya jalur-jalur yg berwarna hitam. ~ lebar ist jalur yg mempunyai julat frekuensi yg besar. berjalur 1 bergaris agak lebar dan agak panjang; berloreng lurus: Bajunya ~ hitam putih. 2 mempunyai ruang panjang di antara dua garisan (batas dll); dlm bentuk jalur: Pokok-pokok getah ditanam ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jalur (kata nama)
1. Bersinonim dengan belang: loreng, coreng, garis,

2. Rujuk lajur

Kata Terbitan : berjalur-jalur,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
jalur dwilogambimetallic stripKepingan yang dibentuk daripada cantuman dua logam yang mempunyai kadar pengembangan yang berbeza. Perbezaan ini menyebabkan kepingan ini membengkok apabila dipanaskan.Menengah Rendah
berkas vaskularvascular bundleJalur memanjang dari akar ke daun yang terdiri daripada xilem dan floem. Berkas ini berfungsi dalam sistem pengangkutan dan sokongan.Menengah Rendah
jaluran asteroidasteroid beltJalur yang mengandungi asteroid dan berada di antara planet Marikh dengan Musytari. Lihat RajahSekolah Rendah
auroraauroraFenomena berupa cahaya terang yang kelihatan di langit pada waktu malam, berbentuk jalur atau tirai yang biasanya berwarna merah, hijau atau ungu. Aurora sering kali dilihat di sepanjang luar kawasan Artik dan Antartik. Lihat RajahMenengah Rendah
galaksi Bima SaktiMilky Way galaxyKumpulan bintang dan gas yang berbentuk pilin, yang kelihatan seperti satu jalur cahaya di langit. Galaksi Bima Sakti merupakan salah satu galaksi yang terbesar, iaitu mengandungi 1011 bintang. Galaksi ini bergaris pusat 105 tahun cahaya dan berketebalan 2000 tahun cahaya. Matahari merupakan ahli kepada galaksi ini.Menengah Rendah
konduktor kilatlightning conductorBahan yang dipasangkan pada bangunan tinggi bagi melindungi bangunan tersebut daripada pancaran kilat. Tiang logam dipasang pada kedudukan tertinggi sesuatu bangunan dan disambung terus ke bumi dengan jalur logam yang tebal.Menengah Rendah

Kembali ke atas