Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.lur] | جالور

Definisi : 1. garis yg agak lebar dan lurus (pd kain dll), loreng yg lurus, belang; 2. ruang panjang yg terletak di antara dua garis (batas, deret, dll), lajur; 3. sesuatu yg nipis serta panjang; 4. kayu nipis dan panjang yg dipakai sbg lidah utk menyambung kayu; 5. (Komp) spektrum frekuensi di antara dua had frekuensi yg ditetapkan dlm sistem telekomunikasi; 6. (Komp) jejak pd cakera, katrij, atau gelendong magnet yg telah ditentukan sbg tempat menyimpan data; ~ asas (Komp) jalur frekuensi yg diduduki oleh suatu isyarat asal, sebelum isyarat tersebut diproses; ~ lebar (Komp) jalur frekuensi saluran penghantaran yg mempunyai lebar jalur melebihi frekuensi suara 3000 hertz; ~ tenaga (Kim) jalur yg terbentuk drpd aras-aras tenaga yg selanjar dan sangat rapat dlm pepejal berhablur; berjalur, berjalur-jalur 1. bergaris-garis yg lebarnya sama dan warnanya berlainan, berloreng lurus: bendera itu ~ putih merah; 2. mempunyai ruang panjang (di antara dua garis dll): kain itu dipotong ~ ; jaluran 1. jalur: tikar mengkuang itu ada ~ merah; 2. perihal berjalur: saraf ~ . (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.lur] | جالور

Definisi : sj perahu (dibuat drpd sebatang kayu yg dikorek). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.lur] | جالور

Definisi : 1 garis panjang yg agak lebar dan lurus (pd kain dll); loreng yg lurus. 2 sesuatu yg panjang dan tidak lebar (ttg kain dsb): ~-~ kain itu dicantumkan utk membentuk reben yg panjang. 3 ruang panjang yg terletak di antara dua garisan (batas, petak dll). 4 ist spektrum frekuensi di antara dua had frekuensi yg ditetapkan dlm sistem telekomunikasi. 5 jejak pd cakera, katrij, atau gelendong magnet yg telah ditentukan sbg tempat menyimpan data. ~ asas ist jalur frekuensi yg diduduki oleh suatu isyarat asal, sebelum isyarat tsb diproses. ~ hitam sj penyakit pd bahagian kulit torehan (pokok getah) yg disebabkan oleh kulat dan dpt dikenal dgn terbentuknya jalur-jalur yg berwarna hitam. ~ lebar ist jalur yg mempunyai julat frekuensi yg besar. berjalur 1 bergaris agak lebar dan agak panjang; berloreng lurus: Bajunya ~ hitam putih. 2 mempunyai ruang panjang di antara dua garisan (batas dll); dlm bentuk jalur: Pokok-pokok getah ditanam ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jalur (kata nama)
1. Bersinonim dengan belang: loreng, coreng, garis,

2. Rujuk lajur

Kata Terbitan : berjalur-jalur,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
radiatusradiatusSainsHidrometeorologiJenis awan yang menunjukkan jalur-jalur selari yang lebar atau awan yang tersusun dalam jalur-jalur selari yang, disebabkan oleh kesan perspektif, nampak seperti menumpu ke satu titik di ufuk atau, apabila jalur-jalur tersebut melintasi seluruh langit, ke titik yang berhadapan di ufuk, yang dinamakan titik sinaran. Istilah ini digunakan terutamanya untuk sirus, altokumulus, altostratus, stratokumulus dan kumulus.
grid rationisbah gridKejuruteraanTiada1. Nisbah kedalaman jalur-jalur legap sesuatu grid diukur dalam arah alur primer, terhadap jarak pemisahan di antara jalur-jalur itu.,2. Nisbah jumlah keluasan lubang terhadap jumlah keluasan grid.
adjustment stripsjalur pelarasanKejuruteraanKejuruteraan MekanikJalur-jalur logam yang digunakan untuk membuat pelarasan yang tepat bagi beban galas sebenar ke atas permukaan gelangsar. Ketepatan jumlah sentuhan ditentukan oleh tekanan yang dikenakan ke atas jalur oleh satu set skru pelaras.
strip tillagepembajakan jalurPertanianTiadaOperasi pembajakan yang membentuk jalur-jalur yang berbajak di antara jalur tanah yang tidak berbajak.
ferrite bandingjalur feritKejuruteraanTiadaJalur-jalur selari ferit bebas yang sejajar dengan arah kerja dalam keluli.
strip boardpapan jalurSosiologiTiadaPapan yang mengandungi jalur-jalur pengalir secara selari dan lubang-lubang yang digunakan untuk sambungan litar elektronik.
thermal beltjalur termaSainsHidrometeorologi1. Satu daripada beberapa jalur mendatar jenis tumbuhan yang terdapat di kawasan gunung. Jalur-jalur ini terutamanya merupakan hasil daripada perubahan suhu menegak. 2. Sama dengan zon suhu.
molecular spectrumspektrum molekulKejuruteraanTiadaJalur-jalur yang memberikan taburan keamatan sinaran yang dipancar atau diserap oleh molekul terhadap panjang gelombang.
laid paperkertas ledPentadbiran PerniagaanTiadaKertas yang tera airnya bereka bentuk jalur-jalur rapat dan biasanya dilintangi oleh jalur menegak yang berjarak.
chromomerekromomerBiologiGenetikGranul-granul yang menghasilkan jalur-jalur pada kromosom yang dapat dilihat pada peringkat leptonema dan zigonema meiosis dan pada kromosom politen.
12345678910...

Kembali ke atas