Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj jam yg di­gantungkan di dinding; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jam dinding


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya hendak tanya -Penjodoh bilangan jam tangan adakah seutas atau sebuah? -Penjodoh bilangan jam dinding adakah seutas atau sebuah?
Penjodoh bilangan:
1, Jam tangan = utas (contoh: seutas, dua utas)
2, Jam dinding = buah (contoh: sebuah, dua buah)
Tatabahasa07.04.2020
Selamat pagi. Saya ingin bertanya adakah penggunaan perkataan "ditangguh"sesuai kita gunakan dalam penutup minit mesyuarat? adakah penggunaan perkataan pukul merujuk kepada masa dan jam merujuk kepada jam dinding? Terima kasih.Perkataan ditangguh sesuai digunakan dalam penutup minit mesyuarat. Secara lazimnya, dalam penulisan, pukul digunakan untuk merujuk masa.Lain-lain19.07.2013
Jam di dinding. Jam pada dinding. Mana satu yang betul.
Salam sejahtera.... Kata sendi nama di digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat, waktu, masa atau zaman. Manakala kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat. Jadi, jawapan yang tepat ialah Jam pada dinding.
Tatabahasa04.12.2012
Jam tua/usang itu tergantung di/pada dindingJam tua/ usang (boleh digunakan) pada dinding.Tatabahasa09.05.2009
Pilihan mana yang betul? 1. Jam berbunyi berdetik. 2. Jam berbunyi berdetik-detik. 3. Jam berbunyi detik.

Saudari Succy,

Jawapan yang tepat ialah jam berdetik atau
jam di dinding berdetik. Penggunaan perkataan 'berbunyi' dalam frasa yang disertakan tidak perlu. Hal ini kerana, berdetik sudah membawa maksud 'berbunyi'

Makna20.09.2012
Assalam, saya ingin kepastian penggunaan kata depan di dan pada. Sekiranya ayat begini, yang manakah lebih tepat ayatnya. Jam itu tergantung di dinding atau pada dinding. Sekian terima kasih.Ayat yang gramatis ialah Jam itu tergantung pada dinding. Kata sendi nama di digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat, waktu, masa atau zaman. Manakala kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat.Tatabahasa05.03.2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya menghantar dokumen dalam bentuk surat rasmi untuk meminta pihak tuan membuat semakan terhadap kata majmuk yang bakal saya gunakan dalam inovasi Bahasa Melayu.Terima kasih tuan.
Pembentukan Kata majmuk g dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah. Kata majmuk dibezakan daripada frasa kerana tidak dapat disisipkan sebarang ungsur antara unitnya. Senarai perkataan tersebut ialah kata majmuk dan perlu dieja terpisah: 
 
1. jam tangan / tanda nama / baju sekolah / tali pinggang / tali leher  / papan putih
2. kipas angin / meja makan / kaunter bayaran/ alas meja / bangku panjang / nasi lemak
3. penyiram air /pasu bunga /bunga raya / tukang kebun / papan tanda  / kolam ikan
4. peti ais / tanda harga  / penimbang berat / tarikh luput / tong sampah / air kotak
5. baju renang / bot nelayan / tapak sulaiman / air laut / rumah api / selipar getah 
6. bingkai gambar / rak televisyen / meja konsol / set sofa/ jam dinding / penyaman udaya
7. papan gelongsor / trek joging / kawasan larangan / palang besi / penunggang spring /            hutan kubah
8. sekatan pergerakan / pensanitasi tangan / barisan hadapan / penjarakan sosial / pelitup          muka  / sut hazmat
Tatabahasa14.07.2020
1.Dia menggantung/menggantungkan jam itu di/pada dinding. 2.Dia menampal/menampalkan gambar di/pada papan kenyataan. 3.Kita mestilah mengamalkan ilmu pengetahuan yang diperolehi/diperoleh agar ilmu tersebut kekal dalam ingatan kita. 4.adakah tidak menggalakkan penggunaan perkataan "haruslah" dalam karangan murid?1. Dia menggantungkan jam itu pada dinding. 2. Dia menampalkan gambar pada papan kenyataan. 3. Kita mestilah mengamalkan ilmu pengetahuan yang diperoleh agar ilm tersebut kekal dalam ingatan kita.  Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Soalan no.4 tidak jelas.Tatabahasa09.05.2009
Adakah penggandaan boleh digunakan dua kali dalam satu ayat? Contohnya"Jam di dinding berdetik-detik pada tiap-tiap minit."Lazimnya gandaan sebagai penanda jamak hanya sekali dalam satu ayat. Penggunaan lebih daripada sekali menjadikan ayat tersebut lewah atau berlebih-lebihan.Tatabahasa12.04.2012
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Adik menjawab soalan ibu dengan takut-takut. 2. Tapisan air itu kelihatan jernih. 3. Lelaki itu tercampak keluar dari keretanya dalam perlanggaran itu. 4. Bantuannya tercantum niat buruk. 5. Jam yang tergantung pada dinding itu sudah berhenti berdetik. 6. Kakak membuat ulang kaji selepas kelas tuisyen. 7. Dia menyanyi hingga urat lehernya timbul. 8. Dia menamakan Si Comel kepada kucingnya. 9. Kakak suka membaca buku, abang pula gemar bersukan. Terima kasih.Salam sejahtera,
Semua ayat-ayat di bawah adalah betul, iaitu:

1. Adik menjawab soalan ibu dengan takut-takut. 2. Tapisan air itu kelihatan jernih. 3. Lelaki itu tercampak keluar dari keretanya dalam perlanggaran itu. 4. Bantuannya tercantum niat buruk. 5. Jam yang tergantung pada dinding itu sudah berhenti berdetik. 6. Kakak membuat ulang kaji selepas kelas tuisyen. 7. Dia menyanyi hingga urat lehernya timbul. 8. Dia menamakan Si Comel kepada kucingnya. 9. Kakak suka membaca buku, abang pula gemar bersukan.
Tatabahasa14.03.2013
12

Kembali ke atas