Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = ~ detik jam utk me­ngu­kur dgn detik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jam randik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.apakah maksud perkataan inventori dalam bidang sukan? 2.berikan dua contoh inventori dalam bidang sukan untuk memudahkan saya memahami inventori secara jelas yang berkaitan dengan sukan?Inventori ialah senarai terperinci barang-barang yg terdapat di tempat tertentu. Inventori sukan termasuklah peralatan sukan seperti bola, jam randik, wisel dan sebagainya.Tatabahasa17.09.2012
1. menurut tuan segala penamaan mesti diikuti dengan kata nama, mengapakah jawapan yang tuan bagi saya hari itu pula diikuti dengan kata kerja spt: pertandingan bercerita, memasak, mendeklasikan sajak dan mewarna. bukan semua perkataan tersebut kata kerja? bolehkah tuan terangkan dengan lebih lanjut kerana saya masih keliru. 2. jam randek /randik. dalam kamus dewan menunjukkan randek tetapi dalam contoh yang diberi pula tulis jam randik. apabila saya mencari perkataan ransik pula langsung tidak ada perkataan ini dalam kamus mengapa? 3. dalam kamus dewan saya jumpa perkataan 'jawapan' dan 'jawaban', manakah satu yang diterima di sekolah ? 4. menurut salah seorang munsyi dewan yang mengatakan bahawa 'para tetamu' salah, yang betul sepatutnya 'para tamu' kerana 'tetamu' merupakan yang bermaksud jamak. tuan pula kata 'para tetmau' boleh diterima maka sya rasa peninglah. saya kena pasti jika tidak saya tidak dapat mengajar anak murid saya dengan betul. mereka kena jawab soalan bahagian pilih ayat betul. bolehkah tuan menerangkan kesemua kemusykilan saya. sekian terima kasih.

1. Penamaan sesuatu aktiviti dibolehkan dalam bentuk kata nama atau kata kerja. Contohnya; dalam bentuk kata nama - pertandingan nyanyian dan pertandingan deklamasi sajak, dalam bentuk kata kerja pertandingan bercerita dan pertandingan memasak.

2. Ejaan yang betul dalam bahasa Melayu ialah jam randik (lihat di bawah entri jam) iaitu jam untuk mengukur dgn detik. Manakala jam randek digunakan dalam bahasa Melayu di Jakarta yang sama maknanya dengan jam randik.

3. Perkataan jawapan dan jawaban kedua-duanya betul iaitu kata terbitan bagi perkataan jawab. 

4. Dalam kamus Dewan, tetamu ialah orang yang diundang (dijemput) untuk menghadiri jamuan dan lain-lain, atau disebut juga sebagai orang jemputan, jamu dan tamu.

Tatabahasa13.02.2010

Kembali ke atas