Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj jam yg dipakai di tangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tangan (kata nama)
1. Bersinonim dengan anggota badan: lengan
Berantonim dengan kaki

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan kuasa, pengaruh, perintah, pegangan,

Kata Terbitan : menangani, menangani, menangankan, penangan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) adakah penggunaan kata ‘aliran’ betul pada ayat ini “Aliran sungai di belakang rumah saya sungguh deras” 2) apakah kata ganda yang tepat bagi “jam tangan” ‘jam-jam tangan’ atau ‘jam tangan-jam tangan’ 3) adakah penggunaan kata ‘masam’ betul pada ayat ini “Biskut dalam bekas itu sudah berbau masam” 4) adakah penggunaan kata ‘terdedah’ betul pada ayat ini “Pintu hadapan rumah itu terdedah” 5) ayat yang manakah betul “Kedua-dua murid lelaki itu saling bertumbuk-tumbukan.” atau “Kedua-dua murid lelaki itu saling bertumbukan.” atau “Kedua-dua orang murid itu saling bertumbukan” 6) adakah penggunaan kata ‘mempertajam’ betul pada konteks di bawah “mempertajam akal fikiran” “mempertajam skilnya” “mempertajam usaha” 7) kenapa ayat ini salah “seekor ikan paus dijumpai terhampar di tepi laut semalam”Berikut merupakan jawapan untuk soalan yang dinyatakan:
1. Ayat tersebut betul.
2. Kata ganda yang betul ialah "jam-jam tangan".
3. Penggunaan perkataan "masam" dalam ayat yang dinyatakan tidak betul kerana perkataan "masam" merujuk pada "rasa seperti cuka atau mempelam muda" dan " "keadaan berbau seperti pakaian yang tidak kering atau susu yang diperam" (Kamus Dewan Perdana, halaman 1419). 
4. Ayat tersebut betul.
5. Ayat-ayat yang betul ialah "“Kedua-dua murid lelaki itu saling bertumbukan” dan “Kedua-dua orang murid itu saling bertumbukan”. 
6. Penggunaan perkataan "mempertajam" betul pada konteks yang dinyatakan kecuali pada frasa "mempertajam skilnya". Frasa tersebut perlu ditukar pada "mempertajam kemahirannya".
7. Ayat tersebut salah kerana perkataan "terhampar" bermaksud terbentang luas. Ayat yang betul ialah "“Seekor ikan paus dijumpai terdampar di tepi laut semalam". ”
Tatabahasa13.09.2023
Ayah menghadiahi saya sebuah jam tangan. Adakah penggunaan penjodoh bilangan sebuah salah bagi jam tangan? Apakah bezanya pula dengan penggunaan seutas jam tangan?

Yang betul ialah 'seutas jam tangan' kerana utas menjadi penjodoh bilangan bagi rantai (termasuk jam tangan dalam bentuk rantai), tali dan benang.

Tatabahasa18.05.2011
Berapakah jam tangan ini berharga? Berapakah harga jam tangan ini? Ayat tanya di atas betul atau salah? Kenapa?Ayat tanya yang betul ialah:  Berapakah harga jam tangan ini? 
Kata tanya mesti berada pada pangkal berserta dengan partikel "kah" Ayat yang tersebut bertanya berkenaan harga, bukan jam tangan.
Tatabahasa17.05.2023
Pilih ayat tanya yang sesuai berdasarkan jawapan yang diberikan. Jawapan: Jam tangan ini berharga RM50. a)Berapakah jam tangan ini berharga? b)Berapakah harga jam tangan ini? Yang manakah merupakan jawapan yang sesuai dan kenapa?Cadangan jawapan yang betul ialah "Berapakah harga jam tangan ini?". 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. 
Tatabahasa22.05.2023
Tuan, A. Ayat manakah di bawah adalah betul? 1. Isu buli hangat diperdebatkan di media massa. 2. Isu buli hangat diperdebatkan dalam media massa. B. Apakah penjodoh bilangan untuk 'jam tangan'? seutas jam tangan atau sebuah jam tangan. Terima kasih. Cik Ong1. Isu buli hangat diperdebatkan dalam media massa.

2. Seutas jam tangan
Tatabahasa10.04.2017
a) Apakah penjodoh bilangan untuk mayat dan hantu? b) Yang mana betul: seutas jam tangan atau sebuah jam tangan? c) Yang mana betul: kempen anti-merokok atau kempen antimerokok?a) Kami cadangkan sekujur mayat (sekujur=segenap, seluruh, semua), manakala hantu tidak perlu penjodoh bilangan. b) Yang betul: Seutas jam tangan c) Yang betul: Kempen antimerokokTatabahasa14.02.2007
Saya hendak tanya -Penjodoh bilangan jam tangan adakah seutas atau sebuah? -Penjodoh bilangan jam dinding adakah seutas atau sebuah?
Penjodoh bilangan:
1, Jam tangan = utas (contoh: seutas, dua utas)
2, Jam dinding = buah (contoh: sebuah, dua buah)
Tatabahasa07.04.2020
Salam Satu Malaysia, Berikan penjodoh bilangan bagi benda berikut a)pasu bunga b)jam tangan c) karipap d) ubi kentang e)ubi kayu f)lampu panjang g)mentol h)batu i)baldi j)pelampung Sekian, terima kasih.1. Sebuah pasu bunga.
2. Seutas jam tangan
3. Sebiji karipap
4. Bergantung pada keadaan.
5. Bergantung pada keadaan.
6. Sebatang lampu
7. Sebiji mentol
8. Sebiji batu
9. Sebuah baldi
10. Tiada penjodoh bilangan khusus untuk pelampung
Lain-lain10.02.2017
1.jam tanga itu berharga 200.00 ringgit 2.jam tangan itu berharga Rm200.mana satu betul?

Ayat yang betul ialah:

1. Jam tanga itu berharga 200 ringgit

2. Jam tangan itu berharga RM200.00

Tatabahasa12.05.2011
Pilihan jawapan mana yang lebih tepat : 1. Oleh sebab jam tangannya rosak, Jamal ______ (hendak/perlu) membeli jam tangan yang baharu. 2. ______ (Sila/Tolong) simpan peralatan sukan di dalam stor dengan cermat.1. Oleh sebab jam tangannya rosak, Jamal (hendak /perlu) membeli jam tangan yang baharu. (hendak yang bermaksud ingin mempunyai, mendapat atau memperoleh sesuatu)

2.  ______ (Sila/Tolong) simpan peralatan sukan di dalam stor dengan cermat. 
Kedua-dua perkataan "sila" dan "tolong" tergolong dalam kumpulan kata perintah yang bertujuan untuk menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, silaan atau permintaan. Tidak ada tingkat penggunaan kata tersebut, tetapi kelazimannya untuk berlembut dalam perintah atau arahan, perkataan "sila"digunakan.
Tatabahasa31.10.2017
123

Kembali ke atas