Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj jam yg dipakai di tangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tangan (kata nama)
1. Bersinonim dengan anggota badan: lengan
Berantonim dengan kaki

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan kuasa, pengaruh, perintah, pegangan,

Kata Terbitan : menangani, menangani, menangankan, penangan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mobile healthkesihatan mudah alihTeknologi Maklumate-KesihatanAplikasi yang berkaitan dengan amalan perubatan dan kesihatan awam yang disokong oleh peranti mudah alih seperti telefon pintar, tablet dan peranti boleh pakai seperti jam tangan pintar. Aplikasi ini membantu mengumpul data kesihatan klinikal, menghantar maklumat penjagaan kesihatan kepada para pengamal, penyelidik, dan pesakit serta memantau tanda-tanda penyakit pada masa nyata.
khiyar ta‘yinpilihan penentuanPerniagaan IslamTiadaHak memilih dan menentukan salah satu atau lebih barangan yang berlainan dari segi harga dan sifat produk tersebut dalam tempoh tertentu. Contohnya, pembeli diberi hak untuk memilih tiga buah jam tangan pada harga yang berlainan. Pembeli berhak memilih atau melakukan ta‘yin untuk satu produk sahaja. Jumhur ulama berpendapat khiyar ini ditegah kerana tidak ditentukan produk yang hendak dijual, tetapi mazhab Hanafi mengharuskannya atas dasar keperluan manusia berdasarkan syarat, produk yang hendak dijual atau dipilih itu mestilah tidak lebih daripada tiga jenis produk sahaja, tiga jenis produk yang hendak dijual mestilah berlainan harga dan sifatnya serta mestilah ditentukan harga bagi setiap produk, masa untuk melakukan khiyar tidak lebih daripada tiga hari sahaja, dan penjual bersetuju untuk berurus niaga.
clockwiseikut arah jamMekanikGunaanSama hala dengan hala gerakan tangan jam. istilah ini biasanya digunakan untuk memerihalkan hala gerakan sudut atau hala tindak momen keadaan 2-D.
googlygugliSukanTiadaBalingan berputar mengikut putaran jam, dengan menggunakan tangan kanan. Sekiranya tangan kiri digunakan, putaran menghala ke arah lawan putaran jam.
right-hand screwskru tangan kananMekanikGunaanSkru yang bergerak (masuk atau keluar) pada hala ibu jari tangan kanan yang terbuka apabila jari-jari lain digenggam pada hala skru itu diputar, yakni gerakannya mematuhi peraturan tangan kanan. Skru tangan kanan mara masuk ke dalam nat apabila diputar pada arah jam dan mundur keluar dari nat apabila diputar pada hala yang sebaliknya. Ulir skru yang berkenaan dinamai ulir tangan kanan; apabila dilihat dari kepala skru itu ke hujungnya, ulir itu melilit pada arah ikut jam dan pada hala yang semakin menjauhi pencerap. Kebanyakan skru yang digunakan ialah skru tangan kanan.
left-hand screwskru tangan kiriMekanikGunaanSkru yang bergerak (masuk atau keluar) pada hala yang berpadanan dengan hala ibu jari tangan kiri yang terbuka apabila jari-jari yang lain digenggam pada hala skru itu diputar. Skru tangan kiri mara ke dalam nat apabila diputar pada arah lawan jam. Skru tangan kiri digunakan untuk tujuan khas sahaja.
chinamanchinamanSukanTiadaCara balingan yang berputar mengikut putaran jam dengan menggunakan tangan kiri.
right-hand screwskru tangan kananKejuruteraanTiadaSkru yang mara apabila diputar di arah ikut jam, iaitu gerakannya mematuhi hukum tangan kanan.
hemstitchingkelim terus; jahit tepi sapu tanganPentadbiran PerniagaanTiadaJahit tepi sapu tangan: Jahit hiasan yang dibentuk dengan menarik beberapa urat benang yang selari dan diberkas dengan mata jahitan mengikut jarak tertentu supaya menyerupai bentuk jam pasir.
hand timingmasa catatan tanganSukanTiadaKaedah mengira masa dengan menggunakan jam randik.
12

Kembali ke atas