Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jam.ba/] | جامبق

Definisi : 1. karangan (bunga, kunci, dll), rangkai, berkas: se~ bunga; orang se~ orang yg seketurunan; 2. gombak (atau bulu) pd dahi kuda; berjambak-jambak berkarang-karang, be­rang­kai-rangkai: daun pokok itu tumbuh ~ spt rambut; di langit dilihatnya awan putih berarak ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jam.ba/] | جامبق

Definisi : ; menjambak Jw meragut rambut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jam.ba/] | جامبق

Definisi : Mn sj jambu merah, Eugenia jam­bos. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jam.ba/] | جامبق

Definisi : karangan (bunga); rangkai; ikat (kunci, buah-buahan dll): dua ~ bunga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jambak (kata nama)
1. Bersinonim dengan ikat: berkas, rangkai, kebat, jaras,

2. Dalam konteks bulu pada dahi kuda
bersinonim dengan gombak, kuncung, jambul,

Kata Terbitan : berjambak-jambak,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
capitulumkapitulumBotaniTiadaJambak bunga jenis rasem atau sima yang berbentuk bulat dan rata dengan susunan padat floret yang tak terangkai. Contohnya, jambak bunga kekwa dan jambak bunga matahari.
inflorescencejambak bungaHerbaBotani dan BioteknologiBahagian pokok yang mengandungi sekelompok atau gugusan bunga. Terdapat beberapa jenis jambak bergantung pada susunan bunga. Contohnya, jambak jenis panikel seperti mangga (Mangifera indica), jenis spika seperti pokok ekor kucing (Acalypa hispida), jenis rasem seperti pokok beka (Oroxylum indicum), jenis umbel seperti bunga tahi ayam (Lantana camara), jenis spadiks seperti kelemoyang (Homalomena sagitifolia), jenis kapitulum seperti bunga matahari (Helianthus annuus) dan jenis katkin seperti rambai (Baccaurea motleyana).
InflorescenceJambak bungaPertanianTiadaBahagian yang menunjukkan susunan bunga pada satu paksi atau tangkai. Terdapat beberapa jenis jambak bunga iaitu panikel, spika, sima, umbel, korimb dan rasem. Ciri-ciri jambak bunga boleh digunakan dalam pengelasan tumbuhan.
involucreinvolukerHerbaBotani dan BioteknologiSelingkar braktea yang menyelubungi beberapa kuntum bunga atau penyokongnya, seperti pada jambak kepala Compositae atau jambak bunga Zingiberaceae.
dichasialdikasialBotaniTiadaJambak bunga jenis sima yang paksi utamanya berakhir dengan satu bunga dan mengeluarkan dua bunga baharu di sisi kiri dan kanannya. Proses ini berlaku secara berterusan sehingga membentuk jambak bunga yang sempurna. Contohnya, jambak bunga siantan. Sinonim biparus.
inflorescence abnormalitieskeabnormalan jambak bungaPertanianTiadaKehadiran jambak bunga androginus dalam klon sawit Elaeis guineensis.
monochasialmonokasialBotaniTiadaJambak bunga jenis sima yang paksi utamanya terakhir dengan satu bunga dan mengeluarkan satu bunga baru di sisinya. Jambak bunga akan berbentuk skorpiod apabila bunga muda keluar secara berselang-seli di kiri kanan, dan berbentuk helikoid apabila bunga muda hanya keluar pada satu sisi sahaja. Proses ini berlaku secara berterusan sehingga membentuk jambak bunga yang sempurna.
paniclebulirBotaniTiadaJambak bunga jenis rasem yang bercabang-cabang. Contohnya, jambak bunga padi. Sinonim panikel. Lihat juga rasem.
spikeletspikeletBotaniTiadaJambak bunga jenis majmuk dalam keluarga rumput dengan setiap unit jambak terdiri daripada satu atau lebih floret yang masing-masing ditutupi oleh brakta. Lihat juga brakta.
spadixspadiksBotaniTiadaJambak bunga jenis spika dengan paksi yang berisi dan ditutupi dengan upih. Contohnya, jambak bunga keladi, jagung atau kelapa sawit.
12345678910...

Kembali ke atas