Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jam.ba.tan] | جمبتن

Definisi : 1. titi yg besar (yg dibuat drpd kayu atau batu) utk lalu lintas menye­berangi sungai, jalan kereta api dll; 2. ki peng­hubung, perantara: peranan saya ialah sbg ~ utk menghubungkan kesarjanaan saya dgn dunia politik saudara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jam.ba.tan] | جمبتن

Definisi : 1 titi besar yg dibina merentangi sungai dll utk lalu lintas kenderaan dan manusia: ~ gantung jambatan yg menggunakan tali utk menghubungkan kedua-dua belah tebing; ~ pelampung jambatan yg terapung di atas air. 2 ki orang dsb yg menghubungkan dua pihak; perantara; penghubung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jambat
Kata Terbitan : jambatan,

Puisi
 

Labuan jambatan batu,
     Tempat mengisi tudung pelikat;
Dari tuan dulu satu,
     Nyawa di badan disimpan lipat.


Lihat selanjutnya...(19)
Peribahasa

Menyeberangi jambatan emas.

Bermaksud :

Berjuang untuk mencapai kebahagiaan bagi nusa dan bangsa.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon definisi dan perbezaan diantara jejambat dan jambatan, serta contoh. Adakah jambatan ini merupakan jambatan utama (struktur besar), manakala jejambat struktur yg kecil. Mohon pencerahan tuan. Apakah maksud 'flyover' dalam bahasa melayu. Terima kasih atas bantuan.

Maksud "jejambat" ialah jalan raya yg dibina  merentasi atau melangkaui sebatang jalan lain spt jambatan. Manakala "jambatan" ialah titi yg besar (yg dibuat drpd kayu atau batu) utk lalu lintas menye­berangi sungai, laut dan sebagainya contohnya, Jambatan Pulau Pinang.

Makna22.10.2019
Selamat sejahtera, .1.sebuah jambatan (bolehkah jambatan guna penjodoh bilangan batang) Terima kasihPenjodoh bilangan yang betul untuk jambatan ialah sebuah.Tatabahasa22.09.2022
"Jambatan Palekbang - Penambang" atau "Jambatan Palekbang-Penambang"? (Penggunaan "-" sama ada didekatkan atau dijarakkan)Ejaan yang betul ialah "Jambatan Palekbang-Penambang" (Penggunaan "-"  didekatkan)Ejaan05.11.2020
Slm. Boleh bantu saya untuk periksa ayat-ayat di bawah ini sama ada betul atau tidak?Tq 1. Kami pergi ke sana dengan melalui Jambatan Pulau Pinang yang sepanjang 13.5 KM. 2. Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara kerana diperakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. 3. Perjalanan pulang pula kami menggunakan Jambatan Kedua Pulau Pinang. 4. Jambatan kedua ini sepanjang 24 km dan menjadi jambatan yang terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara.Ayat yang tepat ialah:

1. Kami pergi ke sana melalui Jambatan Pulau Pinang yang panjangnya 13.5 km.
2. Jambatan ini kebanggaan negara dan diperakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia.
3. Bagi perjalanan pulang, kami menggunakan Jambatan Kedua Pulau Pinang.
4. Jambatan ini mempunyai panjang kira-kira 24 km dan merupakan jambatan yang terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara.
Lain-lain24.05.2018
"Jambatan Kedua Pulau Pinang" atau "Jambatan Pulau Pinang Kedua"?Yang betul ialah "Jambatan Pulau Pinang Kedua".Tatabahasa01.08.2007
Apakah penjodoh bilangan bagi jambatan? Sebatang atau sebuah? Saya biasa dengar sebuah jambatan. Terima kasih.

Penggunaan penjodoh bilangan yang betul ialah "sebuah jambatan".

Tatabahasa27.10.2011
KATA PANGGILAN UNTUK JAMBATAN,ADAKAH SEBATANG ATAU SEBUAH,YANG MANA LEBIH TEPAT

Penjodoh bilangan yang betul untuk jambatan ialah sebuah. (sebuah jambatan)

Tatabahasa21.09.2011
Cikgu, mengikut hokum D-M tatabahasa, antara yang berikut yang manakah adalah betul? 1. Jambatan Kedua Pulau Pinang 2. Jambatan Pulau Pinang KeduaFrasa yang betul ialah "Jambatan Pulau Pinang Kedua".Tatabahasa10.05.2014
Adakah sebuah dan sebatang penjodoh bilangan yang betul untuk jambatan. Terima kasihSebatang jambatan kerana batang ialah penjodoh bilangan bagi benda yang panjang-panjang.Tatabahasa05.09.2018
apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk jambatan? sebuah atau sebatang? sebelum ini saya pernah terbaca buku rujukan yang menyatakan bahawa cendawan, penjodoh bilangannya ialah kaki. Adakah itu betu?

1. Sebuah jambatan.

2. Ramai juga penulis yang menggunakan 'sekaki' cendawan merujuk kepada cendawan yang besar hampir sebesar payung. Namun ada juga yang menggunakan kuntum sebagai penjodoh bilangannya.

Tatabahasa21.05.2009
1234

Kembali ke atas