Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jam.ba.tan] | جمبتن

Definisi : 1. titi yg besar (yg dibuat drpd kayu atau batu) utk lalu lintas menye­berangi sungai, jalan kereta api dll; 2. ki peng­hubung, perantara: peranan saya ialah sbg ~ utk menghubungkan kesarjanaan saya dgn dunia politik saudara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jam.ba.tan] | جمبتن

Definisi : 1 titi besar yg dibina merentangi sungai dll utk lalu lintas kenderaan dan manusia: ~ gantung jambatan yg menggunakan tali utk menghubungkan kedua-dua belah tebing; ~ pelampung jambatan yg terapung di atas air. 2 ki orang dsb yg menghubungkan dua pihak; perantara; penghubung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jambat
Kata Terbitan : jambatan,

Puisi
 

Labuan jambatan batu,
     Tempat mengisi tudung pelikat;
Dari tuan dulu satu,
     Nyawa di badan disimpan lipat.


Lihat selanjutnya...(19)
Peribahasa

Menyeberangi jambatan emas.

Bermaksud :

Berjuang untuk mencapai kebahagiaan bagi nusa dan bangsa.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
suspension bridgejambatan gantungKesenianSeni BinaJambatan yang tergantung pada sepasang kabel keluli yang hujungnya diikat pada dua menara, satu di setiap tebing. Berat jalan atau laluan jambatan ditanggung oleh rod-rod pugak yang diikat pada kabel. Jambatan gantung yang moden menggunakan jenis kabel berketegangan tinggi, berbeza dengan bentuk terawal yang menggunakan tali, kayu dan rantai besi. Kabel berketegangan tinggi yang digunakan dalam kebanyakan jambatan gantung moden telah diperkenalkan pada akhir abad kesembilan belas. Keunikan jambatan gantung berbanding dengan jambatan yang lain ialah ia memiliki nilai estetika dan memiliki rentangan yang relatif panjang untuk melalui kawasan sungai atau jurang.
pivot bridgejambatan pangsiKejuruteraanTiadaJambatan boleh gerak yang rentangannya dapat dibuka di tengah-tengah dengan berpangsi di sekitar paksi tegak, untuk memungkinkan kapal lalu. Sinonim: jambatan buai atau jambatan pusing.
counterpoisepengimbang; jambatan baskulKejuruteraanTiada1. Pengimbang: Sebarang pemberat yang diletakkan pada mekanisme yang tak terimbang untuk mendapatkan keseimbangan statik. Sinonim: imbangan balas.,2. Jambatan baskul: Jambatan yang terengsel di tebing untuk membolehkan kapal lalu di bawahnya dengan mengangkat bahagian di sebelah atas sungai dan menurunkan bahagian yang di tebing di belakang engsel.
liquid bridgesjambatan cecairFarmasiFarmaseutikKeadaan yang terjadi apabila cecair di sekeliling partikel-partikel pepejal yang sedang dikeringkan membentuk jambatan yang menghubungi sesama partikel. Jambatan ini akan memegun partikel pada jarak yang kecil antara satu sama lain. Jambatan cecair merupakan prasyarat untuk membentuk jambatan pepejal antara partikel dalam proses penggranulan.
bridge bearinggalas jambatanKejuruteraanKejuruteraan BangunanGalas yang bertindak sebagai pelapik kepada dua anggota struktur jambatan, yang saling bertindak mengikut arah tegak ataupun mengufuk. Contohnya, di antara rasuk jambatan dengan tiang atau dengan tambangan jambatan.
complex bridgejambatan kompleksPerubatanTiadaJambatan daripada gabungan beberapa jenis jambatan dan agak rumit dari segi pola, bilangan unit, fungsi, topangan, penghubung dan bahan yang digunakan.
compound bridgejambatan aneka bentukPerubatanTiadaJambatan daripada gabungan beberapa jenis jambatan yang berlainan.
suspension bridgejambatan gantungKejuruteraanKejuruteraan BangunanJambatan yang struktur utamanya terdiri daripada kabel yang direntangkan di kedua-dua hujung jambatan.
suspension bridgejambatan gantungKejuruteraanTiadaJambatan yang tergantung pada sepasang kabel keluli yang diikat pada dua menara, satu di setiap tebing. Berat jalan atau laluan jambatan ditanggung oleh rod-rod pugak yang diikat kepada kabel.
arch bridgejambatan gerbangKejuruteraanKejuruteraan BangunanJambatan yang struktur utamanya direka bentuk bagi menyokong beban tegak dengan memindahkan beban tersebut kepada bentuk daya-daya paksian yang mempunyai arah kecondongan tertentu. Jambatan gerbang diperbuat sama ada daripada struktur konkrit ataupun batu bata.
12345678910...

Kembali ke atas