Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jam.bul] | جمبول

Definisi : 1. segumpal rambut (di kepala atau dahi); 2. bulu yg bergumpal di kepala burung dll; 3. jambu-jambu (pd kopiah dll); ~ merak sj tumbuhan a) (pokok), Caesalpinia pulcherrima; b) (pokok), Jacaranda mimo­sifolia; c) (herba), ekor merak, Selaginella atroviridis; ~ siul sj tumbuhan (pokok renek), pecah periuk jantan, Ixora pendula; berjambul mempunyai jambul; burung ~ sj burung, burung menjerit, Platylophus gale­riculatus ardesiacus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jam.bul] | جمبول

Definisi : 1 segumpal rambut yg disikat elok-elok di atas dahi atau di kepala: ~ Amin ala ~ P. Ramlee. 2 gumpalan bulu di kepala burung dll. 3 rambu-rambu pd topi dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jambul
Rujuk :jambak

Puisi
 

Anak Cina jambul tercacak,
     Mati dipanah Seri Rama;
Hati di dalam rasa nak kocak,
     Rasa nak balik ke janda lama.


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
CUKUR JAMBUL

CUKUR JAMBUL, adat yang dilakukan pada bayi ketika usia bayi itu sekurang-kurangnya tujuh hari. Adat ini bertujuan untuk memenuhi tuntutan agama Islam walaupun upacara dan bahan yang digunakan tidak sepenuhnya berdasarkan agama Islam itu.

 

BUDAYAAdat
BURUNG HOOPOE

Burung hoopoe ialah sejenis burung yang

mempunyai jambul yang menonjol di atas

kepalanya manakala sayap serta ekornya pula

berbelang-belang.

UMUM 
BURUNG WAXWING

Burung waxwing ialah sejenis burung yang

berbulu halus seperti sutera, berwarna perang

kekelabuan, bersaiz lebih besar daripada burung

pipit, dan mempunyai satu jambul yang jelas

dapat dilihat di atas kepalanya.

UMUM 
BURUNG RAJA UDANG

Burung raja udang ialah nama satu famili

burung yang mempunyai kepala besar dan paruh

panjang, kuat, dan tajam. Terdapat lebih kurang

85 spesies burung raja udang. Kebanyakannya

mempunyai jambul di atas kepalanya.

UMUM 
BURUNG KARDINAL

Burung kardinal ialah sejenis burung yang biasa

didapati di seluruh bahagian timur Amerika Utara.

Ia juga dikenali sebagai redbird. Burung ini berukuran 18 sentimeter hingga 23

sentimeter panjang. Di kepalanya terdapat jambul

yang boleh ditegakkan untuk menakutkan musuh.

UMUM 
SAPSUCKER

Sapsucker adalah satu daripada sekumpulan

burung dalam famili belatuk. Ia hanya tinggal di

Amerika Utara. Burung ini dinamakan sapsucker

kerana sebahagian daripada dietnya ialah

sap daripada pokok. Ia memperoleh sap ini

dengan membuat lubang kecil yang dinamakan

perigi pada kulit pokok. Ia juga memakan serangga

yang tertarik kepada sap, memakan semut dan buah

liar. Sapsucker yang biasa didapati di timur Amerika

Syarikat ialah sapsucker perut kuning . Burung

jantannya mempunyai jambul dan leher berwarna

merah marak (skarlet) dan bahagian atas berwarna

hitam dengan tanda-tanda putih. Pada musim sejuk

sapsucker terbang ke selatan sejauh Amerika Tengah.

Ia bertelur dalam lubang di pokok. Burung betina

bertelur tiga hingga tujuh biji telur berwarna putih bersih.

Sapsucker dada merah barat tinggal di Pantai Pasifik. Burung

dewasa kedua-dua jantina mempunyai jambul, leher

dan dadanya, berwarna merah. Sapsucker

mempunyai tabiat yang hampir sama dengan burung

belatuk tetapi kadangkala ia merosakkan pokok.

UMUM 
BURUNG TIT

Burung tit ialah nama bagi lebih daripada 50

spesies burung nyanyi yang kecil. Kebanyakannya

mempunyai pipi yang berwarna pucat atau putih

yang berbeza ketara dengan tanda hitam atau

gelap di kepalanya yang kelihatan seperti topi.

Sesetengah spesiesnya mempunyai jambul.

Paruhnya pendek dan kuat.

UMUM 
PUCUNG

Pucung ialah mana-mana satu daripada 60

spesies burung randuk, yang termasuk burung

helang dan bittern. Pucung adalah burung yang

cantik, paruhnya panjang dan runcing. Burung ini

mempunyai kepala yang tirus, leher yang panjang,

dan kaki yang panjang. Sesetengah burung pucung

mempunyai jambul yang panjang dan berbulu

pada leher dan badannya. Burung pucung tinggal

di semua benua kecuali Antartika..

UMUM 

Kembali ke atas