Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.mi.nan] | جامينن

Definisi : 1. akuan menjamin, kesediaan me­nanggung sesuatu (akibat dll), cagaran, tang­gungan; ~ bank (Eko) jaminan yg di­berikan oleh pihak bank utk menjelaskan sesuatu hutang jika penghutang gagal berbuat demikian; ~ hak jamin hak; ~ hukum yg di­jamin oleh hukum; ~ insurans (Eko) jamin­an yg diberikan oleh pihak insurans utk mem­berikan ganti rugi jika pemegang insurans mengalami kemalangan, kerugian dsb; 2. janji: ~ Allah hanya dapat dicapai melalui syarat yg ditentukan oleh Allah; ikhlas telah di­jadikan ~ kpd penerimaan segala amal ibadat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.mi.nan] | جامينن

Definisi : akuan menjamin; tanggungan. penjamin orang yg menjamin (ttg keselamatan, hutang dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jamin
Kata Terbitan : menjamin, terjamin, jaminan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanyakan tentang penggunaan ayat yang sesuai untuk Car Warranty. Manakah terjemahan yang paling tepat, Waranti atau Jaminan? Terima Kasih.Dalam penggunaan umum warranty diterjemahkan kepada jaminan seperti jaminan kereta. Walau bagaimanapun, dalam bidang peristilahan khususnya undang-undang warranty diterjemahkan kepada waranti.Penyemakan dan penterjemahan30.07.2015
Salam Saya ingin meminta pandangan pihak tuan dari sudut bahasa. Ini ialah tentang Jaminan. Saya sedia maklum bahawa jika menurut tatabahasa Jaminan seharus menjadi subjek dan diikuti dengan tempoh, contoh seperti 5 tahun iaitu Jaminan 5 tahun. Akan tetapi artwork kami ingin menonjolkan tempoh tersebut dan meletakkan Tahun dan Jaminan kemudian, adakah visual yang dilampirkan ini betul? Apakah penyelsaian terbaik untuk artwork ini? Bolehkah Tahun-Jaminan boleh diletakkan di bawah tempoh? Ini kerana pihak pereka bentuk kami ingin meletakkan Year Guarantte (Tahun Jaminan) sekali seperti contoh yang dilampirkan. Sekian. Terima kasih.Untuk pengesahan iklan, sila buat permohonan di https://pb.dbpsahbahasa.my/. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Masuk PBT”, muat naik semula visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN. Buat bayaran setelah permohonan Berjaya didaftarkan supaya iklan dapat diproses. Lain-lain26.06.2023
Salam Saya ingin meminta pandangan pihak tuan dari sudut bahasa. Ini ialah tentang Jaminan. Saya sedia maklum bahawa jika menurut tatabahasa Jaminan seharus menjadi subjek dan diikuti dengan tempoh, contoh seperti 5 tahun iaitu Jaminan 5 tahun. Akan tetapi artwork kami ingin menonjolkan tempoh tersebut dan meletakkan Tahun dan Jaminan kemudian, adakah visual yang dilampirkan ini betul? Apakah penyelsaian terbaik untuk artwork ini? Bolehkah Tahun-Jaminan boleh diletakkan di bawah tempoh? Ini kerana pihak pereka bentuk kami ingin meletakkan Year Guarantte (Tahun Jaminan) sekali seperti contoh yang dilampirkan. Sekian. Terima kasih.Untuk pengesahan iklan, sila buat permohonan di https://pb.dbpsahbahasa.my/. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Masuk PBT”, muat naik semula visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN. Buat bayaran setelah permohonan Berjaya didaftarkan supaya iklan dapat diproses. Lain-lain26.06.2023
Salam Soalan saya: adakah tepat dari segi bahasa untuk ayat di bawah? 10 Tahun - Jaminan Ini adalah untuk menonjolkan angka 10 (sebagai 10 tahun jaminan) baru diikuti dengan perkataan Tahun - Jaminan di bawah angka 10 tersebut. Untuk pengetahuan tuan, ini bukan untuk iklan. Ia hanya untuk memastikan sama ada gaya peletakan sedemikian boleh digunakan dan betul dari segi bahasa. Jika tidak, apakah yang sesuai bagi menonjolkan angka 10 sebagai tempoh jaminan. Sekian. Terima kasih.Struktur ayat yang betul ialah "Jaminan Selama 10 Tahun". Dalam penyataan umum seperti dalam penulisan iklan, lazimnya ditulis Jaminan - 10 Tahun (Bahasa Inggeris: 10 years Warranty).Tatabahasa04.07.2023
Adakah "memberi jaminan" betul dari segi tatabahasa? Dalam teks undang-undang, mengapakah "memberi jaminan" digunakan dan bukannya "memberikan jaminan"? Ataupun kedua-duanya boleh diterima?Mohon berikan contoh ayat dalam bahasa Inggeris agar pihak kami dapat memberikan terjemahan yang tepat dan betul dalam bahasa Melayu. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, maksud memberi ialah menyebabkan seseorang menerima sesuatu, tidak menghalang, membenarkan, menyebabkan mendapat atau terkena sesuatu, memasangkan, atau melekatkan dsb sesuatu. Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, memberikan pula bermaksud menyerahkan sesuatu kepada ada orang yang sudi, melakukan sesuatu untuk (faedah) orang lain, menyatakan sesuatu kepada orang lain seperti yang diperlukan atau dikehendaki, mendatangkan atau menghasilkan.Tatabahasa07.03.2023
Apakah perbezaan ayat di bawah: 1. Selamat datang ke Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Cawangan Muar. 2. Selamat datang Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Cawangan Muar.Ayat pertama mengslu-alukan kedatangan tetamu ke Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, manakala ayat kedua mengalu-alukan kedatangan Jemaah Nazir dan kumpulan Jaminan Kualiti ke sesuatu tempat.Tatabahasa07.01.2014
Assalamualaikum. Paparan ayat (di pintu atau tembok bangunan) yang mana satu sesuai bagi mengalukan kedatangan tetamu: 1. Selamat Datang ke Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Cawangan Muar. 2. Selamat Datang, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Cawangan Muar.Ayat yang betul ialah "Selamat Datang Jemaah Nazir dan Pegawai Jaminan Kualiti Cawangan Muar."Tatabahasa11.01.2014
Betulkah "Management Assurance & Compliance Department " dijermahkan kepada "Jabatan PEngurusan Jaminan dan Pematuhan"?
Betul.

Jabatan Pengurusan Jaminan dan Pematuhan

Makna15.01.2019
Salam Sejahtera DBP, Saya ingin meminta Khidmat Nasihat mengenai penggunaan ayat 'Jaminan Kredit CGC' di papan tanda Bangunan CGC. Saya sertakan lampiran contoh gambar asal Bangunan CGC yang sebelum ini bertulis 'Penjamin Kredit'. Kini, kami ingin menukar papan tanda ini kepada 'Jaminan Kredit CGC'. Oleh itu, Khidmat Nasihat daripada pihak DBP kami dahului dengan ucapan Terima Kasih. Sekian.Kami mencadangkan "PENJAMIN KREDIT" dipinda kepada "PERKHIDMATAN JAMINAN KREDIT". Setelah dibuat pembetulan, sila kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya "Khidmat Nasihat Bahasa".Lain-lain28.02.2017
Assalamualaikum / Salam Sejahtera, Saya mewakili CGC ingin bertanya mengenai penggunaan Bahasa Malaysia yang terbaik untuk papan tanda bangunan kami. Di bawah adalah beberapa pilihan yang telah kami senarai pendek: 1) CGC Penjamin Kredit 2) Penjamin Kredit 3) Syarikat Jaminan Kredit 4) Jaminan Kredit Dengan email ini kami lampirkan beberapa gambar contoh. Untuk makluman pihak DBP, CGC menyediakan jaminan kredit dan juga pinjaman terus kepada PKS Malaysia. Ribuan terima kasih.Waalaikumussalam. Perkataan yang yang sesuai ialah Perkhidmatan Jaminan Kredit CGC.Penyemakan dan penterjemahan02.02.2017
1234

Kembali ke atas