Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.mi.nan] | جامينن

Definisi : 1. akuan menjamin, kesediaan me­nanggung sesuatu (akibat dll), cagaran, tang­gungan; ~ bank (Eko) jaminan yg di­berikan oleh pihak bank utk menjelaskan sesuatu hutang jika penghutang gagal berbuat demikian; ~ hak jamin hak; ~ hukum yg di­jamin oleh hukum; ~ insurans (Eko) jamin­an yg diberikan oleh pihak insurans utk mem­berikan ganti rugi jika pemegang insurans mengalami kemalangan, kerugian dsb; 2. janji: ~ Allah hanya dapat dicapai melalui syarat yg ditentukan oleh Allah; ikhlas telah di­jadikan ~ kpd penerimaan segala amal ibadat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.mi.nan] | جامينن

Definisi : akuan menjamin; tanggungan. penjamin orang yg menjamin (ttg keselamatan, hutang dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jamin
Kata Terbitan : menjamin, terjamin, jaminan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kafalah mu’aqqatahjaminan sementara/jaminan bertempoh/jaminan terbatasPerniagaan IslamTiadaAkad jaminan yang mempunyai tempoh. Contohnya, penjamin berkata kepada pihak penerima jaminan "Saya menjamin selama sebulan bermula hari ini". Maka penjamin bertanggungjawab terhadap pihak yang dijamin dalam tempoh sebulan sahaja. Selepas tempoh tersebut, penjamin bebas daripada jaminan. Sinonim kafalah muqayyadah.
bailjaminan ; timbaUndang-undangTiadaJaminan: Jaminan untuk membebaskan seseorang daripada jagaan pihak berkuasa undang-undang kepada jagaan penjaminnya, yang akan memastikan supaya orang itu hadir pada hari dan di tempat yang ditetapkan untuk dibicarakan.
daman bil darkjaminan bayaran/jaminan pendapatan/jaminan perolehanPerniagaan IslamTiadaLihat kafalah bil darak.
daman mithlijaminan setaraPerniagaan IslamTiadaJaminan kepada pembeli untuk memberikan barangan atau jaminan perkhidmatan yang serupa. Contohnya, polisi takaful kenderaan yang memberi jaminan untuk menggantikan kenderaan yang hilang atau dicuri dengan model kenderaan yang hampir sama dengan kenderaan asal.
kafalah bil daynjaminan hutangPerniagaan IslamTiadaAkad jaminan yang ditanggung oleh penjamin bagi melangsaikan hutang. Apabila tuntutan hutang dilakukan, maka jaminan hutang boleh dituntut daripada penghutang, penjamin atau kedua-duanya. Mazhab Maliki, Syafii dan Hambali berpendapat bahawa akad ini termeterai tanpa perlu ungkapan qabul di pihak penerima jaminan.
kafalah bil darakjaminan perolehanPerniagaan IslamTiadaAkad jaminan yang ditanggung oleh penjamin bagi sebarang urusan perniagaan yang dilakukan oleh pihak yang dijamin kepada pihak penjamin. Kafalah ini boleh berlaku dalam dua keadaan. Pertama, jaminan terhadap harga jualan dan kedua, jaminan terhadap penyerahan produk. Contohnya, penyediaan surat kredit bagi menjamin bayaran dalam urusan import dan eksport, dan pelantikan ejen penghantar untuk mengesahkan produk yang diurusniagakan. Sinonim daman bil dark.
kafalah munajjazahjaminan segeraPerniagaan IslamTiadaAkad jaminan yang berkuat kuasa dengan segera. Contohnya, penjamin berkata kepada pihak penerima jaminan "Saya menjamin sekarang juga hutang A yang telah anda berikan kepadanya". Hutang tersebut boleh dituntut daripada penjamin pada masa itu juga kerana tidak dinyatakan tempoh dan syarat.
kafalah bil taslimjaminan serahanPerniagaan IslamTiadaAkad jaminan oleh penjamin terhadap serahan barangan oleh pembekal. Contohnya, penjamin memberi jaminan bahawa penjual akan menyerahkan produk kepada pembeli. Sinonim kafalah bil ‘ain.
kafalah mu‘allaqahjaminan bersyaratPerniagaan IslamTiadaAkad jaminan yang tertakluk kepada syarat dan sekiranya syarat tersebut dipatuhi, maka wujud jaminan. Contohnya, ucapan kepada pemiutang "Sekiranya hutang tidak dibayar setelah cukup tempoh perjanjian, saya akan melangsaikannya". Contoh lain, ucapan kepada penjual "Jualkan barang itu kepada beliau dan sekiranya dia tidak membayar harga barang itu, saya akan membayarnya". Maka tuntutan harga barangan tersebut boleh dituntut sekiranya pembeli gagal membayarnya. Menurut mazhab Syafii, kafalah mu‘allaqah dianggap tidak sah sekiranya terdapat ta‘liq, tetapi dianggap sah menurut mazhab Hanafi dan sebahagian ulama mazhab Hambali. Sinonim kafalah ta’liqah.
kafalah bil nafsjaminan diriPerniagaan IslamTiadaAkad jaminan yang ditanggung oleh penjamin bagi memastikan pihak yang dijamin hadir ke mahkamah. Menurut mazhab Syafii, jaminan diri boleh dilakukan dalam semua urusan yang berkaitan dengan hak manusia, seperti kes yang melibatkan harta atau hukuman mengikut qisas dan qazaf. Kafalah bil nafs tidak boleh diaplikasi sekiranya berkaitan dengan hak Allah s.w.t. seperti ibadat dan hukum hudud. Sinonim daman bil nafs.
12345678910...

Kembali ke atas