Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jam.pi] | جمڤي

Definisi : kata-kata tertentu yg diucapkan utk mendatangkan kesaktian (spt boleh menyem­buhkan penyakit dll), mantera: kebanyakan orang zaman sekarang tidak percaya pd ~ lagi; ~-jampah = ~ serapah berbagai-bagai jenis jampi: ~ serapah pun berhamburan drpd mulut Siti Faezah yg kecil molek itu; berjampi bermantera, telah dimanterai (dijampi): Madon membawa sebilah parang panjang ~; menjampi, menjampikan membaca jampi, memanterai: pawang itu ~ air yg diberikan kepadanya; jampian 1. jampi mantera; 2. (yg) telah dimanterai; 3. menjampi; kejampian kena jampi (mantera); penjampian perbuatan menjampi (meman­terai). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jam.pi] | جمڤي

Definisi : kata-kata tertentu atau mantera yg diucapkan utk mendatangkan kesaktian (dpt menyembuhkan penyakit dll). menjampi membaca kata-kata tertentu atau mantera utk memberi kesaktian kpd sesuatu: Dukun itu sudah ~ air ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
gelok[g«.lo/]kata namabekas air yang diperbuat daripada tanah.Ae jampi tu tok ambek kat gelok.[Ae dZAm.pi tu to/ Am.be/ kAt g«.lo/]Air jampi itu tok ambil daripada bekas air yang diperbuat daripada tanah.
gelok[g«.lo/]kata namabekas air yang diperbuat daripada tanah.Ae jampi tu tok ambek kat gelok.[Ae dZAm.pi tu to/ Am.be/ kAt g«.lo/]Air jampi itu tok ambil daripada bekas air yang diperbuat daripada tanah.

Kembali ke atas