Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jam.pi] | جمڤي

Definisi : kata-kata tertentu yg diucapkan utk mendatangkan kesaktian (spt boleh menyem­buhkan penyakit dll), mantera: kebanyakan orang zaman sekarang tidak percaya pd ~ lagi; ~-jampah = ~ serapah berbagai-bagai jenis jampi: ~ serapah pun berhamburan drpd mulut Siti Faezah yg kecil molek itu; berjampi bermantera, telah dimanterai (dijampi): Madon membawa sebilah parang panjang ~; menjampi, menjampikan membaca jampi, memanterai: pawang itu ~ air yg diberikan kepadanya; jampian 1. jampi mantera; 2. (yg) telah dimanterai; 3. menjampi; kejampian kena jampi (mantera); penjampian perbuatan menjampi (meman­terai). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jam.pi] | جمڤي

Definisi : kata-kata tertentu atau mantera yg diucapkan utk mendatangkan kesaktian (dpt menyembuhkan penyakit dll). menjampi membaca kata-kata tertentu atau mantera utk memberi kesaktian kpd sesuatu: Dukun itu sudah ~ air ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
JAMPI SERAPAH

JAMPI SERAPAH,  ungkapan berirama yang diucapkan dalam suasana atau keadaan tertentu untuk menghasilkan kesan tertentu.  Air sejuk, misalnya, menjadi penawar setelah dijampi serapah oleh bomoh.  Sebagai ungkapan berirama, jampi serapah mengandungi perkataan yang menggambarkan pelbagai suasana, misalnya kutukan, pujuk rayu dan puji-pujian, selari dengan tujuan penggunaan jampi serapah itu.

BUDAYAPerayaan/Upacara
ILMU PENGASIH

ILMU PENGASIH, jampi, azimat, doa, ubat guna-guna dan seumpamanya yang digunakan oleh orang Melayu untuk menanam dan membangkitkan rasa kasih seseorang terhadap orang lain. Antara ilmu pengasih yang terdapat di kalangan masyarakat Melayu ialah ilmu tepuk bantal, pemanggil, penunduk dan nasi tangas.

BUDAYAKonsep
PENAWAR

PENAWAR, ubat, jampi dan serapah yang digunakan untuk mengurangkan bisa atau kesakitan fizikal dan emosi yang dihidapi oleh seseorang.  Dalam perubatan Melayu, terdapat pelbagai jenis penawar seperti penawar bisa ampai-ampai ialah asam dan penawar sengat lebah ialah kapur.

BUDAYAUbat-Ubatan
GUNA-GUNA

GUNA-GUNA, ubat pengasih. Orang Melayu percaya penggunaan jampi mantera dan benda-benda tertentu, semangat seseorang dapat dipuja dan ditakluk sehingga menjadikan seseorang itu terpikat akan si pemuja.

BUDAYAKepercayaan
SANTAU

SANTAU, ramuan beracun yang dikenakan kepada manusia untuk tujuan membalas dendam, menuntut bela, hasad dengki, sakit hati atau rasa tidak puas hati.  Istilah santau tidak digunakan secara menyeluruh di kalangan orang Melayu.  Terdapat kepercayaan bahawa iblis dan syaitan boleh dilibatkan sama dalam mengenakan santau.  Ayat al-Quran, doa dan jampi serapah pula digunakan untuk memulihkan seseorang yang terkena santau.  Dasar santau adalah sebenarnya racun.  Bezanya, racun menghasilkan keadaan kesakitan dengan cepat dan jelas kelihatan, manakala kesan santau tidak kelihatan dalam jangka waktu yang singkat tetapi padahnya berlarutan.  Pengamal perubatan tradisional lazimnya tidak dapat membezakan antara santau dan racun, tetapi santau dikenali dengan corak racun yang digunakan.

BUDAYAKonsep
DALANG

DALANG, pemimpin dan tukang cerita dalam wayang kulit. Dalang juga bertindak sebagai pemain segala peranan dalam cerita wayang kulit dengan menggunakan boneka yang diukir daripada kulit lembu, untuk melambangkan pelbagai watak dalam cerita daripada Ramayana, Mahabharata dan cerita panji. Dalang merupakan tokoh pencerita yang beraksi sambil bercerita, serta turut memainkan boneka tersebut. Dalang juga bertindak sebagai pawang sesuatu persembahan dengan melakukan jampi dan doa untuk keselamatan persembahan.

 

BUDAYAKonsep
SUSUKKapsyen          ;           Cara pemakaian susuk

 

SUSUK, sejenis azimat atau ilmu yang menggunakan jenis logam dan ayat jampi untuk menimbulkan seri wajah, melariskan perniagaan, kekebalan badan serta memikat hati orang ramai terhadap pemakainya. Susuk merupakan suatu bentuk  ilmu kebatinan yang sering diamalkan oleh orang Melayu sejak zaman tradisional.

BUDAYAAlat/Alatan

Kembali ke atas