Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jam.pi] | جمڤي

Definisi : kata-kata tertentu yg diucapkan utk mendatangkan kesaktian (spt boleh menyem­buhkan penyakit dll), mantera: kebanyakan orang zaman sekarang tidak percaya pd ~ lagi; ~-jampah = ~ serapah berbagai-bagai jenis jampi: ~ serapah pun berhamburan drpd mulut Siti Faezah yg kecil molek itu; berjampi bermantera, telah dimanterai (dijampi): Madon membawa sebilah parang panjang ~; menjampi, menjampikan membaca jampi, memanterai: pawang itu ~ air yg diberikan kepadanya; jampian 1. jampi mantera; 2. (yg) telah dimanterai; 3. menjampi; kejampian kena jampi (mantera); penjampian perbuatan menjampi (meman­terai). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jam.pi] | جمڤي

Definisi : kata-kata tertentu atau mantera yg diucapkan utk mendatangkan kesaktian (dpt menyembuhkan penyakit dll). menjampi membaca kata-kata tertentu atau mantera utk memberi kesaktian kpd sesuatu: Dukun itu sudah ~ air ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Nggak ada jampi-jampiTiadaHarian Metro21.08.1992
Jampi, mentera diguna oleh dukun adalah fahaman syirikAkhbar:  Mingguan Timur17.06.1979
Jampi BangsakuAziz DeramanMingguan Malaysia27.05.1979
Jampi sikit-sikit, sembur banyak-banyakHantu RayaUTusan Melayu14.04.1980
Jampi jin mengamokMustapha Kamil YassinBerita Harian15.10.1962
Rambutan JampiS. HamisalUtusan Zaman18.04.1991
Mentera dan jampi Mohd. AliHantu RayaUtusan Melayu16.06.1975
Sembur dan jampi tidak takutkan "nagoya"Pak SakoBintang Timur05.09.1981
Perusahaan membuat gula kabung diiringi dengan jampi-jampian dannyanyianMokhtar HitamUtusan Zaman07.08.1983
Penglipur lara Awang Batil mulakan cerita dengan jampiTiadaUtusan Melayu31.03.1971

Kembali ke atas