Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.muan] | جاموان

Definisi : 1. makanan yg dihidangkan (kpd tetamu), sajian: ~nya menyelerakan; 2. = majlis ~ majlis yg disertai dgn hidangan makan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.muan] | جاموان

Definisi : 1 makanan yg dihidangkan kpd tamu; sajian: ~nya lazat-lazat. 2 majlis yg disertakan hidangan: Hari ini ada ~ di sekolah kerana meraikan guru yg baru itu. ~ negara jamuan besar yg diadakan oleh kerajaan (biasanya utk meraikan orang-orang kenamaan asing yg mengunjungi negara secara rasmi). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jamu
Kata Terbitan : berjamu, menjamu, jamuan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam 1 Malaysia, Saya masih lagi tercari-cari terjemahan yang sesuai untuk Homecoming..jawapan dari pihak tuan/puan : kami mencadangkan padanan ‘home-coming’ ialah ‘jamuan kepulangan’ atau ‘majlis kepulangan’.bagaimanapun ia tidak sesuai dalam terjemahan saya..kerana ia adalah jamuan untuk seolah tinggi apabila semester berakhirSalam 1 Malaysia.
Memandangkan istilah "Homecoming" yang dicadangkan ialah "jamuan kepulangan" atau "majlis kepulangan" tidak sesuai dalam konteks ini, saya mencadangkan digunakan istilah "Majlis Keraian" yang bermaksud majlis untuk meraikan atau menghormati seseorang dengan mengadakan keramaian atau jamuan.
Istilah17.06.2014
Adakah ayat dibawah adalah betul? sekirannya salah,tolong jelaskan.. +Para tetamu menyesal sikap penaja jamuan kerana makanan yang telah disediakan tidak enak.. terima kasih

Saudara,

Ayat yang betul ialah ' Para tetamu kesal dengan sikap penaja jamuan kerana makanan yang disediakan tidak enak.

Tatabahasa20.08.2010
Saya ingin mendapatkan nama yang sesuai untuk menggantikan nama Bilik Jamuan VIP, Bilik Makan Guru, Bilik Gerakan dan Bilik Wawasan. Bilik Gerakan dan Bilik Wawasan di sekolah saya digunakan untuk mengadakan mesyuarat. Jika ada nama yang seerti atau klasik saya berharap mendapat respons daripada DBP.Terima kasih.Cadangan kami bagi bilik jamuan atau bilik makan guru, boleh digunakan bilik rehat sahaja atau sudut selera. Bagi bilik gerakan dan bilik wawasan boleh digunakan bilik kegiatan, bilik sumbang saran, bilik perbincangan, atau bilik gagasan. Bilik gerakan dan bilik wawasan juga boleh dinamakan sempena nama tokoh terkenal dalam organisasi saudara.Lain-lain08.01.2009
apakah perbezaan tamu dan tetamu? adakah perlu penggunaan perkata Para untuk tetamu? para tetamu batul atau salah?Tamu bermaksud orang yang datang mengunjungi orang lain (menghadiri jamuan dll), manakala tetamu bermaksud orang yang diundang (dijemput) untuk menghadiri jamuan dan lain-lain. Berdasarkan huraian tersebut terdapat perbezaan maksud antara tamu dengan tetamu. Merujuk makna dalam kamus tidak ada penanda tunggal atau jamak bagi perkataan perkataan tamu dan tetamu. Penggunaannya bergantung pada konteks ayat, maka tidak salah jika perkataan para tetamu digunakan selagi tidak membawa maksud berlebih-lebihan seperti ramai para tetamu, cukup sekadar ramai tetamu atau para tetamu.Tatabahasa08.04.2014
Perkataan Persegaran boleh atau tidak digunakan bagi maksud jamuanKata "persegaran" tidak disarankan dalam penggunaan bagi maksud tersebut.Makna30.10.2023
‎Az Hanif Ab Halim mohon pencerahan, pengesahan atau syor lain bagi tajuk acara yang betul dan tepat: 1) MAJLIS MAKAN MALAM NEGERI atau 2) MAJLIS JAMUAN MALAM NEGERI KBerkenaan dengan soalan tuan tersebut, Majlis Makan Malam Negeri (makan malam terjemahan daripada bahasa Inggeris iaitu Dinner) adalah lebih sesuai. Sekiranya hendak memasukkan pilihan yang kedua tuan perlu menggugurkan Majlis dan dijadikan Jamuan Makan Malam Negeri. Namun begitu, kami mencadangkan pilihan yang terbaik ialah MAJLIS MAKAN MALAM NEGERI.Makna18.05.2017
Saya ingin mendapatkan nama lain yang sesuai untuk menggantikan nama Bilik Jamuan, Bilik Gerakan, Bilik Wawasan dan Kantin di sekolah saya. Saya berharap pihak tuan dapat menyenaraikan beberapa nama yang sesuai bagi menggantikan keempat-empat nama bilik tersebut.Jasa baik tuan amat dihargai. Terima kasih.Penamaan bilik atau dewan boleh dibuat berdasarkan nama bunga, tumbuhan,buah-buahan,batu-batan, bintang,batu permata  dan sebagainya bergantung pada konsep yang hendak ditonjolakan seperti . Sila rujuk buku garis Panduan Menamai Syarikat, bangunan, kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan.Lain-lain04.02.2009
saya ada bertanya tentang terjemahan 'Homecoming" pihak tuan/puan minta saya beri contoh ayat. 1.it's like he was gonna ask me to Homecoming. 2.Jaden Stark is not gonna ask you to HomecomingMengambil konsep ‘house-warming’ ialah ‘jamuan masuk rumah baharu’, kami mencadangkan padanan ‘home-coming’ ialah ‘jamuan kepulangan’ atau ‘majlis kepulangan’.Istilah16.06.2014
Saya ingin tahu, ejaan yang manakah betul antara perkarangan dan pekarangan untuk menyatakan tempat bagi mengadakan majlis jamuan raya.Perkataan yang betul ialah "pekarangan",  bermaksud halaman rumah, kawasan di sekeliling rumah, dewan, bangunan dan sebagainya. 
 
Ejaan23.05.2022
meraikan acara hari keluarga atau menyambut acara hari keluargaMenurut Kamus Bahasa Melayu maksud meraikan ialah menghormati seseorang dengan mengadakan keramaian atau jamuan manakala maksud menyambut pula ialah 1 menerima apa-apa yang diberikan dengan tangan: Dia ~ hadiah itu dgn tertib. 2 menadah atau menangkap apa-apa yang jatuh atau yang dilemparkan: Dia ~ bola itu dgn tenang lalu menyepaknya ke tengah padang. 3 menerima kedatangan pelawat atau tetamu; mengalu-alukan kedatangan orang: Beberapa orang pegawai kanan kerajaan telah pergi ~ kepulangan baginda di lapangan terbang. 4 memberi balasan kepada sesuatu hal (menerima cabaran orang dll): Rakyat telah ~ baik Rancangan Malaysia Kelima. Ayat yang betul ialah meraikan acara hari keluarga.Tatabahasa12.03.2019
123

Kembali ke atas