Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jangan pernah

Puisi
 

Jolok nangka di kampung hilir,
     Berselang kain ke pasar lama;
Jangan disangka pada yang lahir,
     Namun batin tak pernah sama.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
hutang1. wang dll yg dipinjam drpd orang lain: jangan-jangan ~ itu tak terbayar lagi; belian (jualan) ~ belian (jualan) yg bayar­annya ditangguhkan; membayar ~ me­ngembalikan wang dll yg dipinjam dr orang lain; memberi ~ memberi pinjaman wang; menagih ~ memungut (menuntut kembali) wang yg dipinjamkan; mendapat ~ mendapat pinjaman wang; 2. kewajiban (perasaan ber­kewajiban) membayar balik sesuatu yg dite­rima; ~ bercagar hutang yg diberikan dgn si berhutang mencagarkan sesuatu (spt barang-barang kemas, rumah, tanah, dsb); ~ budi kebaikan yg diperoleh dan yg harus dibalas; ~ darah tuntutan bela (atau bayaran) terhadap seseorang (pihak dll) yg telah melakukan kekejaman dll; ~ lapuk hutang yg tidak berbayar; ~ piutang (wang) yg dipinjam dr dan yg dipinjamkan kpd orang lain, berbagai-bagai hutang; ~ (di) sekeliling pinggang terlalu banyak hutang; surat ~ surat peng­akuan hutang; ~ biduk belum langsai, ~ pengayuh tiba pula = ~ samir belum langsai, ~ kajang datang pula = ~ tembilang belum langsai, ~ tajak tiba pula prb hutang yg lama masih belum habis dibayar datang pula orang menagih hutang yg baru; ~ sebelit (selilit) pinggang = ~ tiap helai bulu = sebanyak ~ si Jibun prb seseorang yg sangat banyak hutangnya; berhutang mempunyai hutang (kpd), me­minjam wang dll drpd seseorang: ia pernah ~ pd ceti; si ~ orang yg berhutang; tempat ~ orang dll yg memberi hutang; ~ berbaris bp berhutang banyak-banyak (drpd berbagai-bagai punca); ~ budi menerima kebaikan orang lain (wajib membalas kebaikan orang); ~ nyawa terselamat hidupnya (ter­selamat oleh pertolongan orang); menghutangkan, memperhutangkan me­min­jamkan wang atau benda kpd seseorang; terhutang 1. sudah berhutang; 2. ~ budi sudah menerima kebaikan orang (tetapi belum berbalas); hutangan Id wang (benda) yg didapati kerana berhutang; orang ~ Id ark orang yg berhutang; perhutangan perihal hutang-berhutang; orang ~ Id ark orang yg memberi hutang (peminta, pemungut, atau penagih hutang); penghutang orang atau pihak yg berhutang, peminjam wang: cagaran merupakan jamin­an utk pemiutang jika ~ tidak memenuhi kewajiban atau gagal membayar kembali pinjamannya.Kamus Dewan Edisi Keempat
bohongtidak sama dgn hal yg sebenarnya; tidak betul; dusta: Jangan suka bercakap ~. berbohong bercakap atau berbuat bohong: Saya tidak pernah ~. membohongi mengatakan sesuatu yg tidak benar kpd; mendustai: Dia diajar supaya tidak ~ sesiapa pun. membohongkan mengatakan (menganggap) bohong; menyangkal tuduhan dsb; menidakkan: Ia ~ semua tuduhan yg dilemparkan kpdnya. kebohongan sesuatu yg bohong: ~nya itu ketahuan juga akhirnya. pembohongan perbuatan (hal dsb) membohongi atau membohongkan. pembohong orang yg suka berbohong.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mati I1. tidak bernyawa lagi, tidak hidup lagi: biar kita ~ tidak bernisan jangan kita hidup tidak bersopan; timbunan kayu ~; 2. tidak pernah hidup (barang-barang spt batu dll): tidak bernyawa; 3. tidak terus atau tembus (jalan, lubang, dll): jalan itu ~; pintu itu tertutup ~; 4. tidak dapat diubah lagi (harga, simpulan, dll): 5. tidak mempunyai air lagi (perigi dll); 6. tidak menyala lagi (api, lampu dll); lampu sudah ~; matahari ~; 7. tidak bergerak atau berjalan lagi (mesin dll): jam itu ~; 8. tidak bergiat atau aktif lagi (pergerakan, pertubuhan dll): parti itu sudah lama ~; 9. tidak ramai lagi (bandar dll): negeri yg sudah ~; 10. tidak digunakan lagi (bahasa dll): bahasa Latin ialah bahasa ~; 11. tidak bertiup lagi (angin dll): angin sudah ~; 12. tidak dapat berasa lagi (kulit dll); kulit ~; 13. tidak dapat berfikir lagi, buntu (fikiran): fikirannya ~ sebentar; 14. terhenti (per­cakapan dll): percakapannya ~ di situ sahaja kerana seorang pengemis lain datang meng-ganggu; ~ air direbus (daging, ikan, dll) sehingga air rebusan hampir kering sebelum digulai: da-ging itu belum lagi digulai, baru ~ air saja; ~ akal buntu fikiran (tidak dapat menye­lesaikan masalah yg dihadapi); ~ andar a) mati dgn tidak diketahui sebab (atau pem­bunuhnya); b) mati dgn tidak disembelih (bina­tang); ~ angin ki tidak mempunyai kuasa utk berbuat apa-apa (kerana lemah, tidak ada se­mangat, dll); ~ ayam bp mati dgn sia-sia; ~ balik hidup selamat setelah mengalami bahaya besar (atau penyakit yg teruk); ~ bebang = ~ terbebang = ~ kekebangan mati kerana anak yg hendak dilahirkan itu tidak dapat keluar; ~ beranak mati ketika bersalin; ~ berangan (berangai suri) kelihatannya mati sebenar­nya tidak; ~ berdarah mati dgn menumpahkan darah (kerana ditikam, ditembak, dll); ~ berugam Kl mati tetapi tidak hancur mayat atau bangkainya; ~ bersebab mati dgn tidak sepatutnya; ~ katak mati spt katak dan tidak siapa yg mempedulikannya; ~ kera sudah dipotong tetapi belum kering lagi (kayu); ~ konyol (percuma) mati dgn sia-sia; ~ kumlah (hukumullah) mati dgn sepatutnya (spt ter­lalu tua dll); ~ kutu(nya) tidak dapat berbuat apa-apa lagi; ~ lemas mati kerana tidak dapat bernafas (spt tenggelam dlm air, kena gas, dll); ~ mampus (modar) bp mati dgn serta­merta; ~ mawai ark mati menggeletak; ~ pucuk a) mati pucuknya (tumbuh-tumbuhan); b) tidak ada lagi tenaga kelaki-lakian (lemah zakar); ~ raga menguatkan hati dgn menge­tepikan segala keseronokan; ~ rasa tidak mempunyai perasaan lagi; ~ salai mati lemas (kerana asap, panas, dll); ~ seladang sehidup semati bkn suami isteri (tidak bermadu dll); ~ sesat (syirik) mati dgn cara yg tidak diredai Allah (kerana membunuh diri dll); ~ syahid mati kerana Allah (kerana membela agama dll); ~ anak berkalang bapak, ~ bapak berkalang anak prb anak dan bapa mestilah tolong­menolong pd masa kesusahan; ~ dicatuk katak prb orang yg berkuasa dikalahkan (di­hina) oleh orang yg lemah; ~ gajah tiada dapat belalainya, ~ harimau tiada dapat belangnya prb tahu membuat pekerjaan yg jahat dan tahu menyembunyikan dan meng­hilangkannya; ~ ikan kerana umpan, ~ saya kerana budi prb manusia dapat dipujuk dgn mulut manis atau dgn budi baik; ~-~ ber-dakwat biar hitam prb tiap-tiap pekerjaan janganlah kepalang (janganlah dikerjakan separuh jalan); ~ tidak akan menyesal luka tidak akan menyiuk prb sudah bulat hati utk melakukan sesuatu dan tidak akan mengum­pat atau menyesal kemudiannya; kita semua ~ tetapi kubur masing-masing prb lain orang lain fikirannya; spt orang ~, jikalau tiada orang mengangkat bilakan bergerak prb sese-orang yg daif jika tiada orang menolongnya akan susahlah ia; mati-matian 1. dgn bersungguh-sungguh, dgn segala daya upaya, dgn genap tenaga: mereka berjuang ~ mempertahankan negara; 2. tidak sebenarnya mati, pura-pura mati, mati olok-olok; bermati-mati, bermati-matian bersungguh­sungguh (mengerjakan sesuatu), dgn segala daya upaya, dgn segenap tenaga: kakanda bekerja ~ siang dan malam, pergi ke sana ke mari dgn tidak mengendahkan penat dan lelah; rakyat sekarang ~ berjuang utk kemerdekaan; bermatikan; ~ diri pura-pura mati; mematikan 1. membunuh: ada kalanya gula juga akan ~ semut; 2. ki menjadikan mati (buntu, luput, tidak berubah, tidak ber­gerak, dll): pengemis itu ~ langkahnya; sete-lah ~ enjin skuternya, dia pun naik ke rumah; 3. (Mat) membahagi sebarang pengatas dan sebarang pembawah dgn angka yg sama; kematian 1. perihal mati: orang ke surau dia turut sama, orang ~ dia bersama-sama membuat apa-apa yg patut; angka ~ angka yg menunjukkan jumlah orang yg telah mati; surat ~ surat keterangan bkn orang yg telah meninggal dunia; 2. menderita (menanggung) kerana seseorang atau sesuatu yg mati: ja-nganlah tersangat risaukan ~ anak kita itu; ~ angin tidak ada angin lagi (orang dlm pela­yaran); kemati-matian 1. kelihatan spt sudah mati: dia pengsan ~ lakunya; 2. sampai mati (me­ngerjakan sesuatu), mati-matian; pemati sesuatu yg digunakan utk mematikan (jahitan, simpulan, dll), pengukuh, pengetat (skru dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
bohongtidak sama dgn hal yg sebenarnya; tidak betul; dusta: Jangan suka bercakap ~. berbohong bercakap atau berbuat bohong: Saya tidak pernah ~. membohongi mengatakan sesuatu yg tidak benar kpd; mendustai: Dia diajar supaya tidak ~ sesiapa pun. membohongkan mengatakan (menganggap) bohong; menyangkal tuduhan dsb; menidakkan: Ia ~ semua tuduhan yg dilemparkan kpdnya. kebohongan sesuatu yg bohong: ~nya itu ketahuan juga akhirnya. pembohongan perbuatan (hal dsb) membohongi atau membohongkan. pembohong orang yg suka berbohong.Kamus Pelajar
usah1 perlu; mustahak: Tak ~ bersusah hati kerana saya sedia membantu. 2 jangan: ~lah menangis. usahkan jangankan: ~ hendak menolong, datang menjenguk saja pun dia tidak pernah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
nostalgiarasa rindu akan sesuatu yg pernah dialami (dinikmati dsb) pd masa lalu; kenang-kenangan disertai keinginan terhadap sesuatu yg telah berlalu. bernostalgia mengenangkan atau mengingat peristiwa manis atau peristiwa yg mengusik perasaan yg berlaku pd masa yg lalu: Jangan asyik ~ dan membazirkan masa begitu sahaja.Kamus Pelajar Edisi Kedua
dalihalasan; helah: Jangan suka membuat ~ yg tidak munasabah. berdalih mencari alasan atau membuat helah (utk menyembunyikan sesuatu): Apabila ditanyai oleh emaknya mengapa ia balik lambat, ia ~ bahawa gurunya menahan dia. mendalihkan mengemukakan (mengatakan) sesuatu sbg alasan atau helah: Dia ~ bahawa emaknya tidak pernah memberi dia wang belanja.Kamus Pelajar Edisi Kedua
belah bahagi; berbelah bahagi (bagi) tidak tetap atau teguh (pendirian, perasaan, dsb) pd sesuatu tumpuan, berbahagi, berpecah: rakyat Malaysia harus bersatu padu dan jangan ~; membelahbahagikan menyebabkan atau menjadikan berbelah bahagi: aku tidak pernah ~ kasihku padamu.Kamus Dewan Edisi Keempat
dalihalasan; helah: Jangan suka membuat ~ yg tidak munasabah. berdalih mencari alasan atau membuat helah (utk menyembunyikan sesuatu): Apabila ditanyai oleh emaknya mengapa ia balik lambat ia ~ bahawa gurunya menahan dia. mendalihkan mengemukakan (mengatakan) sesuatu sbg alasan atau helah: Dia ~ bahawa emaknya tidak pernah memberi dia wang belanja.Kamus Pelajar
mendengari1. men­de­ngar akan (sesuatu): fikiran Khatijah semakin terang apabila ~ suara takbir memuji Tuhan; kemudian Datuk Ujang men­ceritakan kisah yg pernah didengarinya drpd seorang ko­munis yg ditawan; 2. meng­endahkan, mem­pedulikan, mengikutkan (na­sihat, bujuk­an, dll): jangan kamu dengarkan sangat cakap orang;Kamus Dewan Edisi Keempat
1234

Kembali ke atas