Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jang.gal] | جڠݢل

Definisi : tidak sedap dilihat (didengar), cang­gung, tidak sesuai (tepat), tidak selaras: bunyi­nya agak ~; kekasaran seorang isteri sangat ~ nampaknya kerana makhluk wanita ini sebenarnya serba lembut; menjanggalkan menyebabkan (menjadi­kan) janggal, membuat sesuatu yg janggal, menganggap janggal, mencanggungkan; kejanggalan 1. perihal janggal, kecang­gungan; 2. sesuatu yg janggal: memang ini akan merupakan ~, tetapi lama-kelamaan ini akan menjadi kebiasaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jang.gal] | جڠݢل

Definisi : Kl tidak lekat pd tempurung (isi buah kelapa). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jang.gal] | جڠݢل

Definisi : tidak sedap didengar (kerana tidak kena sebutan atau iramanya); tidak sedap dilihat (kerana tidak kena perbuatannya atau kelakuannya); tidak sesuai: ~ saja bunyi sajaknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
janggal (adjektif)
Bersinonim dengan canggung, pelik, kekok, kaku, tidak sedap, tidak sesuai, tidak selaras, sumbang, segok;,
Kata Terbitan : menjanggalkan, kejanggalan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
janggaljanggalKesusasteraanTiadaTiada
anomalous dispersionpenyebaran janggalFizikOptikGaris lengkung menunjukkan penyebaran janggal bagi kuartza. A adalah nilai pengehad kepada U sementara A menghampiri tak terhingga.
الشاذjanggal sanadAgama IslamHadithSanad yang diriwayatkan oleh perawi yang thiqat berlainan dengan apa yang diriwayatkan oleh perawi yang lebih thiqat daripadanya.
الشاذḤadīth janggalAgama IslamHadithḤadīth atau sanad yang diriwayatkan oleh perawi yang thiqat berlainan dengan apa yang diriwayatkan oleh perawi yang lebih thiqat daripadanya.
peculiar starsbintang janggalFizikTiadaTiada
peculiar starsbintang janggalMatematikTiadaBintang yang ciri spektrumnya tidak menepati pengelasan jenis spektrum yang biasa.
peculiar galaxiesgalaksi janggalMatematikTiadaGalaksi yang tidak menepati skema pengelasan galaksi normal.
شذوذ في السندjanggal matanAgama IslamHadithMatan yang diriwayatkan oleh perawi yang thiqat berlainan dengan apa yang diriwayatkan oleh perawi yang lebih thiqat daripadanya.
anomalous designreka bentuk janggalLandskapTiadaReka bentuk yang tidak sepadan dengan suatu tempat atau keadaan dan sengaja dibuat sedemikian rupa untuk menarik perhatian atau menyampaikan maksud tertentu.
anomalous dispersionpenyebaran beranomaliFizikOptiklih. penyebaran janggal.
12

Kembali ke atas