Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jan.ji] | جنجي

Definisi : 1. pernyataan kesediaan utk berbuat atau memberi sesuatu: engkau mesti menepati ~ yg kau buat dahulu; dlm ~ bertunangan; me­nepati ~ membuat (menunaikan) apa yg telah dijanjikan; mengikat ~ membuat janji; pecah ~ tidak dapat menepati janji, me­mung­kiri janji; sampai ~ dapat menepati (me­nunaikan) janji; 2. syarat, ketentuan, tun­tutan; dgn ~ dgn syarat; 3. pengunduran waktu, tangguh, penundaan: kalau awak tidak berkeberatan, saya meminta ~ empat bulan utk membayar hutang awak itu; 4. ajal, had, waktu; sudah sampai ~nya sudah sampai ajalnya, mati; ~ kosong janji yg dibuat tetapi tidak pernah ditunaikan; ~ manis janji yg mengandungi harapan yg indah-indah; ~ palsu janji yg hanya bertujuan utk memperdayakan, menge­lirukan atau menipu orang; ~ temu janji utk bertemu dgn seseorang pd masa dan di tempat yg telah ditetapkan kerana sesuatu urusan dsb; ~ sampai bilangan genap = ~ sampai sukatan penuh prb sudah sampai ajal; adat diisi, ~ dilabuh prb mengerjakan sesuatu hendaklah menurut apa yg telah dibiasakan (diadatkan); berjanji membuat (mengikat) janji: dia ~ akan datang ke rumah saya; menjanjikan 1. berjanji utk memberi (mem­­­­­buat dsb) sesuatu: bapanya ~ satu hadiah istimewa jika dia lulus dlm pe­periksaan itu; 2. memberikan jangkaan atau harapan akan berlakunya (terdapatnya dsb) sesuatu, membuka kemungkinan kpd: jam­batan yg merentangi Sungai Sarawak ~ pembangunan yg lebih pesat; Revolusi Hijau ~ harapan kpd petani; memperjanjikan ark menjanjikan; perjanjian 1. persetujuan yg dibuat antara dua pihak atau lebih, permuafakatan: Malaysia telah menandatangani satu ~ per­da­gangan dgn Korea Selatan; ~ jual beli; ~ program persetujuan bertulis antara dua pihak (biasanya pihak pelaksana aktiviti dsb dgn pihak yg mempunyai kuasa utk meluluskan kewangan) bagi melaksanakan sesuatu aktiviti (program dsb) mengikut jumlah peruntukan yg diluluskan; 2. Id wasiat (kitab suci); Kitab P~ Lama Kitab Taurat; Kitab P~ Baru Kitab Injil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jan.ji] | جنجي

Definisi : 1 persetujuan (secara lisan atau bertulis) utk melaksanakan atau utk memberikan sesuatu: Ayah belum lagi menepati ~nya hendak membelikan saya jam. menepati ~ membuat apa-apa yg telah disetujui; mengikat ~ membuat janji. 2 syarat; tuntutan: Ia memberikan rumah itu kpd anaknya dgn ~ tertentu. 3 had waktu; ajal: Setelah sampai ~nya, pulanglah ia ke rahmatullah. berjanji bersetuju utk membuat atau utk melaksanakan sesuatu; mengikat janji: Ia ~ akan menyekolahkan adiknya. menjanjikan menyatakan kesediaan utk membuat sesuatu; berjanji akan membuat atau akan memberikan sesuatu: Ia ~ sepasang pakaian kpd adiknya jika ia lulus dlm peperiksaan itu. perjanjian 1 hal atau perbuatan berjanji (bersetuju) ttg sesuatu; permuafakatan; persetujuan: ~ perdagangan antara Malaysia dgn Negeri China telah ditandatangani. 2 kontrak; syarat: dgn tiada ~ dgn tidak bersyarat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
janji (kata nama)
1. Bersinonim dengan waad: waadat, komitmen, iltizam, ikrar, sumpah, pengakuan, jaminan,

2. Bersinonim dengan ajal: had, waktu, tempoh, waad,

Kata Terbitan : berjanji, menjanjikan, perjanjian,

Puisi
 

Bagaimana saya nak mandi,
     Buaya besar melintang sungai;
Bagaimana saya nak janji,
     Janji yang besar belum ditunai.


Lihat selanjutnya...(68)
Peribahasa

Janji sampai,
     sukatan penuh.

Bermaksud :

Sudah sampai ajal.

 

Lihat selanjutnya...(26)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
undeceivedadj tdk terperdaya: I was ~ by his empty promises, saya tdk terperdaya dgn janji-janji kosongnya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stick 2 ~ by st, berpegang pd sst: politicians seldom ~ by their promises, ahli-ahli politik jarang berpegang pd janji-janji mereka;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
deludevt memperdaya; ( os ) menipu: he ~d her with promises he could not fulfil, dia memperdaya gadis itu dgn janji-janji yg tdk dapat ditunai; they ~d themselves with ideas of superiority, mereka menipu diri sendiri dgn beranggapan bahawa diri mereka lebih tinggi drpd orang lain;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
undeceivevt (fml) approp v + yg sebenar: she believed in his promises but I had to ~ her, dia percaya pd janji-janji lelaki itu tapi saya terpaksa memberitahunya yg sebenar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lead 1 ~ so. on, (colloq) deceive so. by making false promises, memperdaya sso: he led her on with false promises, dia memperdaya gadis itu dgn janji-janji palsu; travel posters do ~ you on a bit with misleading information, poster perjalanan sedikit-sebanyak memperdaya kita dgn maklumat yg mengelirukan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lead 1 ~ so. on, (colloq) deceive so. by making false promises, memperdaya sso: he led her on with false promises, dia memperdaya gadis itu dgn janji-janji palsu; travel posters do ~ you on a bit with misleading information, poster perjalanan sedikit-sebanyak memperdaya kita dgn maklumat yg mengelirukan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
FALSEadj 1. not true or correct, tdk benar, salah: a ~ impression, gambaran yg salah; 2. untruthful, palsu: ~ promises, janji-janji palsu; ~ testimony, bukti yg palsu; 3. fake, forged, palsu: ~ eyelashes, bulu mata palsu; ~ signature, tandatangan palsu; 4. forced, dibuat-buat, pura-pura: ~ modesty, sikap merendahkan diri yg dibuat-buat; 5. faithless, tdk setia: a ~ friend, kawan yg tdk setia; 6. delusive, memperdaya: ~ hopes, harapan yg memperdaya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wry3. marked by ironic twist, sinis: the ~ humour of the comedian amused them, jenaka sinis pelawak itu mencuit hati mereka; the politician’s promises were greeted with ~ laughter, janji-janji ahli politik itu disambut dgn gelak ketawa yg sinis.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
allurecvt (act.) memikat, menggoda; (pass.) terpikat, tergoda, tertawan: fables of mermaids alluring sailors to destruction, cerita-cerita dongeng yg mengisahkan bagaimana ikan duyung memikat pelaut ke arah kemusnahan; to be ~d by promises, terpikat dgn janji-janji;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
back-pedalvi 1. pedal backwards, mengayuh (basikal) ke belakang; 2. (fig.) menarik /balik, kembali/ (+ approp n): when he met with strong opposition, he ~led, apabila ditentang hebat, dia menarik balik tuntutannya; a politician ~ling on earlier promises, ahli politik yg menarik balik janji-janji yg telah dibuatnya dahulu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas